Jumaat, 24 Disember 2021

Hanafi Sikat Tepi

 Salam bertani

Tajuk tiada kaitan dengan entri. Sepatutnya tajuk ' Yut Dapat Cucu'. 

Alkisahnya pada minggu lepas, wak dapat seekor cucu lagi di tepi sungai. Kali ini si Ning (anak Yut) melahirkan baby sulung jantan.  Wak panggil cucu terakhir wak tahun 2021 ni 'Napi' aje.


Masa ni Napi dah berumur seminggu lebih.
Ada tompok putih kat kepala, kat ekor dan kat nenen dia.


Napi wak dah bagi rantai panjang supaya senang nak kawal
kalau dia buat macam-macam nanti


Napi cuba tiru gaya ibunya semasa wak tangkap gambar ni


Yang putih tu adik si Ning
Lahir bulan Mac yang lepas dah besar macam tu


Keluarga Yut di seberang sungai.
Asalnya dulu Yut seekor aje 'hanyut' ke seberang sungai tu
Sekarang dah jadi empat ekor
Dua ekor anak Yut dan cucu barunya si 'Napi'

Salam bertani.


Khamis, 16 Disember 2021

Ambeng Yasinan

 Salam bertani

Seperti biasa setiap malam jumaat, surau kariah wak buat bacaan surah yasin dan doa selamat selepas maghrib dan bacaan surah Al-Mulk selepas solat isyak. Malam ni bawa balik bontrot nasi ambeng jawa. Alhamdulillah, rezeki santapan malam kami sekeluarga.




Salam bertani.

Ahad, 12 Disember 2021

MB 178 : 40 Budak Hitam

 Salam bertani


40 budak hitam berumur 2 minggu
Sedia dipindahkan ke sangkar pembesaran


40 budak hitam di dalam sangkar pembesaran
berlantai tinggi


40 budak hitam berumur sebulan 


40 budak hitam berumur sebulah setengah
Semuanya membesar dengan sihat
(0% kematian)


Akan dilepas bebas ke reban dewasa apabila berumur 2 bulan
Yang jantan akan dituai selepas berumur 4 bulan
Yang betina akan terus diternak menjadi ayam penelur.

Salam bertani.

Rabu, 8 Disember 2021

WW 230 : Rezeki Rabu

 Salam bertani


Rezeki pagi
(Roti segera + Kari ayam + telur ayam kampung rebus)


Rezeki tengah hari
(Nasi putih + ikan terubuk bakar + Sayur petola + Sambal totok)


Rezeki petang
(Jemput2 bilis & bawang + air horlick)


Rezeki malam
(Berkat tahlilan surau)
(Nasi putih+ telur masin + ayam kuah pecal + sayur campur + air kotak)

Salam bertani.

Isnin, 6 Disember 2021

MB 177 : Senjakala

 Salam bertani


Dusun


Padang ragut


Sungai


Kebun di belakang rumah


Hadapan rumah


Belakang rumah


kebun durian

Salam bertani.

Khamis, 2 Disember 2021

Fiza Beranak Sulung

 Salam bertani

Bertambah seekor lagi ternakan lembu wak di tepi sungai apabila si Fiza beranak sulung baru-baru ini. Anak sulung Fiza betina jadi wak namakan Nona sempena........ eh! takde sempenalah......, sebab dah ada nama Nana dan Rina dalam keluarga mereka. Mudah-mudahan Nona manis sihat dan cepat membesar.


Fiza baru sahaja melahirkan anak sulung
Anaknya wak dah pasangkan rantai leher 


Anak betina ni wak namakan Nona


Nona manis baru belajar berjalan


Masa ni anak Fiza belum menyusu lagi


Si Apis datang menziarahi ahli keluarga baharu
Bakal jadi bestfriendlah ni


Keadaan Fiza sebelum melahirkan anak.

Salam bertani