Jumaat, 8 Mac 2019

Tanam Jagung Manis Tepi Rumah

Salam bertani

WP ada menanam beberapa batang pokok jagung di tepi rumah untuk suka-suka sebagai terapi fizikal dan mata. Pokok-pokok jagung sudah mula mengeluarkan bunga jantan dan tongkol buah jagung (bunga betina).  Ada yang mengeluarkan satu tongkol, dua tongkol malah tiga tongkol buah jagung sepokok. Ada juga yang mengeluarkan tongkol kecil/mini yang sesuai dijadikan sayuran.

Tongkol jagung boleh dituai selepas dua bulan penanaman pokok jagung. Kita boleh melihat isi jagung sudah penuh dengan membuka sedikit kulit tongkol di bahagian atasnya. Bijirin jagung yang sesuai dituai berwarna kekuningan cair. Satu lagi cara ialah dengan melihat bulu tongkol jagung sudah berwarna perang. Tongkol jagung yang lewat dituai akan menyebabkan bijirinnya menjadi keras dan tidak manis apabila direbus.

Sebaris pokok jagung yang sudah mula mengeluarkan hasil.


Tongkol jagung keluar daripada ketiak daun.
Dua tongkol besar dan satu tongkol mini.


Hidup berjiran dengan pokok bendi.


Tongkol jagung yang hampir boleh dituai.
Bulu tongkol akan berubah warna perang


Tongkol muda
Dua besar dan dua kecil/mini.


Bunga jantan mekar di pucuk pokok jagung


Bulu tongkol muda.
Pada masa ini belum ada bijirin jagung lagi.


Setongkol jagung


Pohon jagung yang kecil hanya mengeluarkan
satu tongkol jagung sahaja.

Walau pun usia pokok jagung sama, tetapi tidak mengeluarkan buah serentak. Pokok jagung yang lebih besar dan subur lebih cepat mengeluarkan hasil.

Salam bertani.

28 ulasan:

  1. Masa kecik2 dulu sy pnh menolong jiran menuai jagung, masa tu main belasah aje taklah tengok bab bulu jagung perang tu, hahaha.

    Putik jagung tu mmg tak akan mmbesar jadi jagung yg matang ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jagung kecil tu memang tak membesar, sesuai dijadikan jagung sayur aje.

      Padam
  2. Bestnya pakcik tanam jagung. Boleh tuai dan rebus. Fresh pulak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seskali tanam sendiri.
      Kadang2 beli juga buah jagung ni.

      Padam
  3. skrg ni cuma mampu beli jagung di pasar tani je. kdg2 tu beli yg dah siap direbus je. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam suka2 aje cikgu.
      Kalau tanam sikit2 ni sebenarnya lebih untung beli sahaja

      Padam
  4. Buat bubur atau rebus pun sedap tu.

    BalasPadam
  5. bestnya wak, tingin nya nk tnm kt umh sndiri cuma tanah je takde hhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam untuk kegunaan sendiri
      Adalah dalam 25 pokok agaknya.

      Padam
  6. Rebus makan hangat-hangat... Sedapnya.

    BalasPadam
  7. Bestnya kalau dapat fresh jagung cam ni.. rebus je pun sedap!

    BalasPadam
  8. WAH TAK LAMA LAGI TUAI HASIL JAGUNG PULA

    BalasPadam
  9. teringat kecik2 dulu tolong tanam benih jagung kan kebun mak...seronok sangat bila pokoknya mula berbuah..then bila tiba musim hujan ribut, sedih pokoknya rebah beramai2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kena ribut memang boleh tumbang.
      Tapi pokok jagung manis ni rendah sikit.

      Padam
  10. Banyaknya pokok jagung. Nak makan tak perlu beli. Alangkah baiknya.

    BalasPadam
  11. Owh.. kena tunggu warna bulu tongkol tu berubah perang ye untuk dituai.. Ilmu baru..

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Tanah biasa di tepi rumah
      hanya tambahkan baja organik aje

      Padam
  13. Putik jagung bila boleh dipetik?adskah boleh dipetik dahulu sebelum tingkol jagung atau ambil serentak bila dh tuai jagung.silap petikkan,bimbang jagung tk jadi pokok mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putik jagung yang kecil boleh dituai lebih awal untuk dijadikan sayuran. Ia tidak perlu disimpan kerana tidak akan berisi.

      Padam