Memaparkan catatan dengan label sayuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayuran. Papar semua catatan

Isnin, 3 Jun 2024

Pokok Kacang Panjang Panjat Pagar

 Salam bertani



Wak tanam beberapa pokok kacang panjang di tepi pagar  rumah


Dah mula berbunga


Bunga dan buah kacang panjang


Buah semakin banyak


Dah boleh tuai


Tuaian pertama tanaman kacang panjang panjat pagar


Salam bertani


Isnin, 14 November 2022

MB 200 : Tanam Pokok Lada Cili Burung

 Salam bertani


Lada cili burung sudah mula berbuah


Asalnya tanam lebih kuang 10 pokok aje


Hasil sepokok pun tak habis makan


Salam bertani


Rabu, 9 Februari 2022

Beli Sayur ?

 Salam bertani

Harga sayur-sayuran pun dah mahal sekarang. Jomlah tanam sayur di sekitar rumah untuk kegunaan sendiri. Kalau ada lebihan bolehlah sedekahkan kepada jiran-jiran.

Tak perlu ada kawasan yang luas atau subur. Boleh aje tanam di batas kecil, pasu bunga atau polibeg. Medium tanaman seperti tanah bakar, cocopet, tanah hitam kelapa sawit atau tanah organik banyak dijual di nerseri pertanian atau di pasar minggu.

Guna bahan lebihan dapur sebagai baja. Air siangan ikan atau ayam dan air basuhan beras boleh dijadikan siraman berkhasiat. Kulit telur, kulit bawang, uncang teh terpakai, garam dapur sesuai juga dijadikan baja.

Tanam sayur sendiri dapat mengisi masa lapang, lebih jimat dan pastinya selamat tanpa was-was untuk dimakan.


Sayur kobis atas batas


Tanam sawi dalam pasu bunga


Sayur kangkung
Sekali tanam banyak kali boleh tuai


Pokok kacang panjang
Tanam 2 pokok pun tak habis makan


Cili kampung tumbuh sendiri


Pucuk keledek sayur bila-bila boleh tuai


Tanam bendi di batas


Ulam pegaga


Guna bekas plastik terpakai


Pokok kacang panjang renek dalam pasu


Sebatas pokok lada besar


Pucuk ubi pulut


Pokok terung unggu dalam polibeg


2 pokok salad pun tak habis makan


Tanam lokio dalam pasu bunga
Salam bertani

Khamis, 4 November 2021

Pokok Bendi Empat Batang

 Salam bertani

Empat pokok bendi ni dah mengeluarkan hasil, sampai tak termakan buahnya. Wak tanam kat belakang rumah tepi paip, senanglah nak siram. Ada beberapa pokok yang masih kecil dan belum berbuah. Jadi semuanya ada 13 pokok bendi yang wak tanam.


Empat pokok bendi yang rajin berbuah


Sampai jemu makan bendi


Dua pokok belum berbuah


Yang ni dah belajar berbunga


Tiga pokok ni baru ubah ke tanah


Tuaian buah bendi pagi ini


Campak aje dalam gulai ikan kembung
Dah selamat tak payah masak sayur.

Salam bertani

Sabtu, 23 Januari 2021

Tanam Kacang Panjang Dalam Polibeg

 Salam bertani

Wak ada tanam beberapa pokok kacang panjang di dalam polibeg untuk kegunaan sendiri. Mediumnya wak gunakan kokopet dicampurkan dengan tanah organik. Alhamdulillah, dah berhasil. Nak masak kacang panjang atau buat nasi goreng, tuai aje di depan pintu dapur.



Pokok kacang panjang sudah mula berbuah


Buah yang berjuraian hampir mencecah tanah


Nak masak terus tuai aje


Sepenuaian hasil2 tanaman.


Salam bertani.