Ahad, 26 September 2021

Zura Dah Beranak

 Salam bertani

Pada hari jumaat yang lepas, Zura dah selamat melahirkan anak ke-lapannya. Kali ini baby jantan. Wak belum beri nama lagi, tengah cari nama viral untuk  anak si Zura tu.

 Hari ini baru sempat ambil gambar mereka sebab mereka duduk di seberang sungai. Susah nak bawa hp meredah sungai takut basah. Kebetulan petang ini hujan pula, jadi ambil gambar dalam hujanlah.


Anak jantan si Zura ni dah berumur 3 hari
Wak belum daftarkan nama lagi
Wak dah pasangkan rantai leher semalam


Zura sedang menyusukan anaknya.
Basah kuyup kena hujan


Zura menjilat bulu anaknya supaya cepat kering
Kelihatan motor tunggangan wak di seberang sungai sana


Sedang membisikkan sesuatu kepada anaknya
"Itulah boss kita, walau pun dah tua tapi baik hati orangnya"


Semoga sihat dan cepat membesar


Suasana cerah pada pagi tadi
Tapi masa ni wak tak jumpa anak Zura untuk digambarin

Salam bertani.

37 ulasan:

  1. Beaarnya Zura, ank pun nampak besar dh. Dh ramai la cucu ya WP

    BalasPadam
  2. Amboii.. anak Zura, baru tiga hari setengah, dah pandai berjalan sampai tak jumpa nak digambari ya

    BalasPadam
  3. comel je 2-2 ekor tu,,, alhamdulillah..moga ternakan wak berkembang biak

    BalasPadam
  4. Mak aii, besar betul Zura nie... Anaknya pun comel jea, walaupun baru berusia tiga hari.. Semoga mereka sihat-sihat hendaknya...

    BalasPadam
  5. Ganteng ansk jantan Zura tu..
    Wak,tolong tanya Zura "Zack pergi mana?"🤭🤭
    Dah lama tak dengar lagu "Azura"😅

    BalasPadam
  6. Zura..dah 8 anak kau ya...huhhhh mantap

    BalasPadam
  7. Comel kan..Subahanallah..rezeki bertambah wak..berkat usaha gigih..seimbang di Dunia dan Akhirat. Alhamdulillah

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah bertambah rezki...binalah jambatan mudah seberang sungai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jambatan ada PI tapi jauh di hujung kampung
      Nak bina sendiri memang tak mampu sebab sungai tu lebar juga sebenarnya.
      Setakat ni redah ajelah separas pinggang.
      Kalau air besar baru lalu jambatan, tapi kena pusing jauh sikitlah

      Padam
  9. Zura ni nama geng baik saya WP……kok dah jadi nama lembu hahahhaha… Tahniah Zura entok anak lanang! Lembu ni tak balik kandang ke Wp

    BalasPadam
  10. bertambah cucu wak ye
    meriahhh nanti he hee
    kena. nama. viral, Covid 19 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ada lembu wak yang nama Kobit
      Lahir tahun lepas.
      Nama Corona pun dah ada (wak panggil Nana)

      Padam
  11. Alhamdulillah..bertambah lembu ternakan wak. Sihat nampak anak Zura. Apalah namanya nanti kan. Elok cantik cuaca cerah tu. Sungai tu dalam ke wak? Ke ada titi untuk seberang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau keadaan biasa dalamnya separas pingganglah.
      Takde titi kat situ, wak redah setiap harilah.

      Padam
  12. Alhamdulillah. Tahniah Zura. Atas kelahiran anak baru. Semoga anak zura sihat dan sampai dewasa. Aamiin.

    BalasPadam
  13. Wah, anak jantan ye Zura.
    Letak nama Paizer (Pfizer) pun ok Wak :p

    BalasPadam
  14. Tahniah Zura dapat cahaya mata baru. Ha.. Nanti dah dapat nama, updatelah di blog. Nak tau juga apa nama viral Wak nak bagi

    BalasPadam
  15. Tahniah Wak Lanang, Zura dan suami hahahah..
    Istikharah lah wak kalau susah sangat nak pilih nama cucu ni

    BalasPadam
  16. Wahhh Tahniah Kak zura heheee ^_^

    BalasPadam
  17. Sekor je ek Wak kalau lembu beranak? Bagus yaa,s ekali beranak terus besar anaknya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lembu memang beranak seekor sekali, macam manusia juga.
      Seumur hidup wak pernah juga dapat anak lembu kembar tak seiras sekali dulu.

      Padam
  18. Alhamdulillah rezeki Wak. Suburnya kwsn Zura tu

    BalasPadam
  19. tahniah kepada wak dapat cucu lagi. bagi nama saya je lah untuk anak zura tu.. hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      Wak tengah timbang nak bagi nama Apis.
      Dulu2 pernah ada seekor lembu wak nama Apis, dah korbankan dah

      Padam
  20. waduh wak 3 hari udah genteng anak zura. Tak hilang ke wak bior je kat seberang sungai tu. Takde kandang ke semua lembu-lembu wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      Setakat ni selamat semua lembu wak kat sungai tu

      Padam
  21. wak tak risau ke kut ada pencuri lembu?

    BalasPadam
  22. ahahaha.. sempat lagi Zura bisik2 kat anak dia..

    BalasPadam
  23. so ada kenduri kesyukuran x wak lps ni? hahahahaha

    BalasPadam