Salam bertani
Majikan hensem wak si Kent telah berpulang ke alam abadi pada hari jumaat semalam. Pada bulan lepas wak kehilangan si Otto yang tak kembali sehingga ke hari ini. Maknanya empat majikan sebilik kesayangan wak dan puan is3 semuanya sudah tiada. Oyen dan Bubu dah pergi dahulu, kini Otto dan Kent pula menyusul. Inilah lumrah kehidupan.
Kent menghembus nafas terakhir di biliknya
pada hari Jumaat lepas
Wak kebumikan Kent bersebelahan pusara kawan
sebiliknya si Oyen dan Bubu.
Pokok limau bali taiwan di atas pusara si Oyen
sudah berbuah.
Gambar kenangan wak bersama Kent nyambut raya
yang lepas.
Kent encem tinggal kenangan.
Salam bertani.