Selasa, 16 Disember 2025

Buah Cempedak Kampung

 Salam bertani

Ada beberapa pokok cempedak kampung yang sedang berbuah di dusun WP. Pokok cempedak kampung adalah pokok cempedak yang ditanam melalui biji benih dan tidak dikahwinkan. Pokoknya wak tanam sejak tahun 80an lagi. Untuk dapatkan buah cempedak yang berkualiti, buah sepatutnya dibalut, disembur racun serangga dan dibuat penjarangan tetapi wak tak sempat buat semua itu.  Setiap pokok cempedak kampung mempunyai buah yang berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan rasanya. Jom ikut wak nenguk


Buah cempedak di pangkal pokok.
Sepatutnya dua buah yang kecil itu di buang untuk
mendapatkan buah besar dan berkualiti.


Batang pokok cempedak ini sudah patah beberapa
tahun yang lepas.
Tunas baharu sudah mula berbuah lebat kali pertama.


Walaupun tidak dibalut buahnya tetap elok.


Pokok cempedak tua ini sudah tumbang tetap berbuah lebat.


Buahnya di atas tanah.


Tak mampu nak balut sebab buahnya tinggi melangit.


Dah boleh dituai bila tangkainya berwarna kekuningan.

Salam bertani.

1 ulasan:

  1. Kalau buat cempedak goreng ni sedap ni. Cuya kalau makan gitu je tak berselera sebab dia bertali, tak reti nak telan. Hahaha

    BalasPadam