Isnin, 14 Jun 2021

Monyet Jatuhkan Buah Durian Muda

 Salam bertani

Salah satu masalah penjagaan dusun durian ialah ancaman monyet yang merosakkan buah durian. Monyet yang memasuki dusun akan menjatuhkan buah durian muda menyebabkan kerugian besar kepada penanam durian. Monyet juga boleh membuka buah durian matang yang gugur dan memakan isi buah durian tersebut.

Beberapa hari yang lepas, dusun  WP dimasuki monyet dan menjatuhkan beberapa biji buah durian muda yang akan matang beberapa minggu lagi. Selain monyet, babi hutan dan tupai juga merupakan haiwan perosak buah durian.


9 biji buah durian kawin yang dijatuhkan oleh monyet
Jangkaan matang 2 minggu lagi


14 biji buah durian klon D2 yang  diluruhkan oleh monyet


Pagi tadi wak pasang 3 keping zing sepanjang 2 meter
untuk mengelakkan serangan monyet dan tupai


Pasang solar alarm untuk mengelakkan babi hutan (malam)
 dan monyet (siang) merosakkan buah matang yang gugur


Mujurlah masih banyak lagi buah durian kawin di awangan sana


dan buah durian D2 yang menunggu masa untuk gugur


Alhamdulillah, buah matang dah mula panen
Allah telah menetapkan rezeki untuk kita dan
 makhluk-makhluk yang lainnya juga.

Salam bertani.

34 ulasan:

  1. cantik buah durian tu.. takpelah wak berkongsi rezeki mereka... niatkan sedekah..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Disebalik rezeki kita, ada rezeki makhluk lain.. Tapi kalau makhluk tu saja yang pulun, tak kena gaya jugak

    BalasPadam
  3. berkesan tak alarm tu? blh sy try letak di kebun juga.
    ptg2 tu kera turun, babi utan gelap2 mula la keja nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau babi hutan yang mengganggu waktu malam memang berkesan sebab dia mengeluarkan siren dan lampu lip lap menyebabkan babi terperajat dan cabut lari.

      Padam
  4. alahai..sygnyaaa...tapi takpe la..mungkin rezeki utk si monyet jugak

    BalasPadam
  5. Wak pernah guna tak gel harimau, saya dengar orang guna untuk takutkan binatang yang serang kebun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum lagi tapi emang pernah dengar.
      Adik wak ada buat, katanya berkesan.

      Padam
  6. ingatkan monyet tak kacau buah durian... tapi rupanya degil jugak mereka ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Monyet sekarang dah pandai buka buah durian masak

      Padam
  7. sayangnya durian yg belum masak digugurkan kera...pesan saja kat kera tu tunggulah buah tu masak dulu bolehlah sama2 makan..berkongsi rezeki-Nya

    BalasPadam
  8. Durian muda tu isinya boleh dibuat sayur lemak, sedap Wak...

    Moga berhasil usahanya Wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tak pernah cuba lagi buat sayur lemak isi durian muda

      Padam
  9. Kalau tengok yang gugur tu memang rasa ralat dan sayang sangat. Tapi begitulah sifirnya kan wak.

    BalasPadam
  10. Teringat berita yg sy baca semalam, 20 batang pokok durian musnah dilanda puting beliung di Kedah dan ratusan buah durian yang belum matang telah menjadi korban.

    BalasPadam
  11. Monyet ni kalau dia makan tak mengapa sebab banyak mana dia boleh makan. Yang membuat kita marah adalah kerana dia semacam sengaja nak merosakkan buah buah itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, bukan dimakan pun
      Memang tabiatnya membinasakan

      Padam
  12. Meriahhhh buah durian atas sana tu wakkkk.

    BalasPadam
  13. Allahu....
    Mulanya seronok tengok durian berguguran.Rupanya angkara kera.Kat kampung pun ramai dah putus asa bila segala pokok pisang,ubi & buah-buahan lain musnah dikerjakan babi & kera.Semoga Allah mudahkan urusan wak & petani2 lain juga

    BalasPadam
  14. bestnya kalau dpt mkn durian skrg..

    BalasPadam
  15. durian muda masih kehijauan

    BalasPadam
  16. Mana nak cari alarm solar tu wak. depa dalam hutan dah takde makanan tu yang pergi kebun wak. Kalau banyak2 geram juga kan wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak beli kat shopee.
      Ada satu entri wak buat pasal solar alarm ni.

      Padam
  17. Sayangnya ya buah muda yang dah dipetik, tapi itulah rezeki Allah dah tetapkan dah kan..

    BalasPadam
  18. Wak...di Daerah saya kerja...petani saya pasang radio gantung kat pokok....tukar2 chanel...95% kerosakan buah kurang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam2 cara petani gunakan untuk menghalau musih tanaman ni

      Padam
  19. Wak ada perkongsian netizen, kebun dibacakan ayat 18 alkahfi ngn yasin ayat 9 untuk menghindari dari binatang perosak. Sgt berkesann katanya.. cubalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak ada dapat juga perkongsian tu
      Bolehlah cuba amalkan.

      Padam
  20. Orang kampung saya gunakan kencing harimau Wak untuk halau monyet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah dengar pasal kencing harimau ni
      Tapi belum cuba lagi.

      Padam
  21. kena hati2 la lalu bawah pokok durian ni..risau pulak rasa..timpa kepala..aduhaii huhuhu

    BalasPadam
  22. Nakal juga monyet2 Tu. Adehh

    BalasPadam
  23. Banyak jugak musuh kat kebun wak ni. Itulah kan, rezeki untuk mereka jugak.

    BalasPadam