Rabu, 27 November 2024

WW 576 : Jom Sarapan

 Salam bertani


Kami berdua sarapan bubur nasi berlauk pagi ini


Merangkap makan tengah hari sekali nanti.


Salam bertani


Ahad, 24 November 2024

Kawasan Ragut Musim Tengkujuh

 Salam bertani.

Sekarang dah kerap hujan. Mujurlah pihak JPS buat projek membersihkan sungai. Harap-harap kawasan ragut tak kena banjir pada musim tengkujuh kali ini.


Kerja pembersihan sungai sedang dijalankan.
Sebahagian kawasan ragut terjejas.


Baru selesai sebelah bahagian sahaja.
Kawasan di seberang juga akan dibersihkan.


Ternakan lembu di kiri kanan sungai.
Air sungai masih  cetek.
Wak masih boleh meredah sungai setiap hari
 untuk ke seberang.


Pemandangan kawasan ragut sebelum dibersihkan.


Anak dara wak si Nona Sado.


Induk si Kechik.
Generasi arwah si Yut masih ada di seberang sungai.


Anak Kechik si Romadon sudah berumur setahun lebih.


Bapak kawasan si JJ


Salam bertani.


Ahad, 10 November 2024

Buat Jalan Kebun

 Salam bertani

Masa musim panas baru-baru ni, wak ada upah orang buat jalan di dusun WP. Alhamdulillah dah siap jalan baharu tu. Mudahlah wak meronda dusun walau pun hanya gunakan moto kapcai aje. Jom lihat


Buat jalan baharu masuk ke dusun.


Jalan baharu bawah pokok durian.


Mudahlah untuk wak kutip hasil dusun selepas ini.


Ada jalan simpang tiga di tengah kebun.


Pasang kalbat menyeberangi parit di tengah-tengah kebun.


Traktor sedang meratakan tanah.


Lori mengangkut tanah.


Bolehlah bawa kenderaan sampai bawah pokok rambutan.


Kat moto buruk tu tapak cadangan nak buat rumah kebun.
Tapi modalnya belum ada lagi.


Selesai buat jalan kebun di dusun WP.
Akhirnya pasang pintu pagar.

Salam bertani.