Khamis, 8 April 2021

Tanam Pokok Mesta

 Salam bertani.

Hari ini wak menanam sepohon anak mesta di dusun. Pokok mesta adalah varieti manggis baharu yang lebih produktif , cepat berbuah dan buahnya kebanyakkannya tiada biji. Wak tanam pokok mesta ini bagi menggantikan sepohon mesta yang patah disondol babi hutan.


Bibit mesta dalam polibeg.
Disemai melalui biji benih berumur 2 tahun.
Tingginya sudah melebihi 1 meter.


Potong bahagian bawah polibeg dahulu.


Masukkan polibeg ke lubang penanaman.
Lubang penanaman telah disediakan sebulan lebih awal.


Potong bahagian tepi polibeg dan tarik keluar.


Timbuskan tanah di sekeliling pokok.
Bacakan doa menanam pokok.
Pokok mesta siap ditanam.


Pokok mesta dewasa sudah mula mengeluarkan bunga.


Buah mesta matang.
Kebanyakan isinya seedless.

Salam bertani.


20 ulasan:

  1. menariknya wak, lepas ni makin ramaila yang tanam pokok mesta bila tahu hasilnya lebih cepat dapat dari manggis biasa

    BalasPadam
  2. mesta i sepsis manggis juga tapi buahnya lonjong xbulat manis n sedap di Maran banyak buah ni

    BalasPadam
  3. Macam-macam nama pokok baru Ai kenal dalam blog wak ni.

    BalasPadam
  4. macam manggis la ye? first time dgr mesta. kalau pantai timur panggil buoh semete.. hehehe

    BalasPadam
  5. Ni baru betul"Patah Tumbuh Hilang Berganti"
    Sama macam manggis kan..tapi lebih bujur

    BalasPadam
  6. Bagai terasa2 kat tekak ni wak betapa sedapnya buah tu

    BalasPadam
  7. Wa.. manggis takde biji ke? Mesti sedap dan senang dimakan.

    BalasPadam
  8. Bestnya wak...makan manggis takyah buang biji.

    BalasPadam
  9. Tak pernah makan lagi.. Teringin nya..ni mesti mahal buahnya nih...

    BalasPadam
  10. mesta dan manggis buah yg sama ?

    BalasPadam
  11. Wak, Pokok yg kahwin jenis camni ada ke?

    BalasPadam
  12. Baru tahu wujudnya pokok mesta ni Wak. Buahnya sedikit bujur ye jika dibanding dgn mamggis ori :)

    BalasPadam
  13. Maaf wak, shida pertama kali dgr pokok ni..sekali buahnya serupa manggis..shida suka manggis...

    BalasPadam
  14. Baru saya tahu manggis mesta ni. tak ada biji sedap makan tu. Selalunya malas makan manggis sebab ada biji.

    BalasPadam
  15. Oh Baru tahu rupanya mesta tu manggis versi baru

    BalasPadam
  16. Oooo buah manggis jugak tapi jenis lain...tak pernah makan jenis ni wak..

    BalasPadam
  17. Sedapnya mesta seedless Pula Tu mmg berbaloi

    BalasPadam
  18. Saya pertama kali tahu pasal mesta, wak. Best la, kalau takde biji. :)

    BalasPadam