Salam bertani.
Otto wak yang hilang dah dijumpai. Betul ke?
Jom nenguk
Tugas-tugas seharian mengusahakan ternakan, kebun dll
Salam bertani.
Otto wak yang hilang dah dijumpai. Betul ke?
Jom nenguk
Salam bertani
Pokok kelapa sawit yang wak tanam beberapa tahun lepas sudah mula mengeluarkan hasil yang boleh dituai. Jadi wak kenalah buat jalan di kebun sawit tersebut supaya lori angkut buah sawit boleh masuk kebun. Wak upahkan orang kampung yang ada jentera backhoe dan traktor buat jalan tersebut. Alhamdulillah, dalam beberapa hari jalan dah siap.
Salam bertani
Wak nak tunjukkan keadaan terkini sungai tempat wak menternak lembu di kawasan rezabnya. Sungai ini terdapat empangan buatan di hulunya dan terdapat rumah pam di hilirnya yang membekalkan air paip kepada penduduk di persekitaran sini. Jom ronda
Salam bertani
Sapi peliharaan wak si Rara cantik tu melahirkan anak pertama baru-baru ini. Mulanya wak bercadang nak namakan anak Rara tu sebagai Sulong sempena nama gajah Chalil yang tengah viral tu. Itu pun kalau anak yang Rara lahirkan tu jantan. Rupanya Rara melahirkan anak betina, jadi terpaksalah cari nama lain yang sesuai.
Salam bertani
Genap sebulan si Kent meninggalkan kami. Wak kumpulkan sebahagian daripada entri mengenai Kent daripada blog WP sebagai kenangan kisah hidupnya sepanjang hayat.
Salam bertani
Ada sepokok rambai di dusun WP sedang berbuah ranum. Wak simpan sepokok rambai ini supaya dikenali oleh generasi wak seterusnya. Kebanyakan buahnya gugur begitu sahaja sebab kurang diminati. Buah rambai merupakan buah bermusim terakhir untuk musim buah-buahan di dusun WP kali ini.