Selasa, 6 April 2021

Solar Alarm Menghalau Haiwan Perosak

 Salam bertani

Wak ada membeli lima buah solar alarm di Shopee. Wak cuba pasangkan di dusun durian yang sedang menggugurkan hasilnya. Produk ini berfungsi dengan cara mengeluarkan siren dan cahaya apabila ada objek seperti binatang atau manusia mendekatinya sekitar 5 hingga 8 meter. Alhamdulillah, nampaknya berkesan. Babi hutan, monyet dan tupai yang selalunya merosakkan buah durian tidak lagi mengganggu. Wak bercadang nak beli lagi beberapa buah solar alarm ini untuk kegunaan musim buah yang akan datang.


5 unit solar alarm yang wak pesan daripada Shopee
telah pun sampai.


Inilah rupa solar alarm buatan negara China


Perlu dicas selama satu jam sebelum digunakan.
Boleh berfungsi sehingga 50 hari sebelum dicas semula.


Ciri-ciri produk dan cara-cara penggunaannya.


Wak set mode 1
24 hours mode siren and flashing light


Wak pasangkan di batang pokok durian yang sedang berbuah.

Carian produk pada iklan Shopee
Harganya hanyalah RM 27.90 seunit.

Salam bertani.






21 ulasan:

  1. Function betul solar alarm ni, tahan 50 hari pulak tu sekali cas. Tak adalah nak kena cas acap kali kan wakk.

    BalasPadam
  2. Satu produk inovasi yang menarik

    BalasPadam
  3. wow baru riuh dusun wp dgn bunyi alarm kalau makhluk asing mendekat heh..heh..meriah saja suasana..boleh pinjam ide tls karya ni

    BalasPadam
  4. wah menarik ni wak... lama jugak tahan nya sampai 50hari lepas di cas ya... berbaloi dengan harga nya wak, nanti nak cadangkan mak untuk beli letak kt pokok petai atok, selalu kene curi orang...

    BalasPadam
  5. Agak2 berkesan ke pada makhluk kepala hitam kaki dua ni

    BalasPadam
  6. ini bgos wak, kebun wak besar.. so penting ada benda ni kan

    BalasPadam
  7. ni pasang kat pagar rumah pun ok ni. nak beli jugak lah

    BalasPadam
  8. Berguna betul ni wak. Tahan lama pulak tu.

    BalasPadam
  9. Macam nak beli je untuk rumah kat kampung. Selalu babi hutan datang siap bawak rombongan. Terkejut balik baru ni tengok babi hutan lalu belakang rumah. Mak kata tak tahu nak halau cemana. nak panggil cina mai tembak takut puluru sesat pulak.

    BalasPadam
  10. Baru tau ada solar alarm ni..bagus betul fungsinya...

    BalasPadam
  11. Macam menarik ni...Macam nak kena beli untuk mak ni.TQ sharing info

    BalasPadam
  12. Function betul.

    Cas selama satu jam sebelum digunakan.
    Boleh berfungsi sehingga 50 hari sebelum dicas semula.
    Memang betul2 bagus la.
    Takde la kena cas kerap sangat.

    Bagus la produk ni.
    Kami baru tahu ada solar alarm ni.
    Sblm ni tahu ada lampun solar biasa yg org duk ltk kat laman je tu

    BalasPadam
  13. Bagus alat ni untuk orang yang suka berkebun

    BalasPadam
  14. Wah kalu dapat pasang cctv lg wak..boleh tengok perosak yg bertandang..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah..berkesan fungsinya..lama thn baterinya..

    BalasPadam