Ahad, 12 September 2021

Cempedak Durian CH38

 Salam bertani

Wak ada menanam beberapa pokok cempedak durian klon di dusun WP.  Ada yang sudah berbuah dan ada yang belum sebab kebanyakan pokoknya masih muda. Kebanyakan pokok cempedak sudah berakhir musim buahnya termasuklah buah cempedak durian.

Pada pagi ini semasa membuat kajian lapangan di dusun WP, wak terperasan sepokok anak cempedak durian yang masih ada buahnya. Wak tak jangka pun pokok ini ada buah sebab umurnya baru jangkaan dua tahunan. Ada beberapa biji buahnya yang sudah lama gugur tetapi ada berbaki tiga biji yang masih segar di atas pokok.

Dapatlah wak menuai buah cempedak durian pada hari ini. Syukur, puas hati tanam cempedak durian CH38 ini.


Isi buah cempedak durian CH38


Inilah anak pokok cempedak durian di dusun WP
Baru belajar berbuah kali pertama


Buahnya berbaki tiga biji
Ada beberapa biji yang sudah gugur


Yang ini sudah matang di pokok
Baunya harum semerbak


Bentuk buah dan durinya seakan buah durian
Sebab itu dipanggil buah cempedak durian


Wak tuai dua biji
Sebiji yang kecil itu sudah busuk/rosak


Yang matang tu 2 setengah kg beratnya


Isinya setelah dibuka
Ulasnya besar seakan ulas durian
Warna krim kekuningan


Isinya agak tebal walau pun dari pokok muda
Sangat manis , lembut dan berjus


Puas makan, bakinya simpan dalam bekas
Esok boleh goreng buat kudapan

Salam bertani.

35 ulasan:

  1. Wahhhh.. sedapnya cempedak goreng. Kalau makan kena pelan2, gigit sikit2 takut tercekik, hihi

    BalasPadam
  2. Salam kunjungan..cempadak saya gemar makan..begini ulas cempadak
    CH38, boleh buat kuih..cantik isinya

    BalasPadam
  3. cantiknya buah cempedak tu... pokok baru 2 tahun dan nampak kecik je dah buah. bestnya lahaii

    BalasPadam
  4. Masya Allah..ada juga cempedak durian ya...Belum pernah rasa.Kalau cempedak nangka dulu pernah ada arwah ayah tanam..Kayanya ciptaan Allah..

    BalasPadam
  5. cempedak durian, wow
    cempedak nangka, cempedak kawen biasa dengar
    wak, pokok tanam biji atau pokok tut ni
    cantik pokoknya

    BalasPadam
  6. wah...teknologi sekarang memang bagus... hasil cepat keluar dan lumayan pula hasilnya

    BalasPadam
  7. Tak pernah tahu kewujudan cempedak klon. Rasa dan bau tu macam mana Wak? Durian ke cempedak?

    BalasPadam
  8. geram pula tengok isi cempedak tu..

    BalasPadam
  9. Waaa cempedak pun ada klon ye wak, baru saya tahuuuu. Ohhh panggil cempedak durian sebab bentuk dan duri macam durian, tapi rasa dia sama je macam cempedak biasa kan wak?

    BalasPadam
  10. Sedap dimakan begitu saja. Syukurlah pernah rasa cempedak durian beli di Ayer Hitam, tapi sekali itu saja. Tak jumpa dah selepas tu.

    BalasPadam
  11. ya allah. nampak gambar pun da terliur. sedap ni. dlu2 ada ja dekat rumah. skrg da xda. dan susah nak cari. jual di pasar mahal pulaa

    BalasPadam
  12. Rezeki WP.. pertama kali saya tahu mengenai cempedak durian..

    BalasPadam
  13. Dapat pekena cempedak goreng mamang amatlah membahagiakan 😆✨

    BalasPadam
  14. Cempedak durian=cempeian..
    Pertama kali tau ada spesis cempedak ni

    BalasPadam
  15. kalau dekat memang terus g umah wak ni mintak beli 2-3 biji..haha..mmg sy suka mkn cempedak..

    BalasPadam
  16. wow terbaiklah cempedak durian ni ulas besar puas makan

    BalasPadam
  17. dana kalau cempedak durian ini wak, dana akan buang bijinya siap-siap lepastu potong kecil-kecil isinya kalau goreng sebiji gitu besar sangat... sebab udahla dia besar isinya tebal kan

    BalasPadam
  18. Baru makan cempedak minggu lepas. Buah favourite juga selepas durian. Hehe

    BalasPadam
  19. Ohh ini rupanya cempedak durian. Rendang pokoknya dah berbuah kali pertama. Rezeki tu wak. Puas hati isi tebal dan manis. Terima kasih share info dan gambarnya wak :)

    BalasPadam
  20. PC pernah dengar orang sembang tentang cempedak durian ni wak. Cuma belum pernah rasa lagi. Bila tengok ni rasa puas hati, tebal dan penuh isinya. Bila isi lebih banyak daripada jeraminya itu yang gembira.

    BalasPadam
  21. minggu lepas puas dapat makan cempedak gak wak, cempedak kampung kata si penjual, sekilo rm6 sebiji dalam rm13 , isi penuh gemok2 manis.. MAsyaa allah.. lepas makan mentah dengan buat goreng :)

    BalasPadam
  22. curious saya baca ingatkan kacuk cempedak dan durian, rupanya sebab rupa luaran. Terliur tengok isinya. Sedap kalau goreng

    BalasPadam
  23. seronok, dua tahun dah dapat hasilnya.. menjadi pulak buahnye

    BalasPadam
  24. haah la ada iras iras buah durian sikit. cuma tak beduri tajam tajam

    BalasPadam
  25. wah sedapnya tengok isi dia tebal warna kuning macam tu. dah lama tak makan cempedak.
    salam kenal, Wak. saya baru follow hehe

    BalasPadam
  26. Kecik2 cili padi ni. Alhamdulillah elok isi dia nampak tebal juga. Tetiba teringat haritu makan cempedak madu. Isi dia nipis tapi sedapnyaaaaaaaa

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum wak. Sy baru perasan location wak di kluang. Area mana tu ya? Sy di kluang juga. Ada rezeki klu wak izinkan boleh datang kebun wak

    BalasPadam
  29. Cempedak durian..baru tau ada jenis ni.
    Yelah, memang lain kulitnya.

    BalasPadam
  30. isi dia wak..gebu2 wak..pasti manis dan sedap!

    BalasPadam