Selasa, 31 Oktober 2023

Inkubator Penetasan Telur Automatik

 Salam bertani

Wak ada beli sebuah inkubator penetasan telur yang baharu menggantikan inkubator lama yang sudah kurang berfungsi. Wak gunakan untuk mengeramkan telur ayam dan telur puyuh. Alhamdulillah, alat ini telah berfungsi dengan baik. Jom lihat


Inilah alat inkubator penetasan telur automatik.
Sebenarnya ada tiga tingkat, wak gunakan satu tingkat sahaja.



37.8 tu adalah suhu dalam inkubator
73 adalah kelembapan dalam inkubator



Keadaan di dalam inkubator.
Roler putih tu akan berputar setiap dua jam
untuk menggerakkan telur.
Telur ayam akan menetas selepas 21 hari pengeraman.
Telur puyuh akan menetas selepas 18 hari pengeraman.



Anak puyuh yang baharu menetas


Anak ayam yang baharu menetas di masukkan ke dalam sangkar didik
Mentol 25W dipasang untuk membekalkan kepanasan.


Anak ayam dipelihara di dalam sangkar didik selama dua minggu.

Salam bertani.








Selasa, 24 Oktober 2023

Pohon Rambutan Pusaka Zaman Dahulu

 Salam bertani

Sepohon rambutan pusaka di hadapan rumah wak tu berbuah lebat pada musim kali ini. Dalam masa dua minggu lagi buahnya akan masak ranumlah. Pokok rambutan ini ditanam oleh arwah bapa wak semasa meneroka tanah pusaka ini pada awal tahun 50an dahulu. Pohonnya tidaklah begitu besar sebab sudah ditebang beberapa kali. Jenis rambutan ini sudah agar sukar ditemui pada masa sekarang.  Walau pun sudah menjadi pokok warga emas, ia masih subur dan berbuah lebat setiap tahun. Jom layan



Pohon rambutan pusaka di hadapan rumah
yang sedang berbuah lebat


Dalam masa dua minggu lagi buahnya akan masak ranum
dan berwarna merah menyala


Buahnya berbentuk lonjong, biji kesep, longkah
dan sangat manis


Buahnya berjuraian hampir mencecah tanah


Jadi penyeri rumah kerana terletak di tepi jalan 


Salam bertani

Selasa, 10 Oktober 2023

Oyen Sepuluh Sepuluh

 Salam betani

Ni bukanlah Oyen sepuluh sepuluh yang kat iklan shopee tu. Ni Oyen taiko  yang kat rumah wak tu. Belum setahun wak bela dah besar macam anak rimau.






Salam bertani