Sabtu, 8 Ogos 2020

Tanam Pokok Durian Duri Hitam

 Salam bertani


Sempena hari Jumaat yang barokah ini, wak mengambil kesempatan untuk menanam dua pokok anak durian duri hitam. Pokok durian duri hitam ini wak tanam menggantikan pokok rambutan yang telah ditebang. Setakat ini sudah ada lebih 40 pokok durian duri hitam yang wak tanam di dusun disamping beberapa jenis pokok durian yang lain.


Dua pokok bibit durian duri hitam dalam polibeg.
Harganya RM250.00.


Lubang penanaman disediakan lebih awal.
Ditaburkan dolomit dan furadan.


Potong bahagian bawah polibeg terlebih dahulu.
Akar anak pokok yang bergulung-gulung di dasar
polibeg perlu dipotong untuk mempercepatkan 
pertumbuhan akar dan pucuk baru.


Letakkan polibeg di dalam lubang penanaman
dan potong bahagian tepi polibeg.


Polibeg telah dibuka.
Pastikan tanah anak benih tidak pecah.


Taburkan bahan organik di sekeliling tanah anak benih.
Bacakan doa menanam pokok dan tambunkan tanah.


Siap tanam sepokok bibit durian duri hitam


Sepokok lagi siap ditanam.
Akhir sekali, siram anak benih.


Sepohon bibit  durian duri hitam yang telah
ditanam beberapa bulan yang lepas.


D200 Black Thorn.

Salam bertani.

50 ulasan:

  1. MAHAL JUGA HARGA ANAK POKOKNYA TAPI HASILNYA BERBALOI KAN..BANYAK JUGA DURIAN JENIS YG DH DITANAM YA..USAHA TERBAIK

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM250 tu untuk dua pokok.
      Kalau pokok yang kecil harganya rendah lagi.

      Padam
  2. Mahal juga anak pokok tu..mesti buahnya terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang benih durian duri hitam kira yang paling mahal.

      Padam
  3. Walaupun mahal harga anak benih durian black thorn, tapi berbaloi rasanya nanti bila tiba musimnya. Cantik ulas duriannya Wak! Berapa tahun agaknya nak tunggu pokok ni berbuah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jaga elok, pokok subur dalam 5 tahun gitu.

      Padam
  4. skali modal jer..then bila dah ada hasil.. boleh dpt untung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam durian ni mudal besar
      Benih mahal
      Penyelenggaraan pun rumit

      Padam
  5. Mahal benihnya ye Wak. Tapi kira modal lah tu, dah berbuah nanti untung juta-juta Insha Allah :)

    BalasPadam
  6. Moga terus tumbuh subur dan membuahkan hasil untuk dinikmati.Aamiin.

    BalasPadam
  7. Buah dia punya warna, mengancam betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang buah durian duri hitam ni yang paling mahal ngalahkan musang king

      Padam
  8. anak pokok dah mahal, buahnya pun mesti mahal juga ni.

    BalasPadam
  9. Semoga tanaman hidup subur dan membuahkan hasil yang lumayan nanti

    BalasPadam
  10. Mahal jugak anak pokoknya...semoga membuahkan hasil dan memberi pulangan yg lumayan

    BalasPadam
  11. terbaik wak...mahal anak pokoknya..tapi kegembiaraan mesti akan rasa nanti..thanks wak tunjuk cara tanam

    BalasPadam
  12. macam durian serawak rupa isi dia tu tapi mesti tak sama juga sebab durian serawak isinya tak basah2, isi jenis kering..

    BalasPadam
  13. wow wak..semoga membuahkan hasil nnti..durian mahal nih..

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. benih ni dah tinggi 2m
      kalau benih kecil yang baru jadi tu dalam RM20 aje.

      Padam
  15. Mesti tak sabar menanti dia besar dan berbuah yer

    BalasPadam
  16. Mahal jugak harga anak pokok ya.. harap hasil berpatutan

    BalasPadam
  17. In farming,elders always show the example by planting fruit trees so the youger generation may follow and people will hopefully appreciate in in time to come from the fruits harvested.
    Thanks for the blog.

    BalasPadam
  18. Berapa keluasan lubang yang wak gali?

    BalasPadam
  19. Lebih kurang 2' X 2' X 2'
    Kebun wak ni tanahnya gembur (tanah pamah).
    Kalau tanah yang keras perlu lubang yang lebih besar.

    BalasPadam
  20. Brp byk furadan utk sepokok wak?
    Baja pulak boleh masuk sekali ke?
    Baja apa yg elok wak?
    Baja NPK padi sesuai x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya wak gaulkan dolomite, furadan, CIRP dan bahan organik dua minggu sebelum penanaman. Kadarnya agak2 sesuai dengan lubang penanaman
      Baja NPK tak payah dulu

      Padam
    2. Makaseh wak..
      Wak ada fb atau apa2 media sosial yg boleh sy ikut dan tanya apa2 soalan

      Padam
  21. As salam wak,jual anak durian hitam nie tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam
      Maaf takde jual
      Wak pun beli kat nerseri pertanian

      Padam
  22. Jarak antara pokok sebaiknya berapa kaki wak?

    BalasPadam
  23. jika tak letak dolomite dan furadan cuma letak penggalak akar sja boleh kan sy tanam durian sume tak letak wak letak penggalak akar saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dolomite digunakan sekiranya tanah berasid
      Furadan digunakan sekiranya ada serangga/perosak dalam tanah seperti anai2.

      Padam
  24. ada update terkini tak pokok durian ni

    BalasPadam
  25. nak kena siram hari2 ke berapa kali sehari, dan sampai bila baru boleh kita biarkan dia tanpa penjagaan harian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa awal penanaman wak siram sekali sehari sekiranya tidak hujan.
      Anak durian lambat membesar sekiranya kurang air atau tanah di sekeliling perdunya kering

      Padam
  26. Apa fb wak? Duri hitam dgn mk mana yang tak cerewet jaga? Elok tanam penanti dulu atau terus tanam.anak.pokok durian klon?

    BalasPadam