Salam bertani
Sempena hari Jumaat yang barokah ini, wak mengambil kesempatan untuk menanam dua pokok anak durian duri hitam. Pokok durian duri hitam ini wak tanam menggantikan pokok rambutan yang telah ditebang. Setakat ini sudah ada lebih 40 pokok durian duri hitam yang wak tanam di dusun disamping beberapa jenis pokok durian yang lain.
Dua pokok bibit durian duri hitam dalam polibeg.
Harganya RM250.00.
Lubang penanaman disediakan lebih awal.
Ditaburkan dolomit dan furadan.
Potong bahagian bawah polibeg terlebih dahulu.
Akar anak pokok yang bergulung-gulung di dasar
polibeg perlu dipotong untuk mempercepatkan
pertumbuhan akar dan pucuk baru.
Letakkan polibeg di dalam lubang penanaman
dan potong bahagian tepi polibeg.
Polibeg telah dibuka.
Pastikan tanah anak benih tidak pecah.
Taburkan bahan organik di sekeliling tanah anak benih.
Bacakan doa menanam pokok dan tambunkan tanah.
Siap tanam sepokok bibit durian duri hitam
Sepokok lagi siap ditanam.
Akhir sekali, siram anak benih.
Sepohon bibit durian duri hitam yang telah
ditanam beberapa bulan yang lepas.
D200 Black Thorn.
Salam bertani.
MAHAL JUGA HARGA ANAK POKOKNYA TAPI HASILNYA BERBALOI KAN..BANYAK JUGA DURIAN JENIS YG DH DITANAM YA..USAHA TERBAIK
BalasPadamRM250 tu untuk dua pokok.
PadamKalau pokok yang kecil harganya rendah lagi.
Mahal juga anak pokok tu..mesti buahnya terbaik
BalasPadamSekarang benih durian duri hitam kira yang paling mahal.
PadamWalaupun mahal harga anak benih durian black thorn, tapi berbaloi rasanya nanti bila tiba musimnya. Cantik ulas duriannya Wak! Berapa tahun agaknya nak tunggu pokok ni berbuah?
BalasPadamKalau jaga elok, pokok subur dalam 5 tahun gitu.
Padamskali modal jer..then bila dah ada hasil.. boleh dpt untung
BalasPadamTanam durian ni mudal besar
PadamBenih mahal
Penyelenggaraan pun rumit
Mahal benihnya ye Wak. Tapi kira modal lah tu, dah berbuah nanti untung juta-juta Insha Allah :)
BalasPadamHarap2 gitulah
PadamMoga terus tumbuh subur dan membuahkan hasil untuk dinikmati.Aamiin.
BalasPadamIn syaa Allah
PadamBuah dia punya warna, mengancam betul!
BalasPadamSekarang buah durian duri hitam ni yang paling mahal ngalahkan musang king
Padamanak pokok dah mahal, buahnya pun mesti mahal juga ni.
BalasPadamBuah durian duri hitam memang mahal.
PadamTak hitam pon durinya?
BalasPadamAda satu durinya yang hitam
PadamSemoga tanaman hidup subur dan membuahkan hasil yang lumayan nanti
BalasPadamAamiin
PadamMahal jugak anak pokoknya...semoga membuahkan hasil dan memberi pulangan yg lumayan
BalasPadamMudah2an.
Padamterbaik wak...mahal anak pokoknya..tapi kegembiaraan mesti akan rasa nanti..thanks wak tunjuk cara tanam
BalasPadamMudah2an bermanfaat
Padammacam durian serawak rupa isi dia tu tapi mesti tak sama juga sebab durian serawak isinya tak basah2, isi jenis kering..
BalasPadamRasanya memang klass ngalahkan durian sarawak.
Padamwow wak..semoga membuahkan hasil nnti..durian mahal nih..
BalasPadamIn syaa Allah.
Padammahal benihnyaaa
BalasPadambenih ni dah tinggi 2m
Padamkalau benih kecil yang baru jadi tu dalam RM20 aje.
Mesti tak sabar menanti dia besar dan berbuah yer
BalasPadamMahal jugak harga anak pokok ya.. harap hasil berpatutan
BalasPadamIn farming,elders always show the example by planting fruit trees so the youger generation may follow and people will hopefully appreciate in in time to come from the fruits harvested.
BalasPadamThanks for the blog.
Berapa keluasan lubang yang wak gali?
BalasPadamLebih kurang 2' X 2' X 2'
BalasPadamKebun wak ni tanahnya gembur (tanah pamah).
Kalau tanah yang keras perlu lubang yang lebih besar.
Brp byk furadan utk sepokok wak?
BalasPadamBaja pulak boleh masuk sekali ke?
Baja apa yg elok wak?
Baja NPK padi sesuai x?
Biasanya wak gaulkan dolomite, furadan, CIRP dan bahan organik dua minggu sebelum penanaman. Kadarnya agak2 sesuai dengan lubang penanaman
PadamBaja NPK tak payah dulu
Makaseh wak..
PadamWak ada fb atau apa2 media sosial yg boleh sy ikut dan tanya apa2 soalan
Maaf
PadamXde
Terbaik
BalasPadamAs salam wak,jual anak durian hitam nie tak?
BalasPadamWkmsalam
PadamMaaf takde jual
Wak pun beli kat nerseri pertanian
Jarak antara pokok sebaiknya berapa kaki wak?
BalasPadamKalau durian biasanya 12m sesuai
BalasPadamjika tak letak dolomite dan furadan cuma letak penggalak akar sja boleh kan sy tanam durian sume tak letak wak letak penggalak akar saja.
BalasPadamDolomite digunakan sekiranya tanah berasid
PadamFuradan digunakan sekiranya ada serangga/perosak dalam tanah seperti anai2.
ada update terkini tak pokok durian ni
BalasPadamnak kena siram hari2 ke berapa kali sehari, dan sampai bila baru boleh kita biarkan dia tanpa penjagaan harian?
BalasPadamMasa awal penanaman wak siram sekali sehari sekiranya tidak hujan.
PadamAnak durian lambat membesar sekiranya kurang air atau tanah di sekeliling perdunya kering
Apa fb wak? Duri hitam dgn mk mana yang tak cerewet jaga? Elok tanam penanti dulu atau terus tanam.anak.pokok durian klon?
BalasPadamKini 2024 wak sudah ada hasil?
BalasPadamAda pokok yang sudah belajar berbunga.
PadamWak.. jarak tanaman antara satu ke satu pokok berapa wak?
BalasPadamSekurang2 10 m
BalasPadam