Salam bertani
Hujung minggu ini cucu wak dua beradik balik kampung tolong bersihkan halaman rumah. Jom tenguk
Salam bertani
Salam bertani
Hujung minggu ini cucu wak dua beradik balik kampung tolong bersihkan halaman rumah. Jom tenguk
Salam bertani
Salam bertani
Sudah lebih semingguan wak membantu dua orang tukang dari seberang menyiapkan binaan bilik air di belakang rumah. Wak buat dua pintu, satu tandas dan satu bilik mandi. Bilik air ni untuk kegunaan wak membersihkan diri selepas balik kerja dari kebun atau sungai. Boleh juga untuk kegunaan tetamu yang datang. Jom tenguk
Salam bertani.
Salam Bertani
Empat ekor bujang bantal golek ni duduk sebilik. Semuanya asal pendatang dan telah menjadi majikan wak dan pn is3 selama ini.
Mula-mula sekali si Kent. Wak kutip dia kat surau selepas solat subuh. Dah dua tiga hari dia kat surau, pada pagi tu dia duduk kat motor wak. Kariah surau cakap, ambillah wak pelihara, cantik kucing ni. Kebetulan ada sebuah bilik kosong kat rumah wak, wak tempatkanlah Kent kat situ. Kent tu anak wak yang bagi nama.
Selang beberapa lama datanglah pula si Otto. Dia ni orang buang kat reban ayam wak, masa tu kecil lagi, masih menyusu, Wak dan pn is3 pakat bela. Bila dah besar sikit tanya Kent, boleh tumpang bilik? Kent okay aje, adalah dia kawan bermain.
Lepas tu datang pula si Bubu. Dia ni wak kutip kat pasar minggu masih bayi lagi dan badannya penuh kurap. Matanya dah tak boleh buka. Orang2 kat pasar tu suruh wak ambil, takut dia kena langgar atau terpijak nanti, Jadi wak belalah dan rawat dia. Beri nama Bubu sebab bulunya warna kelabu. Dah besar sikit, wak tanya Kent dan Otto, boleh tumpang bilik? Mereka okay aje.
Last sekali datang si Oyen. Dia ni mungkin kucing sesat atau orang buang kat reban ayam wak juga. Curi-curi makan dedak ayam kerana kelaparan. Wak dan pn is3 sepakat kita belalah. Bagi nama Oyen sebab warna bulunya. Tanya kat Kent, Otto dan Bubu boleh tak tumpang bilik? Mereka okay aje.
Walau pun mereka kucing jantan, mereka tidak bergaduh dan tidak menguasai kawasan sebab semuanya sudah masuk jawi. Juga tidak pernah kencing merata-rata. Sekarang ni mereka jadilah empat ekor bantal golek sebilik.
Salam bertani
Salam bertani
Wak terjebak juga order steambun yang tengah viral tu buat kudapan petang ni. Sepeket ada empat pasang potongan roti dan boleh minta pelbagai jenis inti yang disapu di tengah-tengahnya. Intinya pun banyak tak kedekut. Harganya RM10 sepeket. Rasanya bolehlah layan.
Salam bertani
Salam bertani
Baru-baru ini wak ada menambah 50 ekor anak ayam lohman brown untuk dipelihara di belakang rumah. Anggarannya untuk stok bekalan telur ayam menjelang puasa dan raya tahun depan. Harganya RM8.00 seekor.
Salam bertani
Salam bertani
Pada bulan lepas wak dah tunjuk anak-anak bujang wak yang duduk di tepi sungai tu. Kali ini wak nak tayang anak-anak dara wak pulak. Tapi wak bagi amaran ' dilarang meminang'.
Salam bertani
Salam bertani
Salam bertani
Pokok durian di belakang rumah wak ni dah berumur lebih 40 tahun. Arwah bapa wak yang tanam. Kali ini berbuah sangat lebat walau pun di luar musim. Alhamdulillah, baru sahaja menamatkan musim luruhnya seminggu yang lepas. Wak ada rakam beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini.
Salam bertani,