Jumaat, 10 September 2021

Buah Rambai : Buahan Tempatan Bermusim Terakhir

 Salam bertani

Buahan tempatan bermusim yang terakhir matang di dusun WP ialah buah rambai. Ada dua pokok rambai kampung di dusun WP yang sudah matang buahnya. Buah-buah rambai mulai gugur menandakan sudah boleh dituai. Nampaknya buah rambai kurang diminati apatah lagi pada musim PKP ini.  Biasanya buah-buah rambai matang akan berguguran begitu sahaja atau dimakan oleh burung dan tupai.



Beberapa tangkai buah rambai yang baru wak tuai
Kulit buah rambai bertukar warna keputihan apabila matang


Buah rambai berbanding buah duku terengganu di sebelahnya


Isi buah rambai berwarna putih
Buah rambai biasanya mengandungi tiga ulas isi
Rasanya ada yang manis dan ada yang masam manis
Isi buah rambai dimakan dengan menelan bersama
bijinya sekali


Buah rambai yang sedang matang dipohon
Kebanyakan buah terdapat di hujung dahan


Buah rambai di bahagian bawah.
Wak petik sedikit buah-buah yang rendah sahaja


Buah rambai muda berwarna hijau


Anak pokok rambai telur berusia dua tahun
Benih klon menggunakan cantuman mata tunas
Buah rambai telur saiznya lebih besar, manis 
dan kulitnya berwarna putih terang apabila matang

Salam bertani.

29 ulasan:

  1. Tak semua rambai masam. Ada yang manis, tapi jarang jumpa.

    BalasPadam
  2. Aduhai...memandang rambai rindunya kampung halaman.
    Biasa kalau di kampung,musim rambai berputik sama dengan musim menyemai padi.Bila rambai masak,musim hujan musim padi menghijau...Musim haruan membiak.Anak-anak haruan yang baru lahir bewarna oren & saiz bilis mata biru disauk masak sambal cili api + kulit rambai..
    Nampak rambai teringat sawah bendang...

    BalasPadam
  3. Alahai sayangnya berjatuhan. tempat kami yg tiada buah ni confirm2 akan beli hahaah

    BalasPadam
  4. Haah rasanya dulu lagi popular daripada rambai.

    BalasPadam
  5. Sedapnya kulit rambai bubuh dalam masak lemak cili padi.

    BalasPadam
  6. Dulu ada sebatang pokok rambai di belakang rumah arwah atok... Dah takde dah sekarang

    BalasPadam
  7. Terima kasih Wak kongsikan gambar gambar dusun macam ni. Rindu betul zaman dulu dulu semasa musim buah..
    Dah lama tak makan rambai..

    BalasPadam
  8. Sedapnya buah rambai lama tak makan. Last makan zaman sekolah dulu tak silap. Ini kalau tak malu, datang rumah wak beli terus senang. Mesti tak sabar nak tunggu rambai telur tu. Sebab manis dan besar sikit kan. Tu tak pernah makan lagi. First time tahu.

    BalasPadam
  9. sy sukaaa ni Wak
    buah lastt sekali msk, dgn buah tampoi tu
    memang kurang org minat sb tu xda jual. sgt tp kalau sy buah ni yg ditunggu

    BalasPadam
  10. Buah rambai makan dengan biji tu takut nak makan, ada saja cerita dongeng pokok tumbuh dalam perut hehe..

    BalasPadam
  11. Unik buah ni..ada pokok rambai di kebun..tapi sini tak berbuah lah wak..hehehe

    BalasPadam
  12. sedapnya rambai makan telan semua sembelit pulak

    BalasPadam
  13. Meriah pokok WP.. bile tgk blog WP mesti membuak2 nk menanam pokok...tp xde tanah­čśů

    BalasPadam
  14. Lama dah tak makan buah rambai ni, wak. Susah nak jumpa di tempat saya. Kalau ada pun, tinggal pokok je. Dah tak berbuah :)

    BalasPadam
  15. Puluh tahun rasanya PC tak makan buah rambai ni. Suka tengok macam lampu LED tak pun langsir berjurai-jurai.

    BalasPadam
  16. SA x pandai makan buah rambai telan sekali bijinya...kalau A makan macam tu akan sakit perut dan cirit birit, macam yang SAa cakap sebelum ni...kulit dia Mak SA jadikan campuran dalam masakan...

    BalasPadam
  17. singgah jenguk blog pakcik malam-malam ni, tengok dusun hehe

    BalasPadam
  18. Aaaaa kecur air liur teringat rasa rambai ni. Sedapnya kalau manisss tu. Tapi dah lama tak makan. ada sejarah hitam sikit hehe

    BalasPadam
  19. kecik2 dulu makan buah ni main telan je. heheheee. dah lama tak nampak buah ni.

    BalasPadam
  20. Cantik gambar buah rambai macam juraian.
    Kat rumah mak tak sebanyak ni buahnya,

    BalasPadam
  21. terbaik wak .. x payah susah2 beli

    BalasPadam
  22. Comel pulak tengok buah rambai warna hijau tuuu, macam hiasan hehehe.

    BalasPadam
  23. mungkin peminat buah rambai tak boleh merentas. Contohnya saya. Tapi selalu jumpa yang masam.

    BalasPadam
  24. Rasanya tak pernah makan buah rambai. Teringin pulak nak cuba. Mana nak dapat ya. Seronok tengok pokok wak. Kusss semangat penuh buahnya

    BalasPadam
  25. Wak, buah rambai antara buah yang saya xpernah makan lagi ^_^ seronok duduk kg wak mcm2 buah ada..suka saya!

    BalasPadam