Jumaat, 3 September 2021

Buah Duku Johor

 Salam bertani

Buah duku johor di dusun WP sudah mula matang. Sekarang hanya tinggal 3 pokok duku johor yang wak simpan di dusun manakala sebahagian yang lain wak dah tebang dan digantikan dengan tanaman anak durian klon.

Buah duku johor adalah di antara buahan bermusim yang paling lewat matang bersama dengan buah rambai. Masa ini buah duku siam (dokong) dan buah duku terengganu sudah menghampiri penghujung musim. Dalam seminggu lagi bolehlah mula menuai buah duku johor pula.


Buah duku johor dah mula matang


Buah yang rendah menghampiri tanah


Tangkainya lebih pendek berbanding duku terengganu dan dokong


Buah di bahagian atas pokok


Berbentuk bulat saiz bola ping pong


Buah duku johor yang dibuka
Kulitnya lebih tebal berbanding buah duku terengganu dan  dokong


Isi putih maksudnya baru matang
Rasanya masih kemasaman
Sehingga isinya lebih jernih baru sesuai dituai
dan rasanya lebih manis.


Buah duku johor yang masih muda.

Salam bertani.

35 ulasan:

  1. sedapnya buah duku..tp rupa luaran dia serupa langsat dan dokong kan wak..

    BalasPadam
  2. Lebatnya..duku asam duku manis..bekenit mata

    BalasPadam
  3. Sedapnya. alangkah baik jika ada dusun sendiri hehe

    BalasPadam
  4. Saya pun selalu makan kat kampung punya. Saya tak reti sangat beza buah duku ni 🀣 tahu makan je

    BalasPadam
  5. Oh lebih jernih lebih berjus baru matang. Untungnya ada bermacam buah. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. Dulu rumah kampung saya kat Segamat ada pokok duku Johor ni. Kecik kecik puas makan. Lepas tu ditebang sebab buat rumah. Sampai sekarang susah nak jumpa duku johor ni. Duku Johor ni saya kenal. hihi.. Suka bau buah dan kulit dia :)

    BalasPadam
  7. Meriahhnyaa buah duku wakkk. Kat rumah ni banyak gak buah duku nya, jiran jiran pakat bagi sikit sorang. Saya tak reti bezakan buah duku terengganu ke johor ke, reti makan hehehe

    BalasPadam
  8. Teringat masa sekolah2 dulu, budak lelaki suka buat kulit duku ni peluru. Wak pernah buat tak??? Mesti pernah kannnnn 😜😜😜

    BalasPadam
  9. uenakke buah duku wak kangji kui..

    wong sugeh kayak wak iki ora payah rentas negeri ora popo la wak.. kelonan kambek lembu wae pon wes maaju πŸ˜…πŸ˜…

    BalasPadam
  10. Sedap buah duku.. Dulu kulit dulu buat main tembak-tembak.. Tekankan dalam pen, dan jolok dengan lidi.. Macam main letup-letup..

    BalasPadam
  11. Kenapa ramai org cakap makan doku,dokobg,langsat akan sakit urat..haha saya balun ja wak..

    BalasPadam
  12. Sedapnya duku johor...
    Tempat saya ni tak nampak lagi jualan duku johor.Duku Trengganu ada..sekilo RM4++
    Makan duku ni masalahnya payah nak brenti...kena pula yang manih melecaih..sedar2 perut penuh ...hihihi.

    BalasPadam
  13. Duku johor i kulitnya tebal kan...pernah rasa sekali waktu ke kota tinggi lama dulu

    BalasPadam
  14. Dah nampak macam rambai bila buka. Oo macam tu bezanya. Rasanya belum pernah makan Duku johor ni Wak

    BalasPadam
  15. best nyaaaaa.... jual kt sy boleh x?

    BalasPadam
  16. saya susah betul nak bezakan duku, dokong duku langsat dan langsat huhu

    BalasPadam
  17. Kulit dia buat peluru best ni....

    BalasPadam
  18. Kecur air liur saya wak. Tebal ya kulit dia.

    BalasPadam
  19. PC ni tahunya makan je..kalau sebut pun dokong, duku..tapi kalau nak lebih spesifik PC tak tahu.

    BalasPadam
  20. Nampak sedikit bezanya ye, buah lebih bulat dan kulitnya tebal
    Tapi kalau masa beli tu x tahu pun nak bezakan, tahu makan je:)

    BalasPadam
  21. Tak pernah lagi setakat ni makan duku Johor. Rendang-rendang pokoknya.

    BalasPadam
  22. kalau musim buah dulu, balik ke kampung saya di johor mmg meriah dengan buah duku, puas makan

    BalasPadam
  23. Oh, duku Johor namanya. Saya tau duku tu duku jelah πŸ˜€
    Kat keliling rumah mak ada pokok duku. Tapi tak serendang ini.

    BalasPadam
  24. Rasa nak duduk bertapa bawah pokok buah-buahan menunggu buah gugur heheheee.

    BalasPadam
  25. Sedapnya buah duku...antara buah kegemaran SA

    BalasPadam
  26. buah duku dpt isi yg manis sedap

    BalasPadam
  27. Tu dia.. byk betul buahnya.. rindu nak makan rambai lama x mkn

    BalasPadam
  28. terasa-rasa manis masam dia tu...sampai menjejes air liur kita...aduh!

    BalasPadam
  29. Dulu kalau balik muar selalu lalu kesang banyak orang jual duku. Musim duku selalunya yang last. kalau dapat yang manis pergh sedapnya.

    BalasPadam
  30. Sedapnya kalau dpt mkn. Putih isinya

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hendak beli buah duku. Ada jual dan penghantaran ke Kuala Lumpur atau Petaling Jaya tak

      Padam
  32. Fuhhhh.. telan air liur tengok kesedapannya.. Ooo.. tungu jernih sikit baru ada manisnya ehhh... Faham....

    BalasPadam