Salam bertani
Rabu, 25 Mei 2022
Khamis, 19 Mei 2022
Wak Can Walk In Doha Too
Salam bertani
Wak ni Janda Baik pun belum pernah sampai, inikan pula Doha yang kat oversea tu. Wak cuma ambil sempena blog Wak Lalat, meneruskan pekerjaan yang ditinggalkan semenjak dia minggat ke Doha tu. Sudah semingguan wak kerja memotong rumput di dusun berseorangan tanpa gajian. Rumput yang sudah menebal terpaksa dipotong sebab wak nak beri baja kepada pokok-pokok buahan yang sedang berputik.
Rumpai yang sudah menebal perlu dipotong
Wak gunakan mesin pemotong rumput sandang ini
Sebahagian kawasan belum dipotong
Rumput yang baru dipotong
Selepas beberapa hari.
Potongan rumput dibiarkan menjadi baja
Barulah boleh berlarian di dusun
Lapang kebun, lapang fikiran
Lepas ni kena tabur baja buah pula.
Baja buah pulak dah naik harga hampir sekali ganda
Ada juga tuaian luar musim tapi tak lebat
Jangkaan panen bulan julai nanti
Mudah-mudahan ada rezekinya nanti
Salam bertani
Isnin, 16 Mei 2022
Ahad, 15 Mei 2022
Abiu Raya
Salam bertani
Kebetulan pokok abiu nan sebatang di hadapan rumah wak sedang rancak meranumkan buahnya. Dapatlah adik beradik dan anak-anak saudara yang pulang bercuti raya baru-baru ni menikmati kelazatan buah yang rare ni. Jom layan
Salam bertani
Rabu, 11 Mei 2022
WW 241 : Salam Lebaran
Salam bertani
Salam lebaran daripada budak-budak bulus
Otto
Kent
Amoy
Olie
Siti Norelsa Sara Aisyah
Bubu
Salam bertaniAhad, 8 Mei 2022
MB 190 : Selamat Hari Ibu
Salam bertani
Kechik dan Enon
Yut dan Syuk
Fiza dan Nona
Zura dan Apis
Mon dan Jana
Siti dan Rina
Ning dan Napi
Salam bertani
Langgan:
Catatan (Atom)