Memaparkan catatan dengan label racun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label racun. Papar semua catatan

Rabu, 10 Disember 2025

Rabu, 9 Ogos 2023

WW 538 : Jom Shopping

 Salam bertani


Beli barangan keperluan kebun bulan ini


Alhamdulillah
Banyak turun harga input pertanian


Terjebak juga
RM15  untuk tiga biji tu

Salam bertani

Rabu, 14 Jun 2023

WW 533 : Shopping Rabu

 Salam bertani


Shopping 3 item aje


RM320.00


RM 220.00


RM 210.00


Jumlah RM750.00 aje

Salam bertani

Ahad, 4 September 2022

Meracun Rumpai di Kebun Durian

 Salam bertani

Selepas musim buah, pokok durian perlu diberikan baja untuk mengembalikan kesuburannya. Sebelum dibaja, rumpair yang dah menghijau perlu dihapuskan supaya tidak berkongsi baja dengan pokok durian. Selalunya rumpair ini wak potong menggunakan mesin rumput tetapi ia cepat menghijau kembali dalam masa tak sampai sebulan. Kali ini wak ambil keputusan menyembur racun rumpai. Dalam masa semingguan juga kerja-kerja meracun rumpai baru siap. Lepas ini bolehlah membaja pula.



Wak gunakan racun rumpai jenama Basta 15
Racun rumpai ini tidak merosakkan akar tanaman
Satu tong 5 liter ini berharga RM250
Wak habiskan 3 tong 


Keadaan rumpai selepas beberapa hari disembur racun rumpai


Selepas seminggu rumpai dah nampak kering


Rumpai perlu dihapuskan untuk mengelakkan persaingan
menggunakan baja tanaman


Meracun rumpai di perdu anak durian


Dapat mengawal rumpai lebih lama berbanding 
menggunakan mesim pemotong rumput


Lepas ni bolehlah menabur baja pula


Saalam bertani









Isnin, 7 Disember 2020

Meracun Rumpai di Dusun

 Salam bertani

Pada minggu lepas, sepagian wak berkerja meracun rumpai di dusun wak di kawasan tanaman pokok pulasan. Kawasan ini sudah agak semak ditumbuhi rumput liar yang cepat menjalar dan membiak. Wak perlu bersihkan kawasan ini daripada rumpai kerana wak bercadang nak tabur baja kepada pokok pulasan tersebut sebelum musim berbunga pada awal tahun depan.

Sudah seminggu juga di kawasan wak ini tiada hujan, dan rumpai yang wak racun dah menguning mati dan kering. Sebahagian pokok pulasan dewasa sudah wak tebang dan digantikan dengan tanaman anak pokok durian klon. Hanya tinggal beberapa puluh pokok sahaja yang wak tinggalkan selepas dipangkas pada tahun lepas.


Pokok rumpai yang dah mati kering selepas
seminggu disembur racun rumpai.


Rumpai yang tebal boleh mengganggu pertumbuhan
 pokok pulasan.


Pokok pulasan yang telah dipangkas pada tahun lepas.
Tahun ini ia tidak berbunga dan dijangka akan
berbunga semula pada awal tahun depan.


Kawasan ini akan menjadi bersih dan lapang
selepas rumpai mati dan kering.


Alat penyembur racun rumpai 20 liter
yang wak gunakan.
Knapsank sandang manual menggunakan
kudrat empat kerat.


Inilah racun rumpai yang wak gunakan untuk
menghapuskan rumpai di dusun.

Salam bertani.

Selasa, 24 Mei 2016

Racun Rumpai 2 : Racun Sentuh

Salam bertani.

Cara yang paling berkesan untuk mengawal pertumbuhan rumpai di kebun yang luas ialah dengan menggunakan semburan racun rumpai. Salah satu jenis racun rumpai yang digunakan ialah racun sentuh. Racun sentuh bermaksud bahan ini digunakan untuk membunuh rumpai dengan cara menyentuh dan menutupi keseluruhan permukaan daun dan batang rumpai menyebabkan ia layu dan mati. Manakala bahagian rumpai yang tidak tersentuh racun ini tidak akan mati.

    Racun sentuh cepat bertindak menbunuh rumpai dan kesannya dapat dilihat beberapa jam selepas semburan. Kebaikan lain, racun sentuh lebih berkesan walaupun terkena hujan selepas semburan dan biasanya tidak memberi kesan buruk pada akar tanaman berbanding racun rumpai jenis sistemik. Racun sentuh juga adalah racun tidak memilih dan menbunuh semua jenis rumpai yang terkena semburannya.

  Keburukan racun sentuh pula ialah ia tidak menyerap pada akar tumbuhan dan tidak dapat menyentuh akar tumbuhan yang berada di dalam tanah .Rumpai seperti lalang akan cepat tumbuh semula kerana rizomnya yang berada di dalam tanah tidak terjejas. Ia juga tidak membunuh biji benih yang berada dalam tanah, dan anak benih rumpai akan tumbuh dengan cepat, jadi kita perlu menyembur racun rumpai sentuh lebih kerap. Kesan pembunuhan rumpai juga tidak sekata sekiranya kita tidak tahu teknik penyemburan yang betul atau tidak mengikut kadar bancuhan seperti yang disyorkan.

Racun rumpai sentuh juga adalah racun yang sangat berbahaya kepada manusia dan ternakan. Kita perlu mengutamakan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaannya kerana ia boleh memberikan kemudaratan kepada kesihatan manusia. Rumpai yang disembur racun sentuh juga boleh memberi kemudaratan kepada ternakan sekiranya memakan rumpai tersebut seperti lembu dan kambing dan juga boleh membunuh lebah dan kelulut.

Kebanyakan racun rumpai sentuh adalah bahan kawalan dan tidak boleh dijual kepada sesiapa sahaja sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik.Walau bagaimana pun, penggunaannya amat diperlukan kerana sesetengan tumbuhan tidak dapat dikawal menggunakan racun rumpai sistemik.



Contoh racun rumpai sentuh ialah KEN-TEC 100 keluaran KENSO
Bahan aktifnya ialah paraquat dichloride sebanyak 13% dan
selebihnya ialah bahan perawis lengai.


Hampir keseluruhan racun rumpai sentuh menggunakan bahan aktif berasaskan paraquat.
Kandungannya ada yang mencapai sehingga 26% (maksudnya lebih pekat)
Cecair paraquat berwarna biru gelap.


Pengkelasan racun rumpai sentuh KELAS 1b bermaksud racun yang merbahaya (bisa), label berwarna merah dengan gambar tulang dan tengkorak. Perlu jauhkan daripada kanak-kanan kerana boleh membawa maut sekiranya terminum.


Label pada bekas racun.


Diantara rumpai yang boleh dihapuskan menggunakan racun sentuh.
Tunggul pokok nanas hanya boleh dihapuskan menggunakan semburan racun sentuh
kerana racun jenis sistemik tidak memberi kesan untuk mematikannya.


Kesan semburan racun rumpai jenis sentuh yang tidak membunuh akar rumpai.
Rumpai akan hidup semula dan perlu diulang semburan lagi.


Untuk memberikan kesan kematian rumpai yang sekata dan tahan lama
bolehlah mencampurkan racun rumpai berbutir yang mengandungi bahan aktif
metsulfuron-methyl. Bahan ini tidak sesuai digunakan pada kebun yang ada tanaman kerana boleh memberi kesan buruk pada akar  dan menjejaskan hasil tanaman.

Salam bertani.

Sabtu, 9 April 2016

Racun Rumpai Sistemik.

Salam bertani.

Sebagai seorag petani, WP biasanya menggunakan racun rumpai untuk mengawal pertumbuhan rumpai yang tidak dikehendaki. Cara ini adalah kaedah yang paling cepat dan berkesan untuk mengawal rumpai berbanding kaedah-kaedah mekanikal yang lain. Rumpai yang tumbuh di kebun perlu dihapuskan kerana ia memberikan persaingan kepada tanaman untuk mendapatkan nutrien, ruang dan cahaya matahari. Rumpai juga cepat membiak memenuhi ruang, menjadi habitat haiwan perosak, menyukarkan kerja-kerja di kebun dan boleh menyekat aliran air.

     Salah satu jenis racun rumpai yang biasa digunakan ialah racun rumpai sistemik. Racun rumpai sistemik bertindak secara serap iaitu  diserap oleh rumpai dan membunuh keseluruhan bahagian rumpai sehingga ke akarnya. Ia dapat membunuh kebanyakan jenis rumpai dan anak kayu yang ada di kebun.

   Kesan semburan racun sistemik agak lambat berbanding dengan racun rumpai sentuh. Rumpai akan kelihatan kuning dan kering dalam masa seminggu selepas semburan. Kesan racun sistemik akan berkurangan sekiranya semburan terkena hujan . Penggunaan racun rumpai sistemik adalah lebih efektif kerana kesan kematian rumpai yang lebih lama sehingga enam bulan.



Salah satu jenis racun rumpai sistemik keluaran Monsanto ialah Roundup.
 Racun rumpai pekatan larutan air (SL) bermaksud bahan tersebut perlu dibancuh 
dengan air bersih mengikut kadar yang disyorkan.


Kebanyakan racun rumpai sistemik mengandungi bahan
 perawis aktif  Glyphosate sebanyak 41%.


Kelas 111 (label biru) bermaksud bahan yang berbahaya.
Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak.


Satu lagi contoh racun rumpai sistemik berasaskan bahan
perawis glyphosate 41%.


Spark merupakan racun rumpai sistemik yang kurang aktif mengandungi
Glyphosate 13.6% sahaja.
Kategori Kelas 1V kurang berbahaya (label warna putih)


Kebanyakan racun rumpai sistemik mengandungi bahan aktif berasaskan glyphosate 41%.
Perawis Lengai ialah bahan bukan racun untuk melengkapkan kandungan sebanyak 59%.

Racun rumpai sistemik adalah bahan beracun yang berbahaya kepada manusia terutama sekiranya termakan, terhidu atau tersentuh. Penggunaannya perlulah berati-hati dengan mengikut panduan dan arahan yang biasanya tertera di label bahan tersebut.

Salam bertani.