Rabu, 9 Disember 2015

Jambu Oh Jambu

Salam bertani.

Terdapat beberapa jenis jambu yang ditanam di kebun "Warisan Petani" dan sebahagiannya telah mengeluarkan hasil. Ada buah jambu yang  memerlukan penjagaan rapi termasuklah membalutnya untuk mengelakkan serangan serangga perosak. Sekiranya tidak dibalut, buah jambu perlu disembur dengan racun serangga bagi mengelakkan kerosakan.

1. Pokok Jambu Batu


Anak jambu batu lohan. Dibiakkan dengan kaedah tut/markot.


Pokok jambu batu dewasa. Perlu diberikan sokongan.


Buah jambu batu perlu dibungkus untuk mengelakkan kerosakan
akibat serangan lalat buah.

2. Jambu Bol


Pokok jambu bol dewasa.

Pokok jambu bol. Di hadapannya ialah pokok belinjau.


Daun jambu bol.


Bunga jambu bol yang belum mekar.


Bunga jambu bol sebelum menjadi putik buah.


Putik buah jambu bol.


Segugus putik jambu bol.


3. Jambu Mawar


Anak pokok jambu mawar ditanam menggunakan biji benih.


Pokok jambu mawar dewasa.


Daun Jambu mawar.


Bunga jambu mawar


Buah jambu mawar.


Buah jambu mawar matang berbau wangi.

4. Jambu Air


Pokok jambu air merah.


Bunga jambu air merah.


Buah jambu air muda. Akan bertukar warna merah apabila matang.
Perlu dibalut untuk mengelakkan kerosakan.


Buah jambu air merah hampir matang.


Pokok jambu air hijau.


Bunga jambu air hijau.


Buah jambu air hijau. Warnanya menjadi lebih terang apabila matang.

Ada pelbagai lagi jenis jambu tempatan yang terdapat di tempat kita tetapi tidak ditanam di kebun "Warisan Petani". Akan diusahakan untuk ditanam pada masa hadapan.

Berbudi kepada tanah pasti mendapat pulangan.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan