Sabtu, 19 Jun 2021

Buah Abiu

 Ada sepohon abiu yang wak tanam di hadapan rumah sejak dua tahun yang lalu sudah dua kali berbuah. Buah kali ini hanya lekat 6 biji sahaja walau pun bunganya sangat lebat. Mungkin disebabkan faktor cuaca  yang tidak menentu semasa awal pembungaannya dulu. Buah-buah abiu tersebut sudah matang dan wak sudah pun menuainya 3 biji. Sekarang pokok abiu tersebut sedang berbunga lagi.


Wak tuai 3 biji buah abiu yang sudah matang


Inilah pokok abiu yang wak tanam di depan rumah
Kelihatan beberapa biji buah yang yang menguning


Buah abiu muda berwarna hijau


Apabila matang bertukar warna kuning terang


Saiznya sebesar genggaman orang dewasa


Buah abiu matang yang dibelah dua
Ada satu biji benih di dalamnya


Rasanya manis dan lembut seakan-akan jeli kelapa


Sedang berbunga lagi.
Harap2 kali ini lebat menjadi




Salam bertani



Khamis, 17 Jun 2021

Pohon Pulasan Sedang Berbuah

 Salam bertani

Selain tanaman pokok durian, di dusun wak terdapat juga banyak pokok pulasan dewasa yang sudah berumur lebih daripada 20 tahun. Sebahagian pokok pulasan wak dah tebang dan digantikan dengan tanaman anak pokok durian klon. Pada masa dahulu buah pulasan sangat mahal harganya kerana bekalan yang kurang hingga mencecah RM10 sekg. Sejak akhir-akhir ini buah pulasan semakin murah sehingga sama harga dengan buah rambutan. Wak pernah menjual buah pulasan RM1 sekg di pasar tani beberapa tahun yang lepas.

Wak hanya simpan lebih kurang 20 pokok pulasan sahaja selepas yang lain-lainnya ditebang. Selepas dipangkas pada dua tahu lepas, sebahagian pokok-pokok pulasan tersebut sedang berbuah lebat. Dijangkakan sebulan lagi baharulah buah pulasan akan mula matang bersaingan dengan musim buah rambutan dan manggis.


Setangkai buah pulasan muda


Sepohon pulasan yang sedang sarat berbuah
Dahan-dahannya akan melempai ke bawah sehingga
mencecah tanah apabila buah-buahnya semakin berisi






Akan matang lebih kurang sebulan lagi

Tuaian buah matang pulasan untuk dijual di pasar tani
beberapa tahun yang lepas.


Salam bertani


Selasa, 15 Jun 2021

Cucu-cucu Tepian Sungai

 Salam bertani

Tahun 2021 ni wak dah dapat empat cucu tepi sungai. Tiga jantan dan satu betina. Alhamdulillah, kesemua cucu tepi sungai wak nampaknya sihat dan cepat membesar. Mereka sudah meragut dan masih menyusu induknya.


Budak yang paling cute ni wak panggil Din
Nama penuhnya Joe Biden


Yang  cantik  ni Rina namanya.
Satu2nya cucu betina  yang lahir tahun ni


Yang ni wak panggil Min aje
Nama penuhnya wak tak berani tulis dekat sini.



Induk lembu yang macam buldozer ni wak panggil Yut
Sempena kejadian dia 'hanyut' ke seberang sungai
 masa kecik2 dulu
Sampai sekarang dia masih di seberang sungai 
dan tidak bertambat
Anak jantannya wak panggil Pok Teh sebab ada 
tompok putih di kepalanya




Din dan Ina berkawan baik


Sumber makanan mereka yang melimpah ruah
Di hujung kejauhan tu kelihatan kebun sawit wak

Salam bertani


Isnin, 14 Jun 2021

Monyet Jatuhkan Buah Durian Muda

 Salam bertani

Salah satu masalah penjagaan dusun durian ialah ancaman monyet yang merosakkan buah durian. Monyet yang memasuki dusun akan menjatuhkan buah durian muda menyebabkan kerugian besar kepada penanam durian. Monyet juga boleh membuka buah durian matang yang gugur dan memakan isi buah durian tersebut.

Beberapa hari yang lepas, dusun  WP dimasuki monyet dan menjatuhkan beberapa biji buah durian muda yang akan matang beberapa minggu lagi. Selain monyet, babi hutan dan tupai juga merupakan haiwan perosak buah durian.


9 biji buah durian kawin yang dijatuhkan oleh monyet
Jangkaan matang 2 minggu lagi


14 biji buah durian klon D2 yang  diluruhkan oleh monyet


Pagi tadi wak pasang 3 keping zing sepanjang 2 meter
untuk mengelakkan serangan monyet dan tupai


Pasang solar alarm untuk mengelakkan babi hutan (malam)
 dan monyet (siang) merosakkan buah matang yang gugur


Mujurlah masih banyak lagi buah durian kawin di awangan sana


dan buah durian D2 yang menunggu masa untuk gugur


Alhamdulillah, buah matang dah mula panen
Allah telah menetapkan rezeki untuk kita dan
 makhluk-makhluk yang lainnya juga.

Salam bertani.

Sabtu, 12 Jun 2021

Tak Ada Rasa Bersalah Sikit Pun Part 4

 Salam bertani

Semalam sempena penutup Syawal, pn is3 buat ketupat, masak rendang dan lodeh untuk menu makan tengah hari dan malam. Semasa menganyam ketupat budak bulus seketul kesayangannya tu sebuk nak belajar buat ketupat sama-sama. Kali ini Kent yakin dia tidak buat apa-apa kesalahan walau pun lebih kepada mengganggu daripada nak belajar buat ketupat tu. Kita tenguk gelagatnya.

Kent sedang tekun belajar menganyam ketupat

Pangkal daun kelapa ni kena tarik sikit


Susahlah nak ingat


Oowh gitu caranya


Tolong tarik yang ini

Alhamdulillah, siap juga.
Memang takde buat salah apa-apa pun.



Salam bertani.


Jumaat, 11 Jun 2021

Cuci Parit di Dusun

 Salam bertani

Sekarang ni setiap hari hujan turun. Lebat pulak tu. Air parit di dusun pun hampir penuh. Jadi pada pagi ini, selepas mengutip buah durian, wak memulakan projek mencuci parit. Parit dah dipenuhi rumpair menyebabkan aliran airnya tak lancar. Wak gunakan cangkul batang panjang aje untuk menarik rumput dari dalam parit tersebut. Alhamdulillah, menjelang tengah hari siaplah projek tersebut.


Selesai kerja mencuci parit di dusun
Air parit hampir penuh kerana hujan turun setiap hari


Keadaan parit sebelum dicuci
Dipenuhi rumpair yang mengganggu aliran air


Wak gunakan cangkul batang panjang untuk menarik rumpair ke atas tebing




Buat sebelah tebing dulu
Lepas tu sebelah yang lagi satu


Penat juga kerja cuci parit ni
Dengan badan basah kuyup sekali


Kedaan parit pada sebelah petang
Air semakin surut dan jernih


Keadaan parit  di bahagian hulu
Wak kawal rumpair dengan menyembur racun rumpair sahaja.


Salam bertani.