Rabu, 28 Oktober 2015

Tanaman Duku.

Salam bertani.
Salah satu tanaman buah-buahan yang terdapat di kebun "Warisan Petani" ialah pokok duku. Terdapat tiga jenis duku yang ditanam dan telah mengeluarkan hasil iaitu duku JDT, duku Terengganu dan dokong. Musim buah duku biasanya adalah musim terakhir di antara buah-buahan bermusim yang mengeluarkan hasil.




 Anak dokong yang ditanam melalui cantuman baji berumur satu tahun.



Anak pokok duku Terengganu yang ditanam melalui cantuman mata tunas berumur tiga tahun. Belum berbuah.


Pokok dokong berumur lima tahun. Sudah berbuah.


Pokok duku Terengganu berumur lima tahun. Sudah berbuah.
Ditanam melalui cantuman mata tunas.


Pokok duku JDT dewasa.
Ditanam melalui biji benih.

Pokok duku JDT .


Pokok duku Terengganu dewasa yang telah dipangkas.


Pokok dokong dewasa.
Pokok ini perlu dipangkas supaya tidak terlalu tinggi dan untuk membentuk kanopi pokok.


Daun duku JDT. Tebal dan licin.


Daun pokok dokong.
Daunnya lebih tirus.

Daun duku Terengganu.
Nipis dan tidak licin.


Mata bunga dokong.  


Bunga duku Terengganu.


Bunga duku Terengganu yang sedang mekar.


Buah dokong muda.


Buah dokong.


Buah dokong hampir matang


Buah dokong matang.


Buah duku JDT.
Kulit buahnya lebih tebal berbanding duku Terengganu atau dokong.



Buah duku JDT.

 Buah duku Terengganu lebih mahal berbanding dokong dan duku JDT. Buah duku JDT lebih murah kerana banyak terdapat di sini. Ketiga-tiga jenis buah duku ini mempunyai rasa yang berlainan. Di kebun "Warisan Petani" kesemua jenis duku ini matang serentak setelah musim buah-buahan lain berakhir.
Salam bertani.























Isnin, 26 Oktober 2015

Bunga dan buah

Salam bertani.

Kebanyakan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di kebun "Warisan Petani" mengeluarkan bunga yang jarang-jarang kita lihat.Sebahagian daripada bunga-bunga ini akan menjadi buah atau biji benih.



Bunga cekur.


Bunga lengkuas.


Bunga lempuyang.


Bunga kunyit.


Bunga dan buah cekur manis.


Bunga bayam.


Bunga dan buah sawi bunga.


Bunga pegaga.


Bunga betik jantan.


Bunga betik betina.


Bunga pokok kari.


Bunga pokok ubi kayu.


Bunga pokok ulam raja.


Bunga pokok turi.


Bunga dan putik kacang botor.


Bunga kangkung.




Bunga dan buah belimbing buluh.


Bunga dan buah cili padi.


Bunga terung telunjuk.


Buah terung telunjuk.


Bunga terung pipit.


Buah terung pipit.


Buah meranti.


Bunga limau kasturi.


Buah limau kasturi.



Bunga kantan.


Sulur bunga kantan.


Bunga belinjau.



Buah belinjau.

 

Pokok ubi badak.


Buah ubi badak.
(Buah di atas digunakan sebagai sumber benih pokok. Buah ubi badak yang dimakan terdapat di dalam tanah).


Sulur keladi putih.


Bunga pokok asam jawa.


Bunga peria hutan.


Buah peria hutan.Saiznya lebih kecil daripada peria katak.


Bunga letup-letup.


Buah letup-letup.


Pokok letup-letup.


Bunga rumput israel



Bunga rumput selaput tunggul.


Gambar-gambar di atas dirakamkan dari kebun "Warisan Petani" pada hari ini. Sebahagiannya adalah tanaman untuk sayur-sayuran kampung dan sebahagiannya adalah pokok rumput yang tumbuh sendiri.

Salam bertani.