Assalammualaikum
Wak dah selesai menabur baja penggalak bunga kepada pokok buah-buahan di dusun WP. Wak tabur baja kimia sebatian sebanyak dua kali iaitu pada akhir bulan disember tahun lalu dan awal bulan februari tahun ini. Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim dijangka akan mula berbunga pada awal bulan mac akan datang. Pokok buah-buahan memerlukan cuaca panas berpanjangan sekurang-kurangnya dua minggu untuk mula menerbitkan bunga.
Baja impot jenana Entec keluaran BM
12 -12 - 17
Harganya RM280.00 sebeg 50 kg
Tabur pada akhir disember lepas
Baja AgroBridge 12 - 12 - 17 (beg biru)
Harga RM265.00 sebeg 50 kg
Ditabur pada akhir bulan disember lepas
Beg hijau itu adalah baja penggemuk untuk anak pokok
Baja Yara Mila 13 - 13 - 21
Harga RM 180.00 sebeg 50 kg
Tabur pada awal februari lepas
Baja Yara Mila 12 - 11 - 18S
Harganya RM255.00 sebeg 50 kg
Ditabur pada awal bulan februari lepas.
Salam bertani.
Boleh tahan juga harga baja pokok .
BalasPadamBehn Meyer & Yara Mila tu terbaik... agrobridge tu xpernah guna,,
BalasPadamUntung dapat berbakti kepada tanah. Macam-macam jenis ya bajanya.
BalasPadamBaja untuk pelaburan akan datang :D
BalasPadamWoih, keras jugak harganya
BalasPadamMahal juga harga baja.... tapi tak apa hasilnya cukup memuaskan
BalasPadamPatutlah tanaman Wak berbuah lebat, bajanya cukup dan pilihan jenis bajanya pun bagus.
BalasPadamBerbuah lebat hendaknya pokok² Wak nanti 🤲🏻
BalasPadamSemoga menjadi semua tanaman wak..AMin
BalasPadamBanyaknya baje..harganya pun boleh tahan keras ye wak..
BalasPadamsemoga membesar dan berbuah dengan baik yer wahai pokok2 wak
BalasPadamwaaahhhh Baja Yara ni mmg harga kerassss sikit tp puas hati dgn hasilnya kan Wak hehe
BalasPadampatut la dusun wak menjadi..harga baja nya boleh tahan,mesti baja yang paling bagus ni
BalasPadamBeautiful post
BalasPadamSaya bercadang nak tanam pisang sebidang tanah yang saya beli.. Tak besar mana pun, sesuai buat rumah je.. Tapi belum ada perancangan nak buat rumah, jadi ingat nak tanam pisang. Buah pisang apa yang wak rekemen untuk ditanam?
BalasPadamMemang nak kena berguru dengan Wak ni nampaknya. Saya tanam apa pun terpleot jadinya
BalasPadammakanan pokok mesti sediakan n beri kalau perlu bimbang dia merajuk xmau berbuah
BalasPadamsemoga membesar dgn baik...makanan baik, InsyaaAllah, hasilnya pun lumayan..
BalasPadam