Isnin, 28 Disember 2015

Lawatan ke Melaka.

Sempena cuti akhir tahun ini, Warisan Petani mengambil peluang membawa keluarga berehat ke Melaka. Beberapa tempat yang dituju ialah pantai perkelahan Pengkalan Balak, Pantai Klebang dan Zoo Melaka. Untuk berkelah di laut lebih selamat memilih pantai di Selat Melaka berbanding di Laut Cina Selatan kerana musim tengkujuh sekarang.


Perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan.
Singgah di R & R Pagoh Utara untuk bersarapan.


R & R Air Keroh.


Susur keluar tol Simpang Empat.


Sampai ke tempat yang dituju.


Tempat penginapan.


Tempat penginapan.


Kemudahan yang ada. 


Suasana yang damai dan tenang.


Suasana di pantai.


Mandi laut.


Pantai yang indah.


Cuaca yang teduh dan nyaman.


Ramai yang mandi manda.


Pemandangan waktu matahari terbenam.


Makan malam.


Bustel di pantai Klebang.


Pemandangan di pantai Klebang.


Pantai buatan.


Ada gurun pasir.


Singgah di Zoo Melaka.








Sebahagian haiwan yang dilawati.


Perjalanan pulang.
Singgah di R & R Pagoh Selatan untuk makan malam.

Gunakanlah masa yang sesuai untuk merancang perjalanan seisi keluarga. Selain dapat meluaskan pemandangan kita dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Salam bertani.

Jumaat, 25 Disember 2015

Pokok Letup-letup.

Salam bertani.

Terdapat beberapa pokok letup-letup bulu yang melilit pagar di antara kebun kelapa sawit yang baru ditanam dengan padang ragut. Nampaknya lembu tidak berminat dengan pokok letup-letup ini mungkin disebabkan keseluruhan pokok ini berbulu. Jadi biarkan sajalah pokok ini melilit pagar dan menjadi pokok penutup bumi di kebun kelapa sawit.

     Pokok letup-letup ini mengeluarkan buah yang boleh dimakan apabila matang. Apabila matang buahnya akan bertukar daripada hijau kepada kuning dan rasanya adalah masam-masam manis seperti buah markisa. Pucuk letup-letup ini boleh dijadikan sayuran atau ulaman dan pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat perubatan yang pernah diamalkan oleh orang-orang zaman dahulu.


Pokok letup-letup bulu melilit pagar.


Buah yang masih muda berwarna hijau dan diselaputi bulu.


Memanjat tunggul. Sudah berbunga dan berbuah.


Menjalar di atas tanah sebagai penutup bumi.


Daunnya mempunyai tiga bucu.
 Mempunyai sulur paut untuk memanjat/melilit.



Kudup bunga dan bunga yang hampir mekar.


Bunga yang sedang mekar. 
Pendebungaan sendiri.


Buah yang hampir matang. 
Diselaputi bulu untuk melindungi buah.


Buah yang telah matang berwarna kuning.


Isi buah letup-letup bulu.
 Rasanya masam-masam manis seperti buah markisa.
Terdapat biji benih yang boleh disemai menjadi anak pokok.


Terdapat sejenis lagi pokok letup-letup yang dipanggil letup-letup kelambu. Keseluruhan pokok dan buahnya berbeza daripada pokok letup-letup bulu. Ia dari jenis pokok renek dan buahnya diselaputi penutup yang dipanggil kelambu. Buah letup-letup kelambu juga boleh dimakan dan pokoknya merupakan tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan.


Sepokok letup-letup kelambu muda yang baru berbunga.


Sepohon lagi yang telah mengeluarkan buah.


Buah letup-letup kelambu di pokok.


Buah letup-letup kelambu.


Sebiji buah  letup-letup kelambu.




Buah letup-letup kelambu yang telah dibuka.
Buahnya akan bertukar warna kuning apabila matang
dan boleh dimakan.

Generasi sekarang mungkin ramai yang tidak pernah melihat pokok letup-letup bulu dan letup-letup kelambu apatah lagi merasai kelazatan buahnya. Diharapkan suatu masa nanti pokok letup-letup liar ini akan ditanam secara komersial kerana mempunyai pelbagai khasiat perubatan.

Salam bertani.

Rabu, 23 Disember 2015

Tanaman Nangka 2

Salam Maulidurrasul,
Salam bertani.

Hari ini  sebiji buah nangka madu masak di pokok. Oleh kerana buahnya tidak begitu besar dan tidak padat, WP tidak berhasrat untuk menjualnya. Jadi saya mengupasnya untuk makanan sendiri seisi keluarga.


Anggaran 15 kg sahaja.


Setelah dipotong dua. Ada bahagian yang tidak berisi.


Proses mengeluarkan isi buah nangka.


Isinya berwarna kuning keemasan.


Jeraminya berwarna putih.


Isi buah nangka dikumpulkan dalam bekas plastik.


Dapat dua bekas besar.


Seulas nangka madu.


Seulas lagi.


Potongan rentas seulas nangka. Isinya agak tebal. Rasanya sangat manis.


Jerami nangka selepas isinya dikeluarkan.


Inilah pokoknya. Ada lebih sepuluh biji buah nangka.

Untuk mendapatkan buah nangka yang besar, padat dan berkualiti, kita harus menghadkan bilangan buah yang sesuai bagi setiap pokok dalam satu musim. Biasanya antara lima hingga enam biji sahaja.

Salam bertani.