Ahad, 2 Mei 2021

Tebang Pokok Getah Tua

 Salam bertani

Wak tengah uruskan penebangan pokok getah tua di kebun pusaka di belakang rumah wak. Tanaman pokok getah tersebut sudah mencecah lebih 40 tahun dan sudah lama tidak bertoreh. Sejak harga getah buku merundum di bawah RM2.00 sekg, wak sudah tidak menoreh lagi. Walau bagaimana pun kebun pusaka ini tetap wak jaga dan bersihkan supaya tidak menjadi sarang haiwan perosak.

Wak berhasrat untuk menggantikan pokok getah tua ini dengan tanaman pokok kelapa sawit kerana pengurusannya lebih mudah dan cepat mengeluarkan hasil. Kerja-kerja pembersihan kebun dijangka akan selesai sebelum raya dan kerja-kerja penyediaan tanah seperti membajak , membuat jalan dan  parit akan dilaksanakan selepas raya.


Sebahagian daripada pokok getah tua di kebun pusaka.
Pokok getah yang memberi makan kepada wak dan
adik beradik semasa membesar dan bersekolah dahulu.


Riwayat dan jasa pokok-pokok getah ini akan berakhir
dan akan digantikan dengan tanaman baharu.


Kayu pokok getah tua amat berharga sekarang.


Jenazah pokok getah sebelum diangkut ke dalam lori.


Kerja-kerja mencabut dan menumbangkan pokok getah
 sedang dijalankan.


Kerja-kerja memunggah kayu getah ke dalam lori sedang dijalankan.


Kayu getah akan dihantar ke kilang untuk diproses.


Tunggul pokok getah pun diangkut sekali.


Pokok-pokok getah tua yang banyak berjasa kepada wak dan 
adik beradik akan jadi sejarah dan kenangan sahaja.
 Masing-masing ada pengalaman membersihkan kebun,
 menoreh, memproses getah semasa zaman membesar dahulu.
 Juga tidak dilupakan jasa dan pengorbanan arwah bapa
 yang meneroka dan mengusahakan kebun keramat ini.

Salam bertani.