Sabtu, 23 Mac 2019

Pokok Rambutan Mula Berbunga

Kesemua pokok rambutan di dusun WP sudah mula berbunga. Ada pokok rambutan  anak sekolah, jarum mas, deli dan rambutan gading.  Kebanyakannya sudah berusia lebih sepuluh tahun dan sudah beberapa kali dipangkas supaya tidak meninggi. In syaa Allah, lepas raya nanti bermusimlah.



Pokok rambutan mula mengeluarka bunga.


Pokok rambutan jarum emas yang rimbun dan rendang.
Keseluruhan pucuk pokok mengeluarkan bunga. 


Rambutan anak sekolah juga mula berbunga.
Bunganya hingga mencecah tanah.


Bunganya akan mekar dalam masa beberapa minggu lagi.


Rambutan gading juga berbunga.


Berbunga lebat sempena musim panas ini.


Sebaris pokok rambutan yang sedang mengeluarkan bunga.


Bunga rambutan ini akan menghasilkan buah matang selepas raya nanti.

Salam bertani.

Isnin, 18 Mac 2019

Pokok Kaktus Berbunga.

Pokok kaktus cereus ni dah bertahun-tahun usianya, membesar di sudut halaman tanpa dihiraukan. Tak sangka pula pada musim panas kali ini ia mengeluarkan bunga. Agak banyak juga bunganya. Cuma bunga kaktus ni umurnya tak panjang. Hanya satu malam saja. Ia akan mengeluarkan kudup bunga beberapa hari, dan bunganya akan mekar bermula pada waktu malam (biasanya semasa bulan mengambang) dan beransur-ansur kuncup semula apabila terkena pancaran cahaya matahari pada waktu siang.

 Jom layan gambar-gambarnya yang dijepret awal pagi tadi.


Serumpun kaktus cereus yang sedang berbunga


Sebahagian bunganya sedang mekar dan sebahagian masih kudup bunga


Bunganya akan akan kuncup semula pada waktu siang.


Kudup bunga memerlukan masa beberapa hari untuk berkembang


Bunga kaktus yang sedang mekar


Jarang2 dapat melihat pokok kaktus ini berbunga.


Bunga mulai terlentuk ke bawah dan akan beransur2 kuncup pada waktu siang.


Entah bila pokok kaktus cereus ini akan berbunga lagi.
 Mungkin pada musim kemarau akan datang.

Salam bertani.

MB 78 : Want Glowing Skin?

Salam bertani

Salam bertani.

Khamis, 14 Mac 2019

Putik Nangka

Salam bertani.

Beberapa pokok nangka di dusun WP sudah mula mengeluarkan putik buah untuk musim kali ini.  Bagi mendapatkan buah nangka yang berkualiti, putik nangka perlu dibuat penjarangan dan dibungkus untuk mengelakkan serangan lalat buah. Setiap tangkai hanya simpan satu putik sahaja dan buah-buah yang bentuknya tidak sekata perlu dibuang. Buah nangka perlukan masa lebih kurang tiga bulan untuk matang.


Sepohon nangka madu J33 yang sedang berputik.


Setiap tangkai mengeluarkan 2 hingga 3 putik buah.



Buat penjarangan dengan menyimpan satu putik sahaja
bagi setiap tangkai buah (pilih buah sulung).


Selepas dibuat penjarangan.


Buah-buah yang kecil dan tidak sekata juga perlu dibuang.


Putik nangka perlu dibungkus sehingga matang
(lebih kurang tiga bulan).


Sepohon lain nangka madu.
Hanya 5 biji putik dipilih sebelum dibungkus.


Isi buah nangka madu J33


Pokok nangka siam ini mengeluarkan lebih 20 tangkai putik buah.


Putik buah di bahagian pangkal pokok.
Belum dibuah penjarangan.


Selepas dibuat penjarangan.


Perlu dibungkus untuk mengelakkan kerosakan.


Isi buah nangka siam.

Salam bertani

Isnin, 11 Mac 2019

Pokok Kelapa Tidak Bermayang

Salam bertani

Ada sejenis pohon kelapa yang agak berbeza daripada pohon kelapa yang biasa kita lihat. Perbezaannya ialah pada tandan buah kelapa tersebut walhal pokok kelapanya sama sahaja. Uniknya tandan kelapa ini tidak mempunyai mayang. Putik buah kelapa terdapat di sekeliling tandannya. Buah kelapa akan membesar  dan melekat pada tandan tersebut.


Sekali pandang pokok kelapa ini sama sahaja seperti pokok kelapa
yang lazim kita lihat.


Seludang kelapa ini mengeluarkan tandan kelapa tanpa mayang.
Putik kelapa melekat pada tandannya.


Putik kelapa yang membesar melekat pada tandannya.
Putik kelapa yang tidak menjadi akan kering dan gugur.


Setandan buah kelapa tanpa mayang.


Perbezaan dengan putik kelapa biasa.
Ini adalah tandan kelapa yang biasa kita lihat di mana putik dan buahnya
berada di mayang/tangkai tandan kelapa.

MB 77 : Jerumun

Salam bertani


Salam bertani.

Sabtu, 9 Mac 2019

Bela Ayam Kampung

Salam bertani

Masa kecil dulu emak akan menamakan ibu-ibu ayam kepada adik beradik. Kebetulan selalunya ibu ayam yang dinamakan untuk WP sangat menjadi dan pandai membela anak-anaknya. Mungkin sebab itulah asalnya  WP minat bela ayam kampung. Sehingga sekarang, aktiviti membela ayam kampung sudah menjadi darah daging dan rutin yang tak pernah ditinggalkan.

Cumanya WP belum pernah bela ayam kampung untuk komersial. Hanya untuk kegunaan sendiri bagi mendapatkan daging ayam kampung segar dan telur ayam kampung. Juga untuk menjamu adik beradik yang pulang ke kampung. Ada juga sesekali dijual terutama ayam jantan dan telur ayam sebab tak habis dimakan.


Ibu-ibu ayam yang dipelihara untuk menghasilkan telur


Sekumpulan ayam remaja yang sesuai untuk dituai


Dikurung di dalam reban dan akan dilepaskan
pada waktu petang.


5 ekor adik beradik anak ayam siam


Anak-anak ayam kampung berumur sebulan


Baru menetas


Ibu ayam sedang mengeram.
Telur ayam akan menetas selepas 21 hari dieram


Sepasang ayam kampung dewasa 


Sepasang ayam denak remaja


Ibu ayam denak bersama 5 ekor anaknya.


Sarang telur ayam kampung
(untuk dieramkan oleh ibu ayam)


Telur-telur ayam yang dikutip sehari (belum dibersihkan)
Di belakang ialah telur itik.


Telur-telur yang telah dibersihkan disimpan di dalam tray.


 Salam bertani.