Sabtu, 17 Mei 2025

OJ (Oyen Jasin)

 Salam bertani

Anak wak yang duduk Melaka tu hadiahkan wak seekor anak kucing jantan. Kucing oren ni dah berumur empat bulan, kawan dia yang bagi. Katanya ganti kucing oyen wak yang mati pada awal tahun lepas . Wak tumpangkan dia sebilik dengan Kent dan Otto.  Ni wak nak tunjuk budak OJ tu


Majikan baharu si OJ.


Kucing kaler oyen ni memang extra degil.


Bersama pak long Kent.


Bersama pak ngah Otto.


Ni gambar kenangan arwah Oyen yang dulu.
Sama tak?
Salam bertani

Selasa, 6 Mei 2025

Rezeki Syawal

 Salam bertani

Sapi wak yang di tepi sungai si Nona Sado tu beranak sulung pada 30 syawal yang lepas. Baby jantan tu wak panggil Sawal ajelah. Jom nengok


Anak si Nona beberapa jam selepas dilahirkan.


Lahir pada penghujung bulan syawal 30hb.
Wak namakan Sawal.


Gambar Sawal basah kuyup kena hujan petang tadi.
Wak dah pasangkan rantai panjang di lehernya.
Dah seminggulah umur dia.


Sawal bersama ibunya si Nona.
Semoga cepat membesar hidup di alam kehijauan.

Salam bertani.

Rabu, 23 April 2025

Baraan

 Salam bertani

Kariah sekampung wak baharu sahaja selesai pogram baraan syawal pada tahun ini. Aturcara bermula selepas solat isyak setiap malam merangkumi sepuluh buah rumah. Wak tunjukkan kunjungan kariah baraan ke rumah wak beberapa malam yang lepas.


Tetamu yang hadir bersalaman sebelum marhaban dimulai


Mengaminkan doa keafiatan untuk tuan rumah


Tetamu menjamu selera apa seadanya.


Sebahagian tetamu menjamu di beranda rumah.


Bergerak 10 rumah setiap malam
sehingga selesai sekampung.
Salam bertani.

Khamis, 27 Mac 2025

Pakcik Petai Viral

 Salam bertani

Hari selasa lepas, si Bainun sapi wak beranak sulung anak jantan. Tarikh lahirnya sama dengan blogger fofula UG tu. Wak nak namakan gedEx macam tak sampai hati pulak. Jadi wak akan panggil dia 'Petai' sudah. Jom nenguk



eNon dan anaknya yang baru lahir.


Budak ni wak namakan Petai


Emaknya lahir dalam bulan ramadan.
Petai pun lahir bulan ramadan juga.


Semoga sihat dan  cepat besar
si Petai.

Salam bertani.






 

Ahad, 23 Mac 2025

Kawasan Ragut Banjir

 Salam bertani

Hujan berterusan selama 48 jam pada hari rabu dan khamis menyebankan banyak kawasan di negeri Johor dinaiki air. Sebahagian kawasan ragut tempat wak memelihara lembu juga dinaiki air. Alhamdulillah, pada hari sabtu air banjir sudah mula surut. Jom nenguk


Air sungai melimpah sehingga ke kawasan ragut.
Gambar ni wak ambil pada pagi jumaat, hujan dah berhenti.
Ada kesan air dah mula surut.


Lembu yang di seberang sungai.
Beberapa hari wak tak dapat ke sana


Gambaran kawasan ragut di tepi sungai ketika banjir.


Si JJ termenung banyak makanannya ditenggelami air.


Si Rina di seberang sungai.


Kawasan benteng sungai yang lebih tinggi tidak digenangi air.
Kawasan yang berair tu adalah kawasan ragut yang ditenggelami air.


Kebun sawit wak di tepi padang ragut juga digenangi air.



Rabu, 19 Mac 2025

Balut Buah Limau

 Salam bertani

Ada beberapa pokok limau bali sunkist di sekeliling rumah wak yang sedang berbuah lebat. Ada masa terluang, wak balut buah limau tersebut sedikit demi sedikit. Wak balut menggunakan plastik lutsinar. Buah limau bali sunkist yang tidak dibalut sebahagiannya akan rosak angkara serangga lalat buah.



Buah limau bali sunkist yang masih muda.
Perlu dibalut atau disembur racun serangga setiap 
dua minggu untuk mengelakan seragan lalat buah.


Balut gunakan plastik lutsinar nipis.


Sepohon limau barli sunkist di tepi jalan.
Ada banyak lagi buahnya yang belum selesai dibalut.


Hujung plastik perlu dibocorkan untuk mengelakkan
air bertakung seperti ini.


Sepohon di beranda rumah.
Buahnya hingga mencecah tanah.


Ini pohon di laluan dapur.


Buah yang hampir kekuningan ini tandanya sudah matang.


Buah yang matang dalam balutan.

Salam bertani.

Sabtu, 8 Mac 2025

Nenek Beli Hadiah Hari Jadi

 Salam bertani

Awal bulan mac ini dua orang cucu wak sambut hari jadi. Pn is3 wak belikan hadiah untuk mereka. Jom nenguk


Hadiah dah sampai.
Semua beli online. 


Buka Kotak.
Budak Kent nyebuk aje.


Cucu ni dapat dua unit hadiah.


Umur cukup setahun.


Hadiah ni dia yang pilih sendiri.
Umur cukup tiga tahun.

Salam bertani

Rabu, 5 Mac 2025

WW 586 : Kent Dapat Kiriman Parcel

 Salam bertani


Kent bergambar bersama parcel yang diterimanya.


Owhh (selepas dibuka), juadah untuk sahur dan berbuka.

Salam bertani.

Isnin, 3 Mac 2025

Limau Kumkuat Viral

 Salam bertani

Wak bukan nak cerita pasal buah limau kumkuat yang viral kat pasaran tu, tetapi wak nak tunjukkan segerombolan pokok limau kumkuat di dusun WP yang sedang lebat berbuah. Buahnya jarang-jarang wak tuai kerana rasanya yang sangat masam seperti limau kesturi tidak seperti limau kumkuat viral yang manis rasanya. Jom nengok


Buah limau kumkuat yang matang di pokok.


Inilah segerombolan pokok limau kumkuat di dusun WP.
Pokok-pokok yang tumbuh daripada biji benih iduknya yang sudah mati.
Kesemua pokok sudah berbuah banyak kali.


Buah limau kumkuat mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.


Berbuah lebat setiap tahun menjelang CNY


Beribu-ribu lemon.


Rasanya sangat masam seperti buah limau kesturi.
Cuma ada rasa sedikit manis di bahagian dalam kulitnya.


Buah matang mula berguguran sebab tak dituai.


Gambar buah limau kumkuat yang hampir matang.


Gambar buah limau kumkuat yang masak ranum.
Saiznya lebih kurang sebesar limau kesturi.


Salam bertani.