Isnin, 19 Ogos 2019

Pokok Terung Asam

Salam bertani

Ada dua pokok terung asam yang tumbuh di belakang rumah. Wak panggil pokok terung asam sebab rasa buahnya yang masam macam tomato. Mungkin ada nama panggilan lain bergantung kepada lokasi dan masyarakatnya.

Buah terung asam biasanya dijadikan perasa dalam masakan. Kita campurkan buah terung asam dalam masakan seperti buah tomato juga. Ia juga boleh dimasak sambal, asam rebus, masak tumis atau dicampurkan dalam masakan ikan, ayam atau sardin. Berbeza dengan terung lain, terung asam biasanya dijadikan bahan masakan apabila sudah matang.


Sepohon terung asam yang hidup subur di belakang rumah.


Bunga terung asam


Buah muda terung asam


Batang dan daun pokok terung asam dipenuhi duri.


Buah terung asam yang matang berwarna kuning.


Sesuai dijadikan bahan maskan.
Mengandungi biji benih yang boleh disemai.

Salam bertani.

31 ulasan:

  1. tak pernah jumpa terung ni..selalu terung pjg, bulat dan pipit je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak nama terung ni.
      Ada yang panggil terung dayak,
      terung bulu, terung asam sarawak dll

      Padam
  2. kat sarawak banyak sangat terung ni...kegemaran seketul mak saya juga...

    BalasPadam
  3. dulu kt rumah di kampung ada banyak buah ni, tp mak tak pernah pun msk apa2... kite pun tak tau yg buah ni rasa camne... tp ramai la jiran2 yg minta buahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya masam2 macam tomato gitu.
      kalau masak singgang ikan r masak asam boleh campurkan.

      Padam
  4. Kat kampong pokcik, buah ni orang pangggil terung manggo/manggol

    BalasPadam
  5. Tak tau pun terung ni boleh makan. Nama dia pun baru tau hari ni. Tapi pokok tu selalu lah tengok kat kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah jarang2 ditanam dan hasilnya pun jarang2 kelihatan di pasar.

      Padam
  6. first time nampak terung asam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mak2 kampung dulu2 memang kenal dan tahu masak buah terung ni

      Padam
  7. bagi nama buah2 sayur2 semua ikut rasa dia.. hehe terbaik wak ;)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Sebab buahnya dipenuhi bulu.
      Kalau nak masak kena buang dulu bulunya.

      Padam
  9. ohh baru tahu namanya terung asam.

    BalasPadam
  10. First time tengok terung asam ni. Selalu masak terung biasa tu je.

    BalasPadam
  11. Arwah mak kawan SA buat sambal belacan guna terung asam ni...ingat kan x sedap tapi sekali rasa terus suka..sedap rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. arwah mak saya buat sambal belacan guna terung asam ni.. memang favourite saya.. belacan taruk banyak2.. tak payah guna limau dah.. siapa yg pernah makan sambal belacan terung asam ni pasti tahu rasanya..terbaik

      Padam
  12. tak pernah tgk or jumpa ni.
    tq for sharing :)

    BalasPadam
  13. TERUNG ASAM NI BERBULU N POKOKNYA BERDURI HATI2 MEMETIKNYA TEMPAT KAK DISEBUT TERUNG REMBANG

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam : Dimana saya boleh beli benih terung asam ini, Puan ? jika tahu tolong Whatsapp saya ditalian: 012-309 2216. Dari: Ab Karim Wahab, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

      Padam
    2. Wkmsalam.
      yang ada bekalan bolehlah hubungi en Karim.

      Padam
  14. sedapnya terung bulu ni kalau buat air asam..dulu ada pokok ni kat belakang umh..mak ambk buat air asam bertambah2 makan nasi..dah lama takde pokok ni dh tak merasa lagi la air asam terung bulu..😆

    BalasPadam
  15. Terima kasih kerana mnulis artikel ni.. Sgt mnarik ttg terung asam ni.. Di Swak memng bnyk, dan meluas pnggunaanya dlm masakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terung asam ni dengan yg sarawak punya ada sedikit beza.. saiz yg ini kecil sedikit dari bola pingpong dan permukaan luar berbulu

      Padam
  16. Lorr baru tahu pokok ni.... Pokok ni tumbuh sendiri depan rumah ingat pokok buah ni beracun. Pokok ni dah berbuah byk saya pegi buang pulak alahaii. Tapi ada sepokok lagi kat belakang nasib x buang. Blh Cuba buah dia masuk dlm asam pedas

    BalasPadam
  17. Alhmdulillah.. Sedap sebenarnya terung asam.. Sebagai perencah masak asam pedas

    BalasPadam
  18. D mana kita boleh beli ni buah terung asam

    BalasPadam