Khamis, 28 November 2019

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 - Bahagian Tanaman Hiasan

Salam bertani.











Salam bertani.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 - Bahagian Buah-buahan

Salam bertani

Hari ini wak bersama pn is3 dan anak bongsu bocah ayu telah bepeluang  untuk melawat Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 di padang Plaza Angsana JB.  Wak tunjukkan beberapa gambar bahagian buah-buahan yang sempat diambil.





















Yang berkesempatan bolehlah hadir ke HPPNK 2019 yang bermula pada hari ini sehingga 01 Disember nanti. Masa dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Salam bertani

Rabu, 27 November 2019

Khamis, 21 November 2019

Nangka Madu J33 Cepat Berbuah

Salam bertani

Wak nak tunjukkan sepohon nangka madu yang berumur tak sampai dua tahun sudah berbuah sulung.
Pokok nangka ni wak tanam di dusun bersam-sama pokok buah-buahan yang lain.


Nangka madu J33 berumur setahun setengah.
Berbuah sulung dua biji.


19.06.2018 - Selepas beberapa bulan ditanam.


18.10. 2018 - Semakin membesar.


16.12.2018 -  Pokok semakin tinggi.
Dahan bawah semakin merimbun.


15.05. 2019 - Keadaan pokok selepas dilakukan pangkasan
pertama. Dahan utama (atas) telah dipotong dan ranting sisi
(bawah) dibuang.


13.-9.2019 - Pokok telah mengeluarkan buah sulung selepas
pangkasan kedua.

Salam bertani.

Selasa, 19 November 2019

Pangkas Pokok Pulasan

Salam bertani

Wak nak tunjukkan perkembangan sepohon pulasan yang dipangkas selepas musim buah yang lepas. Pemangkasan bertujuan untuk mendapatkan bentuk baru pada pokok supaya lebih rendang untuk memudahkan pengutipan hasil pada masa akan datang. Pokok yang dipangkas tidak akan mengeluarkan hasil selama semusim atau dua musim bergantung kepada kadar kesuburan ranting-ranting baru.



06.09.2019 - Pokok selepas dipangkas


20.10.2019 - Dahan-dahan yang dipotong sudah
mengeluarkan pucuk baru.


01.11.2019 - pucuk-pucuk baru semangkin menghijau


16.11.2019 - keadaan terkini
Sebahagian tunas-tunas baru sudah dibuat penjarangan.

Salam bertani.