Sabtu, 9 Mac 2019

Bela Ayam Kampung

Salam bertani

Masa kecil dulu emak akan menamakan ibu-ibu ayam kepada adik beradik. Kebetulan selalunya ibu ayam yang dinamakan untuk WP sangat menjadi dan pandai membela anak-anaknya. Mungkin sebab itulah asalnya  WP minat bela ayam kampung. Sehingga sekarang, aktiviti membela ayam kampung sudah menjadi darah daging dan rutin yang tak pernah ditinggalkan.

Cumanya WP belum pernah bela ayam kampung untuk komersial. Hanya untuk kegunaan sendiri bagi mendapatkan daging ayam kampung segar dan telur ayam kampung. Juga untuk menjamu adik beradik yang pulang ke kampung. Ada juga sesekali dijual terutama ayam jantan dan telur ayam sebab tak habis dimakan.


Ibu-ibu ayam yang dipelihara untuk menghasilkan telur


Sekumpulan ayam remaja yang sesuai untuk dituai


Dikurung di dalam reban dan akan dilepaskan
pada waktu petang.


5 ekor adik beradik anak ayam siam


Anak-anak ayam kampung berumur sebulan


Baru menetas


Ibu ayam sedang mengeram.
Telur ayam akan menetas selepas 21 hari dieram


Sepasang ayam kampung dewasa 


Sepasang ayam denak remaja


Ibu ayam denak bersama 5 ekor anaknya.


Sarang telur ayam kampung
(untuk dieramkan oleh ibu ayam)


Telur-telur ayam yang dikutip sehari (belum dibersihkan)
Di belakang ialah telur itik.


Telur-telur yang telah dibersihkan disimpan di dalam tray.


 Salam bertani.








24 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sedapla kalau dibandingkan dengan ayam bandar.
      Tapi kalau dah tua sikit dagingnya liat.

      Padam
  2. Ya Allah..seronok nengok semua ayam2 sihat ya. Semoga murah rezeki teruskan usaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah.
      Kadang2 ada juga yang kena penyakit.

      Padam
  3. untung duduk kat kampung, macam2 aktiviti boleh dibuat ...

    BalasPadam
  4. Allahu Akbar! Melimpah rezeki yg Allah swt kurniakan utk org yg rajin berusaha, tahniah WP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha untuk keperluan sendiri dan keluarga.
      Asal kita berusaha, tentu ada rezekinya.

      Padam
  5. Seronok makan hasil peluh sendiri. Lagi meyakinkan untuk di makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya wak akan sembelih sendiri, proses sendiri secara manual.
      Pn is3 tukang masaknya.

      Padam
  6. Rasa nostalgia bila baca posting ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuatu yang kita minat buat, tentu ada sejarah di sebaliknya.

      Padam
  7. Assalamualaikum wak,pekabar? Sesihat ayam2 yg dibela ye wak, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wk sihat aje.
      Nasib baik Pasir Gudang jauh dari tempat wak.

      Padam
  8. Wah.. Meriah hasil ternakan.. Daging ayam dapat, telur pun dapat kan WP..

    BalasPadam
    Balasan
    1. telur ayam kampung dan telur itik ni dah jemu makan.
      Selalunya hantar ke pasarlah

      Padam
  9. bestnya ada ayam kampung..

    bila bila masa boleh sembelih untuk dapatkan daging segar.

    rasa rugi pulak tinggal di bandar kerana tidak mampu bela ayam sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kat bandar ada aktiviti lain yang kita boleh buat dan lebih menguntungkan.

      Aktiviti bertani ni, hasilnya lambat

      Padam
  10. teringat kecik2 dulu mak suruh ambil telur ayam...kecut perut masing2 sebab mak ayam garang sangat..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak2 ayam sekarang baik2 belaka.
      Dia lagi suka kita amek telurnya, sebab tak payah penat2 nak mengeram. Anak2nya pu kita yang jaga.

      Padam
  11. SA suka ayam kampung dan semestinya telur dia sekali...seronoknya kan..dulu abah suka bela ayam kampung..dah duduk bandar ni memang tak leh la nak membela dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang bekalan daging ayam kampung dan telurnya dah senang dapat sebab ada penternak komersial.
      Cuma harganya tinggi sikitlah.

      Padam
  12. Ayam yh healthy xde injection Dan hormon

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam