Isnin, 31 Ogos 2020

MB 140 : Salam Kemerdekaan

 Salam bertani


Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 63


Dah terasa tua umur wak


Bersarapan nasi lemak pada pagi ini.

Salam bertani.

Sabtu, 29 Ogos 2020

Bubur Asyura'

 Salam bertani

Pada hari ini sempena 10 Muharram, kariah lelaki surau di kejiranan wak bergotong royong memasak bubur asyura'. Gotong royong memasak bubur asyura' dimulakan sebelum solat zuhur dan selesai selepas waktu asar.  Bubur asyura diagihkan kepada semua kariah surau sebelum waktu maghrib untuk hidangan berbuka puasa.

Pada sebelah malamnya diadakan tazkirah dan zikir hari asyura' selepas waktu maghrib dan jamuan bubur asyura' selepas solat isyak. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.


Memasak bubur  asyura'


Untuk diagihkan kepada semua kariah surau.

Salam bertani.

Sabtu, 22 Ogos 2020

Tanam Pokok Nadir

 Salam bertani

Wak ada menanam beberapa jenis pokok buah-buahan nadir dan pokok-pokok yang 'rare' di kebun. Kebanyakannya baru ditanam dan belum mengeluarkan hasil. Mudah-mudahan tanaman ini tidak pupus dan dapat dikenali oleh generasi akan datang. Jom layan.


Pokok buah abiu


Pokok buah cermai


Pokok buah jambu bol


Pokok buah jambu gajus


Pokok buah mesta


Pokok buah jambu bertih merah


Pokok buah limau kumquat


Pokok buah rambai telur


Pokok buah jambu susu


Pokok belinjau


Pokok buah asam kundang


Pokok buah nona


Pokok buah katak puru @ nam-nam


Pokok buah nangkadak


Pokok ubi badak


Pokok buah  cempedak durian


Pokok buah setoi kapas


Pokok buah jambu merah


Pokok ubi garut.

Salam bertani.

Rabu, 19 Ogos 2020

Selasa, 18 Ogos 2020

Pokok Langsuir



Salam bertani


Pokok paku langsuir asalnya adalah pokok liar yang terdapat di hutan negara kita. Ia hidup menumpang di dahan pokok hutan, pokok getah atau kelapa sawit.  Sekarang pokok liar ini telah mula menjadi tanaman hiasan di halaman rumah yang cantik dan menghijau. Pokok langsuir membiak melalui sporanya yang terdapat di bahagian bawah daun. Anak pokok langsuir yang tumbuh secara semula jadi bolehlah disemai di dalam polibeg dan diletakkan di tempat teduh.


Sepohon paku langsuir


Hidup subur di bawah pokok rambutan di halaman rumah


Perlukan tempat yang naung daripada pancaran cahaya matahari


Sesuai juga dijadikan tanaman indoor


Bahagian tengah perdu pokok langsuir berfungsi
memerangkap daun mati dan air sebagai sumber makanan.
Juga dipanggil 'bird nest fern' kerana sesuai dijadikan tempat 
burung memuat sarang.


Habaitat asal pokok paku langsuir hidup meliar di atas pokok.


Salam bertani.




Ahad, 16 Ogos 2020

Cempedak Goreng

 Salam bertani


Wak ngopi petang ini dengan hidangan cempedak goreng. Cempedak madu CH28 di dusun wak dah mula matang. Musim cempedak kali ini sangat berkurangan berbanding pada tahun lepas. Lagi pun wak tak sempat hendak membungkus cempedak tersebut menyebabkan banyak buah yang buruk tidak boleh dituai.


Cempedak goreng tanpa biji untuk kudapan pada petang ini.
Jemputlah makan.


Buah cempedak madu CH28 hasil tanaman wak di dusun.
Buahnya berbentuk lonjong dan panjang .


Buah cempedak madu CH28 bersaiz besar 
Biasanya 3 - 5 kg sebiji




Buah cempedak madu yang matang di pokok


Isinya juga bersaiz besar dan tebal


Berwarna oren dan sangat manis.
(Tidak sesuai untuk pengidap diabetis)


Isi cempedak madu CH28 sebelum digoreng.
Perlu dibuang biji dan dibelah dua kerana ulasnya besar.

Salam bertani.

Sabtu, 15 Ogos 2020

Menebas Kebun Getah

 Salam bertani

Lebih setahun wak tidak menoreh getah kerana harga getah yang merudum sejak akhir-akhir ini. Kebun getah sudah hampir menjadi hutan dan tempat habitat haiwan liar. Sudah semingguan wak menebas anak-anak pokok getah dan semak samun di kebun getah. Wak menebas menggunakan parang panjang sahaja. Angannya wak nak mula menoreh semula, tetapi memandangkan harga getah yang masih rendah, mematahkan semangat wak.


Kebun getah yang sudah dipenuhi semak samun


Sudah setahun tidak diusahakan.
Air parit penuh kerana sekarang musim hujan.


Anak-anak getah dan anak kayu tumbuh memenuhi ruang


Pokok kait-kait memanjat pokok getah


Semak samun dibersihkan


Anak-anak getah liar dan anak kayu ditebas


Selesai menebas dalam masa beberapa hari


Semak samun yang ditebas perlu disembur racun
rumpai selepas beberapa minggu.

Alhamdulillah, hari ini selesai kerja-kerja menebas hutan di kebun getah.

Salam bertani.