Selasa, 22 Jun 2021

Diari Rambutan PKP 3.0

 Salam bertani

Ada beberapa batang pokok rambutan di dusun WP yang sedang sarat berbuah. Rambutan jarum emas paling lebat sekali. Ada juga rambutan anak sekolah, rambutan gading dan rambutan deli. Buah rambutan baru nak mula berisi dan ada juga yang sudah mula menguning. Sebulan lagi musimlah.


Rambutan anak sekolah paling awal matang
Buahnya sudah mula kemerahan


Sepohon rambutan jarum emas yang lebat berbuah


Buah-buahnya sehingga mencecah tanah


Buah rambutan semasa muda


Sudah mula menunduk ke bawah


Mula berisi dan menguning.
Beberapa minggu lagi merahlah


Setangkai buah rambutan muda yang mula berisi


Buah rambutan hampir menguning
Akan kemerahan beberapa minggu kemudian.


Salam bertani.






28 ulasan:

  1. Saya suka makan rambutan yg baru nk masak...kulitnya merah2 sikit2

    BalasPadam
  2. xlama dpt mkn rambutan pulak...wp emel kak ya paridah.ishak@gmail.com emel wp dulu dh hlg pulak

    BalasPadam
  3. Alaaaaa wakkkk huhu tak boleh balik kg lah bila dah masak nanti. Kat kg saya buah rambutan gading, budak sekolah, pulasan....huhuhu tak dapat le rasa

    BalasPadam
  4. wow! lebat nya..sukur kurniaNya

    BalasPadam
  5. Rambutan anak sekolah my fav.
    Lagi 1 rambutan kerak nyior pun sedap... :)

    BalasPadam
  6. Rambutan pun nama macam-macam yer..
    Wak,
    Rambutan anak sekolah tu musim PKP ni tak kena PdPR ke?🤣

    BalasPadam
  7. Rambutan ni favourite RA dari kecil. Beli dekat KL mahalnya lah harga

    BalasPadam
  8. Ada macam-macam nama, tapi saya tak reti nak membezakannya 😅

    BalasPadam
  9. Sy tahu makan rambutan je Wak. Nama depa sy tak tau :D

    BalasPadam
  10. Yang sampai tanah tu yg bahaya! Kena sapu!

    BalasPadam
  11. Lepas durian, rambutan pula.. saya tengok manggis pun dah ada orang jual.. menjadi tanaman tahun ni. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah. Musim buah tiba lagi.
    Meriahnya!

    BalasPadam
  13. masa baru nmpk cahaya kuning2 ni paling best he hee
    berebut ni dulu2 nk mkn

    BalasPadam
  14. Banyaknya rambutan wak. Teringat arwah mak saya, suka rambutan gading. :)

    BalasPadam
  15. Buah favorite! Bila dah masak, buang kulit, simpan dalam peti, makan sejuk sejuk, sedappppp.

    BalasPadam
  16. lebatnya wak.. moga menjadi hasilnya

    BalasPadam
  17. Bila dah masak semua, bawa kerusi duduk bawah pokok, sembang sambil petik dan makan..alahai seronoknya.

    BalasPadam
  18. Bg alamat wak, sy nk dtg dudun hehe

    BalasPadam
  19. Memang terliur..saya suka rambutan budak sekolah, manis :)

    BalasPadam
  20. rambutan, hmm.. semasa kecil saya sering iseng masuk ke kebun rambutan milik atuk saya, saya baru tahu bahawa ada sebegitu banyak jenis rambutan. saya hanya tau ada istilah rambutan nyonya dan rapiah, ternyata masih banyak lagi jenis2 rambutan..

    BalasPadam
  21. Pokok rendang daun rimbun buah lebat. Senang nak petik kalau dah masak. saya jenis tak tahu jenis buah rambutan. tahu makan je wak. Suka jenis yang tak melekat isi

    BalasPadam
  22. SA suka rambutan gading..isi tebal..rambutan gula batu dan anak sekolah pun best jugak..pun SA x leh makan banyak...batuk

    BalasPadam
  23. Buah hijau camni la best..rasa dia kelat-kelat sikit. Nyum..nyum

    BalasPadam
  24. Kopek letak dalam peti sejuk.. mkn sejuk2.. fuhh sedappp.. kalau dh musim durian mst ada rambutan kn?

    BalasPadam
  25. belum musim lagi dekat sini huhu

    BalasPadam
  26. Baru lepas makan rambutan harini..

    BalasPadam
  27. Sy sukaa makan rambutan merahh tuuu
    Lama dahh takk makan rambutan

    BalasPadam
  28. Lebat sehingga ke tanah. Memang menjadi tanaman wak

    BalasPadam