Jumaat, 17 September 2021

Bela Ikan Tilapia

 Salam bertani

Pagi tadi wak melepaskan 12 ekor anak ikan tilapia ke dalam kolam di dusun WP. Kolam ni dah siap sejak bulan Mac yang lalu, airnya wak gunakan untuk menyiram anak pokok durian. Jadi wak cubalah masukan anak ikan tilapia daripada kolam itu dibiarkan kosong sahaja. Mudah-mudahan menjadilah sebab ikan tilapia ini mudah dibela dan cepat membiak.


Wak lepaskan 12 ekor anak ikan tilapia merah ke dalam kolam
Anak ikan sebesar 3 jari orang dewasa


Inilah kolam takungan air di dusun WP
Sekarang dah dihuni 12 ekor ikan tilapia


Ikan tilapia merah di tempat baru


Yamg ada tompok-tompok hitam tu wak panggil ikan tilapia komando
(kacukan ikan tilapia hitam dan merah)


Semoga serasi di tempat baru


Makanan ikan tilapia
Wak bagi sehari sekali waktu pagi

Salam bertani

34 ulasan:

  1. Teringat kolam arwah nenek dulu banyak ikan talapia. Masa cuti2 kami beramai-ramai memancing ikan dekat situ. Semoga berhasil ye Wak.

    BalasPadam
  2. seminggu dua lagi mesti dah beranak pinak dah ikan tilapia ni..

    BalasPadam
  3. Ikan tilapia kalau panggang sedap tak buang sisik org kata.

    BalasPadam
  4. Ikan Tilapia cepat membiak tu wak..mudah dipelihara

    BalasPadam
  5. Sedap kalau ikan talapia bakar kan wak heeh

    BalasPadam
  6. Mesti meriah satgi kolam wak tuuuu sebab mudah membiak wak cakapp hehehe

    BalasPadam
  7. Wahhh.. tak lama lagi mesti ada tayangan ikan tilapia bakar

    BalasPadam
  8. Ikan tilapia merah ni kalau dikelar-kelar dan diperap dengan sos tiram dan tomato, lepas tu goreng sampai garing di luar, perghhhh.. 🤤👍🏻✨

    BalasPadam
  9. Semoga talapia membiak dengan lebih banyak!

    BalasPadam
  10. Saya kalau blk rumah kakak di felda gua musang..memang layan ikan yg diternak di kolamnya..ada talapia,kap,patin..

    BalasPadam
  11. Semoga ikan-ikan ni beranak pinak. Untung Wak.

    BalasPadam
  12. Bagus wak bela ikan pulak. Semoga membiak dan banyak hasilnya nanti. Aaminnn...

    BalasPadam
  13. Kolam kat kg pun milik ayah, abg ipar bela Ikan jgk. Banyak Ikan talapia tapi xjual,...sesak2 boleh Jala buat makan katanya. Yg kempunan ke, yg Susah ke mintak, dia ssedekahkan jer. Ikan talapia ni cheery Suka goreng garing pastu buat masak sambal atau 3 rasa

    BalasPadam
  14. mesti byk nanti wak, seronok tgk ikan2 ni nanti
    arwah ayuah pun ada kolam talapia,

    BalasPadam
  15. wah sat ja dah besar ikan talapia ...xlama dah boleh pancing tu

    BalasPadam
  16. https://madey09.blogspot.com/2021/09/tiada-lagi-lambai-tanganmu.html

    Datang baca tau wak

    BalasPadam
  17. alamak, feveret ikan saya ni WP, amak-anak pun suka kalau masak lemak cili api..

    BalasPadam
  18. Seronok tilapia ada tempat baru untuk berenang.

    BalasPadam
  19. Wak ni mmg rajin betul.. mcm2 ada kat kebun wak.. kent tak dtg jengah talapia ni ke? 🤗

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah. In sya Allah membiak nanti. Aamiin.

    BalasPadam
  21. Selamat datang ke rumah baru ye talapia!

    BalasPadam
  22. Wah rumah baru Tilapia besar tu, cepat beranak pinak lepas ni, inshaAllah.

    BalasPadam
  23. dapat hasilnye nanti bole lah digoreng

    BalasPadam
  24. Seronoknya ada kolam ikan.Nanti dah membiak ikan- ikan tu seronok memancing dan menjala pula

    BalasPadam
  25. Wah ada ada rumah baru ikan2 tu.
    Semoga cepat membesar, ada anak2 baru..

    Sedapnya talapia steam pedas, goreng pon sedap. Ehhhh semua sedaplah

    BalasPadam
  26. sedap juga ikan tilapia buat goreng..saya tahun 2019 baru pertama kali mkn tu pun masa duduk dgn keluarga mertua, org kg sana suka mkn ikan tersebut..wak

    BalasPadam
  27. Wah bela ikan pulak ya Wak.. senang nanti nak makan boleh ja ambik dari kolam sini..

    BalasPadam
  28. wah ikan talapia pulak wak. bestnya

    BalasPadam
  29. Tak sabar nak tgk diorg membesar. Nanti update ye wak

    BalasPadam
  30. wah..siap ada kolam. best best!
    sedap tu masak sambal, goreng garing garing. eh eh.. ikan tu kecik lagi, he he he...

    BalasPadam
  31. wahhh bestnya bela tilapia dalam kolam! saya mampu bela gapi dalam akuarium je wak..hahahahah

    BalasPadam