Selasa, 21 September 2021

Ayam Mutiara Sudah Bertelur

 Salam bertani

Wak ada memelihara beberapa ekor ayam mutiara mulai awal tahun ini. Sebelum ini wak tak pernah lagi memelihara ayam mutiara, jadi bila ada peluang wak cubalah. Memelihara ayam mutiara tiadalah susah mana sebab ia tidak kuat makan, tahan penyakit dan gemar meragut rumput.

Sejak dua minggu yang lepas, ayam mutiara yang wak bela sudah mula bertelur. Wak agak dua ekor yang bertelur sebab sehari dapat dua biji telur. Sebenarnya wak ada sembilan ekor ayam mutiara daripada sepuluh ekor anak ayam mutiara yang wak dapat. 

Daripada sembilan ekor ayam mutiara tersebut, wak masih kurang pasti berapa ekor yang jantan dan berapa ekor yang betina sebab keadaannya lebih kurang sama sahaja. Cuma rasanya lebih banyak yang jantan. Setakat ini yang pasti, ada dua ekor yang betina sebab menghasilkan dua biji telur sehari


Sepasang ayam mutiara dewasa


Wak bela sistem kurung sebab ayam mutiara agak liar
dan boleh terbang


Agak sukar untuk membezakan jantinanya sebab keadaannya
yang agak serupa.


Sebiji telur ayam mutiara
Saiznya lebih kecil  daripada telur ayam kampung
Ayam mutiara tidak membuat sarang untuk bertelur atau
bertelur di tempat yang disediakan.
Ia bertelur bersepah dan perlu dikutip setiap hari


Ibu ayam denak ini mengeramkan 11 biji telur ayam mutiara
Anak ayam mutiara akan menetas selepas 28 hari telur dieramkan


Yang ini wak eramkan menggunakan inkubator


Anak ayam mutiara semasa berumur sebulan.

Salam bertani

47 ulasan:

  1. Kali pertama tahu tentang ayam mutiara ni. Memang unik sebab jantan betina rupa sama. Kenapa ia tak eramkan telurnya sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam mutiara betina bertelur sehingga 50 biji semusim
      Sebiji sehari. Ia tidak bertelur setempat jadi tidaklah ia mengeram. Tetapi ayam mutiara yang dibela secara semulajadi mungkin membuat sarang dan mengeram.

      Padam
  2. boleh makan ke telur ayam mutiara ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak dah rebus beberapa biji
      lebih kurang macam rasa telur ayam kampung juga.

      Padam
  3. nk bezakan yg mana jantan yg mana betina senang je wak kangji., ikut je teka teki nujum pak belalang., hehehe

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah bertelur, oh eram dalam inkubator.. Nampak besar umur sebulan...

    BalasPadam
  5. Pernah tengok ayam ni , hari ni baru CCL tahu nama ayam ni ayam mutiara

    BalasPadam
  6. Salam ziarah...cantik aam mutiara..gigih berusaha wak..alhamdulillah..turut bersukur..

    BalasPadam
  7. banyak telurnya. baru tahu yang ayam mutiara ni susah dapat penyakit, kira keballah juga ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih resisten terhadap penyakit jika dibandingkan dengan ayam biasa.

      Padam
  8. dana ingat telurnya lebih besar dari telur ayam wak, sebab saiz dia yang lebih besar...
    ooooh dia pandai terbang ya, teringat masa dana kecik dulu rumah arwah nyai ada bela, kadang kita jalan dikejarnya, dahla laju dia lari... selalu dengar bunyi dia tu terus lari sebab tak suka kena kejar, dahla badan dia besar seriau heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak besar sebenarnya bulunya aje yang tebal
      Saiznya lebih kurang ayam kampung aje

      Padam
  9. Ayam mutiara ni sebenrnya layak di panggil burung...

    BalasPadam
  10. Isi ayam ni mcm mana rupanya wak..bkn kaler hitam mcm ayam yg hitam tu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak belum pernah sembelih lagi.
      Nanti kalau wak sembelih wak tunjuk

      Padam
  11. wak nanti kalau dah sembelih tunjuk sket badan ayam ni yang sudah dibuang bulu.. gemok juga ke atau bulu dia yang buatkan ia nampak gemok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      Banyak jantan tu mungkin wak sembelih juga nanti

      Padam
  12. Alhamdulillah. Jarang dah sekarang orang bela ayam mutiara ni wak. kat kampung PC dan suami pun tak ada orang bela. Bila tengok wak bela rasa seronok la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak bela untuk suka2 aje
      Ramai pula yang menempah anak ayam mutiara ni

      Padam
  13. cantik ayam murtiara ni.. teringat zaman budak2 dulu.. kena kejar dengan ayam mutiara milik jiran.. tak cukup tanah lari sampai menangis.. punyalah garang ayam ni

    BalasPadam
  14. baru tau yang die telur bersepah cmtu..belajar ilmu baru arini

    BalasPadam
  15. Ayam lain pula tolong eramkan telurnya.. Nanti dah menetas anak tu ikut ibu eram ke macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu eramlah yang jaga
      Tapi biasanya wak didik sendiri tanpa ibunya

      Padam
  16. Wak..Pak Zain tanya ayam mutiara tu sedap x daging dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak belum pernah sembelih lagilah SA.
      Nanti kalau wak sembelih, wak beritahu rasa dia macam mana.

      Padam
  17. Ayam mutiara ni ayam api ke Wak?

    BalasPadam
  18. Wah! Sudah boleh mengutip hasil. Ingatkan ayam mutiara bertelur mutiara hihihiii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu boleh kaya penternak ayam mutiara.

      Padam
  19. Ayam ni bila berketak bising kemain tapi rupa dia comel...Lama juga yer proses mengeram berbanding ayak kampung ..tak padan telur kecikšŸ¤­

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kulit telur dia tebal macam kulit telur itik
      Jadi tempuh pengeramannya lebih kurang macam telur itik jugalah.

      Padam
  20. wah...seronoknya. moga makin membiak. byk leh belajar & tau kat blog Wak ni.. best!

    BalasPadam
  21. wak. ni kalau yg dkt kedai, telur ayam biasa kan. kalau ayam mutiara rasnaya berbeza ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kedai tu telur ayam biasa
      Telur ayam mutiara kecil sedikit dan ada bintik2.
      Rasanya lebih kurang aje

      Padam
  22. ohhh ini namanya ayam mutiara ya..baru tahu..selama ni tak tahu namanya...

    BalasPadam
  23. Mudah tu nak bela ayam mutiara tak banyak karenah. Tapi jenuh juga nak mengutip telurnya yang bersepah. Jenis ayam mutiara ni banyak isi lah kan wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tebal bulu aje.
      Sebab orang bela bukan untuk dagingnya
      lebih kepada untuk haiwan perhiasan.

      Padam
  24. Oh! nama ayam ni ayam mutiara biasa tengok kat zoo

    BalasPadam
  25. Sedap ke WP dagingnya… ke sama je rasanya. Mahal ke harga dia ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya wak belum pernah makan lagi daging ayam mutiara ni jadi tak tahulah rasanya macam mana.
      Harganya agak mahal sebab bekalannya sangat terhad.

      Padam
  26. Pernah tengok ayam ni tapi xtaw nama hahaha masuk blog wak baru tahu nama

    BalasPadam
  27. comel ayam mutiara dah macam kembar sebab tak tahu jantan betinanya. Buat perusahaan ayam mutiara wak sebab jarang orang jual ayam ni

    BalasPadam
  28. dasat ni wak! banyak betul ayam mutiara wak bela

    BalasPadam