Jumaat, 28 Mei 2021

Membaja Pokok Durian Yang Sedang Berbuah

 Salam bertani.

Wak dah selesai membaja pokok-pokok durian yang sedang berbuah muda di dusun WP. Wak gunakan dua jenis baja iaitu baja sebatian Nova Tec Premium dan baja soluble Nova SOP. Pokok durian yang sedang berputik sesuai diberikan baja  tambahan apabila buahnya sebesar bola tenis atau pun setelah putik buah tidak lagi gugur (rontok). Selepas ini wak akan memberikan baja kepada pokok rambutan, pulasan, manggis dan cempedak pula.


Baja sebatian untuk buah kerana kandungan K yang tinggi (20%).
Dapat membantu pembentukan fizikal dan pembesaran buah.
Berbentuk butiran yang boleh ditabur terus di sekeliling pokok.


Baja SOP (Sulphate of Potash)
Mengandungi 41.5% K dan 17.2% S
Berfungsi untuk meningkatkan kualiti dan hasil buah,
meningkatkan nilai, rasa, bau dan fizikal buah,
memberikan ketebalan kepada isi buah dan biji yang kecil.

Berbentuk serbuk yang boleh ditabur terus ke pangkal pokok
atau dilarutkan di dalam air untuk penyiraman/semburan.



Wak taburkan baja2 tersebut di perdu pokok durian
selepas rumput di sekeliling pokok durian dipotong.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil putik durian 
di dusun  WP yang wak rakam pada pagi ini.












Salam bertani.


38 ulasan:

  1. Meriahnyaaaa buah duriannn atas sana wakkkkk!

    BalasPadam
  2. Ya Allah... banyaknya durian, lebat buahnya... Sy dh berapa thn xmkn durian... Thn2 sblum ni nak beli xde rezeki... Thn ni mengandung lak tak tahu leh mkn ke tak... mampu tgk je wak... durian apa tu wak? sy blm pernah mkn D24 ke durian musang king ke...

    BalasPadam
  3. Lebatnya buah durian WP, buat lempuk boleh tahan lama..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Menjadi nampaknya buah durian. Rezeki dari Allah SWT.

    BalasPadam
  5. Semoga untungnya lumayan nanti....

    BalasPadam
  6. Wahhhh.. dah meriah betul ni wak. Harapnya seiring dgn gugurnya durian, masa tu jugak pandemik ini akan beransur pergi 😍

    BalasPadam
  7. ingatkan pokok durian yg berbuah xboleh dibaja takut buahnya cpt gugur..salah info ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dibaja semasa buah masih putik untuk meningkatkan kualiti buah

      Padam
  8. Bestnya tgk pokok durian yg tengah lebat membuah... Rindunya bak blk kampunggg.. ARgghhh

    BalasPadam
  9. Seronoknya wak...lebat buahnya..terbayang bila gugur nanti

    BalasPadam
  10. Selamat bertani, wak. Geram tengok buah-buah durian kat pokok tu.

    BalasPadam
  11. banyak nya buahhhh. sedapnya durian.

    BalasPadam
  12. Suka tengok bila nampak hasilnya. Gembira yang tak terluah dengan kata-kata.

    BalasPadam
  13. Wah1 lebatnya WP.
    Semoga mendaat tuaian yang lumayan

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Ada juga.
      Dolomite sesuai digunakan sebagai bahan asas penanaman durian. Iaitu ditaburkan di dalam lubang penanaman sebelum anak benih ditanam. Ia berfungsi untuk membetulkan keasidan tanah.

      Padam
  15. Balasan
    1. Buah kuini dah penghujung musim.
      Kuini merupakan buahan yang mula2 sekali matang berbanding buah2an lain.

      Padam
  16. Meriahnya buah kayangan beerduri wak tu... bestnya tgu jatuh terus mkn

    BalasPadam
  17. Wow banyaknya berbuah...

    Pokok durian saya entah bila nak besar.
    Beli masa pkp 1.0 sekarang dah pkp 3.0 pun tang tu juga besar dia.. ada idea x nak buat macam mana bagi cepat besar? huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba guna baja foliar.
      Sembur 10 hari sekali mengikut sukatan pada daun, batang dan pangkal anak pokok.

      Padam
    2. terima kasih hehe dah tengok kat Shopee. Harap menjadi lah baja Foliar tu

      Padam
  18. lebat buahnya wak... sihat-sihat nampaknya. moga dapat menikmati hssil yang diimpikan

    BalasPadam
  19. Ya Allah
    sedapnya durian
    buah favorite gila nih
    pos lah sini 3-4 biji
    hehhe

    BalasPadam
  20. Geram nya tengok buah durian tu semua..bestnya kalau ada pkok sendiri

    BalasPadam
  21. meriahnyaaa duriannn.sedap tuuu

    BalasPadam
  22. Mantappp.. pokok doyan!!! Puas hati woo

    BalasPadam
  23. Wah meriahnya durian kat atas tuuuu!!!!

    BalasPadam
  24. Banyak buahnya tu wak. Lumayan hasilnya lepas membaja nanti.

    BalasPadam
  25. Padu buah durian.

    BalasPadam