Sabtu, 5 Disember 2015

Tanaman Manggis.

Salam bertani.

Pokok manggis merupakan salah satu tanaman utama di kebun "Warisan Petani". Terdapat banyak pokok manggis yang sebahagiannya telah berumur dua puluh tahun dan saban tahun mengeluarkan hasil. Ada juga pokok-pokok manggis yang lebih muda dan telah mengeluarkan hasil. Pokok manggis boleh ditanam dengan  menggunakan biji benih kerana kualiti buahnya tidak berbeza dengan pokok induk. Walau bagaimana pun ada juga pokok manggis klon yang dibiakkan menggunakan cantuman baji ditanam di sini.




Sebaris pokok manggis yang telah berusia dua puluh tahun.


Sepohon manggis yang rendang.


Pokok manggis yang ditanam menggunakan biji benih.


Pokok manggis mengeluarkan pucuk muda.
Dahan bawah yang terlalu rendah dipangkas.


Daun manggis muda dan tua.


Pokok manggis sedang berbuah.
Buah manggis kampung berbentuk bulat.


Pokok manggis masta sedang berbuah.


Pokok manggis masta berumur lima tahun telah berbuah.
Pokok klon cantuman baji.


Sepohon manggis masta klon.


Pokok manggis masta mengeluarkan pucuk muda selepas berbuah.
 Daunnya agak tirus berbanding daun manggis biasa yang lebih lebar.


Buah manggis masta berbentuk lonjong.
Berbeza dengan manggis kampung yang berbentuk bulat.


Untuk mendapatkan pokok yang rendang, dahan utama bahagian atas hendaklah
 dipotong pada ketinggian tidak lebih tiga meter.


Pokok manggis ini perlu dipangkas untuk mendapatkan
bentuk yang sesuai.

Pokok manggis biasanya ditanam bersama-sama tanaman buah-buahan lain seperti durian, rambutan, pulasan, cempedak dan lain-lain. Ia merupakan buah-buahan bermusim yang berbuah setahun sekali.
Buah manggis matang lebih awal daripada buah-buahan lain serentak degan buah durian.

        Penuaian buah manggis matang perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana buah manggis tidak boleh jatuh ke tanah. Itulah sebabnya pokok manggis perlu dipastikan tidak terlalu tinggi untuk memudahkan mengutip hasil. Pohon manggis juga tidak sesuai dipanjat kerana akan merosakkan kulit dahan pokok yang dipijak.

       Pokok-pokok manggis di kebun "Warisan Petani" dijaga dengan rapi agar sentiasa subur dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan