Khamis, 17 Jun 2021

Diari Pulasan PKP 3.0

 Salam bertani

Selain tanaman pokok durian, di dusun wak terdapat juga banyak pokok pulasan dewasa yang sudah berumur lebih daripada 20 tahun. Sebahagian pokok pulasan wak dah tebang dan digantikan dengan tanaman anak pokok durian klon. Pada masa dahulu buah pulasan sangat mahal harganya kerana bekalan yang kurang hingga mencecah RM10 sekg. Sejak akhir-akhir ini buah pulasan semakin murah sehingga sama harga dengan buah rambutan. Wak pernah menjual buah pulasan RM1 sekg di pasar tani beberapa tahun yang lepas.

Wak hanya simpan lebih kurang 20 pokok pulasan sahaja selepas yang lain-lainnya ditebang. Selepas dipangkas pada dua tahu lepas, sebahagian pokok-pokok pulasan tersebut sedang berbuah lebat. Dijangkakan sebulan lagi baharulah buah pulasan akan mula matang bersaingan dengan musim buah rambutan dan manggis.


Setangkai buah pulasan muda


Sepohon pulasan yang sedang sarat berbuah
Dahan-dahannya akan melempai ke bawah sehingga
mencecah tanah apabila buah-buahnya semakin berisi






Akan matang lebih kurang sebulan lagi

Tuaian buah matang pulasan untuk dijual di pasar tani
beberapa tahun yang lepas.


Salam bertani


29 ulasan:

  1. Wowwww meriah la nnt buah2 bila da masak... Adoi br tgk dh rs kemanisan pulasan kat tekak ni ha 😅

    BalasPadam
  2. mesti cantik bila dah kaler merah gelap..sedapnya!

    BalasPadam
  3. Wah. Tak pernah nampak lagi depan-depan pokok pulasan ni. 😲

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..berbuah dgn begitu lebat sekali

    BalasPadam
  5. Lebatnya...Menjadi betul buah-buahan tanaman wak.Yang pasti bukan sedikit juga keringat & wang ringgit yang dilaburkan.Semoga melimpah rezeki wak

    BalasPadam
  6. lebatnya pulasan meriah buah2an dusun alhamdulillah rezki bertani

    BalasPadam
  7. susah nak jumpa buah pulasan di pasar2 tani di kelantan skrg.

    BalasPadam
  8. masyaallah banyaknyaaa...puas makan

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...banyak buahnya. Rezeki.

    BalasPadam
  10. Cantiknya tu nanti Wak kalau buah pulasan sudah masak. Warna merah maroon di celah-celah daun hijau!

    BalasPadam
  11. uncle lagi suka pulasan dari rambutan...

    BalasPadam
  12. Suka tengok buah pulasan masak kat dahan-dahannya. Warnanya tu menawan.

    BalasPadam
  13. Suka warna buah pulasan masak, cantik! Nak buka kulitnya pun ada teknikkan Wak, kena pusing (pulas) sikit :D

    BalasPadam
  14. Sedapnyaaa.. nie x lama dah nie nak merah.... 🤩🤩

    BalasPadam
  15. wah manis-manis nampaknya tu WP

    BalasPadam
  16. wahh uenak e mangan buah pulasan., fresh dan segar dari ladang., kat warung buahan tepi jalanan tu selalu byk dh rusak buah

    BalasPadam
  17. Lama dah tak dapat makan pulasan, tak jumpa pula di sini

    BalasPadam
  18. menjadi lebat buahnya
    sedappp pulasan feberettt

    BalasPadam
  19. Suka tengok tanaman, hijau subur..aaaa rindu nak makan manggis

    BalasPadam
  20. Seronoknya tengok buah pulasan dalam bakul tu. Pokok pulasan di rumah ni dah berapa tahun tak berbuah.

    BalasPadam
  21. Uiii dah masuk musim buah ni yaaaa.. sana sini buah dahhhh

    BalasPadam
  22. Wahh byknyeee..pos sikit wak ^_^

    BalasPadam
  23. dulu igtkan pulasan ni sama dgn buah rambutan hehe

    BalasPadam
  24. alhamdulillah..meriah sungguh pulasannya..

    BalasPadam
  25. Tunggu jadi merah boleh makan.. sedapnya

    BalasPadam
  26. wak banyaknya pokok pulasan sampai 20 pokok....wah besar tu wak dusunnya.

    BalasPadam
  27. Ye wak. Buah pulasan dah jarang jumpa dan mahal harganya. Okay sangat wak masih ada pokoknya. Lebat buah pulasan wak.

    BalasPadam
  28. Sedapnyaaaa.....susah nak jumpa..kalau banyak memang banyak kat pasar tani..tapi harganya boleh tahan la kan

    BalasPadam