Salam bertani
Salam bertani
Assalammualaikum
Wak dah selesai menabur baja penggalak bunga kepada pokok buah-buahan di dusun WP. Wak tabur baja kimia sebatian sebanyak dua kali iaitu pada akhir bulan disember tahun lalu dan awal bulan februari tahun ini. Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim dijangka akan mula berbunga pada awal bulan mac akan datang. Pokok buah-buahan memerlukan cuaca panas berpanjangan sekurang-kurangnya dua minggu untuk mula menerbitkan bunga.
Salam bertani.
Salam bertani
Musim buah-buahan tempatan sudah berakhir. Wak pun sudah selesai membaja pokok buah-buahan di dusun WP. Wak nak tunjukkan baja sebatian yang wak gunakan untuk membaja pokok-pokok durian, rambutan, cempedak, pulasan dan manggis selepas berbuah.
Wak baru saja selesai membaja pokok durian yang sedang berputik di dusun WP. Semasa putik durian bersaiz sebesar telur ayam sehinggalah sebesar penumbuk orang dewasa wak taburkan baja buah di sekeliling perdu pokok beberapa kali. Selepas itu tak perlulah dibaja lagi sehingga buah durian matang dan gugur. Jom tenguk
Salam bertani
Salam bertani
Sala bertani
Wak baharu sahaja selesai membaja anak pokok durian di dusun WP. Bulan ini wak bagi baja kimia. Sebatian NPKMg 15:15:6:4 khas untuk anak pokok . Anak pokok durian biasanya wak bagi baja setiap bulan. Baja sebatian, baja organik, dolomit dan baja foliar bergilir-gilir setiap bulan. Jom ke dusun
Salam bertani.