Rabu, 31 Julai 2019

Buah Durian Klon D2

Salam bertani

Ada sepohon durian klon D2 di dusun WP yang sudah banyak kali berbuah. Walaupun berbunga lebat tetapi pokok ini biasanya menghasilkan buah yang tidak banyak kerana putiknya kurang menjadi. Cuma kali ini buahnya agak lebat juga. Buah durian D2 paling digemari kerana rasanya yang enak, sedikit pahit dan isinya yang tebal dan lembut.


Durian D2


Tuaian durian D2. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan
bertukar lebih cerah apabila matang.


Mempunyai tangkai yang pendek dan besar.
Saiznya sederhana lingkungan 1.5 - 2 kg sahaja

Daging buah durian D2 yang dibuka.
Warnnya kuning terang dan isinya  agak lembut.


Seulas sahaja.


Seulas lagi.


Makan seulas dah kenyang kerana dagingnya yang tebal
dan bijinya yang kesep.
Salam bertani.

WW : Bunga 138

Salam bertani



Salam bertani.

Selasa, 30 Julai 2019

DIY : Reban Baru

Salam bertani

Sejak dua minggu lepas Wak dengan seorang pembantu menyiapkan reban ayam tambahan di belakang rumah. Tambahan dua bilik dan satu sangkar didik untuk anak-anak ayam. Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan reban ayam ini sudah siap dan anak-anak ayam sudah berpindah ke bilik baru yang lebih selesa.


Bahagian sisi reban


Ruang hadapan reban untuk ayam-ayam dewasa yang sudah bertelur


Bahagian belakang reban ayam


Rumah didik untuk anak ayam kampung.


Menempatkan 55 ekor anak ayam kampung yang ditetaskan
menggunakan incubator.


Rumah didik berlantai tinggi dan tahi ayam jatuh ke bawah.


Anak-anak ayam kampung berumur 3 bulan berpindah
ke bilik baru yang lebih luas dan selesa.


Semasa berada di penempatan lama.


Penghulu reban.

Salam bertani.

Rabu, 24 Julai 2019

Duku Meletop

Salam bertani.

Ada beberapa pokok duku terengganu di dusun WP yang hampir matang buahnya. Kelemahan buah duku terengganu ini ialah ia akan pecah apabila terkena hujan panas. Kebetulan pada tengah hari isnin yang lepas hujan turun dengan lebatnya dan disambung dengan cuaca yang panas terik pada sebelah petangnya. Akibatnya buah-buah duku yang hampir masak menjadi pecah kerana fenomena cuaca ini.






Salam bertani.

WW 137 : Bunga Periuk Kera

Salam bertani




Salam bertani.

Ahad, 21 Julai 2019

Buah Manggis Dah Musim

Salam bertani

Pokok-pokok manggis di kebun WP dah mula menghasilkan buah matang. Buah manggis yang matang akan bertukar warna daripada hijau muda kepada kehitaman. Buah yang lewat dituai akan gugur ke tanah tetapi masih boleh dimakan.

Pn is3 sangat menggemari buah manggis  Dia akan pergi ke dusun untuk memungut buah manggis yang gugur dan memetik buah yang matang. Kebanyakan buahnya rendah sahaja dan boleh dicapai dengan tangan.


Isi buah manggis.
Di luar hitam di dalam putih berseri.


Sepohon manggis dewasa berlatarbelakang pokok durian di dusun WP


Bunga manggis yang akan membentuk buah manggis


Buah manggis muda.


Buah yang rendah dan boleh dipegang.


Buah manggis matang akan bertukar warna. 


Buah manggis yang lambat dituai akan gugur ke tanah. 


Kutipan sepagi.


Buah matang yang dituai.


Stok tersedia di atas meja. 


Makanlah buah-buahan tempatan.

Salam bertani.

Rabu, 17 Julai 2019

Buah Cempedak di Dalam Pagar

Salam bertani

Musim durian sudah ke penghujung. Beberapa jenis buah-buahan bermusim lain pula akan menyusul. Buah-buah manggis, rambutan dan cempedak mula menjengukkan diri di gerai-gerai buah-buahan di tepi-tepi jalan.  Beberapa pokok cempedak klon dan cempedak kampung di dusun WP sedang meriah berbuah. Cuma kali ini wak tak sempat nak buat penjarangan buah atau membungkusnya.


Pokok cempedak ni sudah dua kali berbuah.
Buahnya rendah-rendah dan boleh dicapai tangan.


Dua minggu lagi bolehlah menuai.


Ni pokok cempedak setahun jagung.
Baru pertama kali berbuah lebih kurang 10 biji.



Sepohon pokok cempedak dewasa.


Buah-buah cempedak bergayutan di dahan.


Tak sempat nak bungkus.


Menunggu masa penuaian.


Cempedak klon CH28


Pokok ni pun baru pertama kali berbuah.
Lebih kurang 3 tahun umurnya.


Setangkai dua biji.
Untuk dapatkan buah yang berkualiti sepatutnya setangkai
tinggalkan sebiji sahaja.
Petua memilih buah cempedak yang sesuai untuk dituai,
tangkainya bertukar warna daripada hijau ke perang/kuning.


Beberapa biji penuaian sulung.


4 kg sebiji.


Buat goreng pun sedap agaknya.

Salam bertani.