Memaparkan catatan dengan label Pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pisang. Papar semua catatan

Khamis, 9 Oktober 2025

Pokok Pisang Boyan

 Salam bertani

Wak ada tanam beberapa pokok pisang boyan di sekeliling rumah. Kesemua pokok pisang boyan ini sudah berbuah dan ada yang sudah dituai. Ada orang yang memanggil pisang  boyan ini sebagai pisang empat puluh hari tetapi ianya bukanlah pisang lemak manis. Pisang lemak manis adalah spesis yang berbeza.

Jom nenguk


Induk pisang boyan sudah berbuah.
 

Pokoknya perlu disangga untuk mengelakkan tumbang.


Buahnya boleh mencecah 20 kg.


Sudah hampir matang.


Setandan buah pisang boyan yang dituai.


Buah pisang boyan yang sudah masak selepas diperam.
Sesuai dijadikan pencuci mulut, 
 dibuat cekodok/lempeng atau kek.


Generasi ke-dua sudah mengeluarkan jantung.
Induknya baharu sahaja ditebang.
Anak pokok yang lain bolehlah diubah atau dibuang untuk mengelakkan persaingan.

Salam bertani.

Sabtu, 19 Mac 2022

Tuai Buah Pisang Awak

 Salam bertani

Pada minggu lepas wak menuai setandan buah pisang awak yang wak tanam di dusun. Buah pisang awak sesuai dijadikan pisang goreng, dibuat kuih nagasari, dijadikan pisang salai (tak payah salai, jemur aje) dan enak juga dijadikan pisang rebus.

Ada dua jenis pisang awak iaitu pisang awak yag buahnya banyak biji dan pisang awak yang buahnya takde biji. Yang wak tanam ni jenis pisang awak yang buahnya tiada biji.


Sesikat buah pisang awak matang 
yang sesuai untuk digoreng


Seperdu pisang awak yang wak tanam di dusun
Induknya sudah berbuah
Sebahagian daripada anaknya dipotong supaya
tidak terlalu padat


Petua untuk menuai buah pisang
Apabila sebiji daripada buahnya sudah menguning,
menandakan buah pisang sudah boleh dituai


Cara menebang pokok pisang 
agar buahnya tidak jatuh terhempas
Tandan pisang tergantung tidak mencecah tanah


Buah pisang awak yang sudah dituai


Sebahagiannya sudah dibahagi-bahagikan
 kepada jiran-jiran


Isi buah pisang awak tanpa biji


Pisang awak goreng buat minum petang

Salam bertani.


Sabtu, 18 September 2021

Tuai Buah Pisang




 Salam bertani

Beberapa hari yang lepas wak tuai setandan pisang 40 hari sebab dah ada yang masak kat pokok. Pada hari ini wak juga menuai setandan buah pisang kapas dan buah pisang tanduk. Seminggu dua ni menjamu pisang sahajalah.


Buah pisang 40 hari ni wak tuai minggu lepas
Ada buahnya yang sudah menguning


Simpan sehari dah banyak yang masak.
Sebahagian buahnya pecah kerana lewat dituai


Dah dipotong sisirnya untuk diagih-agihkan.
Buah pisang 40 hari sedap dimakan sebagai pencuci mulut
Boleh juga dibuat cekodok dan lempeng


Buah pisang lemak manis ini sudah boleh dituai
Tapi wak tak tuai lagi sebab baru sahaja
menghabiskan stok yang lepas


Gambar minggu lepas
Kat bawah buah cempedak nangka tu ada pisang lemak manis
yang dah masak.
Buah pisang lemak manis lebih sedap daripada buah
pisang 40 hari


Ni pula buah pisang tanduk
Boleh buat kerepek pisang masa hijau macam ni.
Kalau dah kuning nanti kena gorenglah


Tuai juga buah pisang kapas
Setandan ni ada 9 sisir
Peram seminggu masaklah
Lepas ni setiap hari melempeng dan mencengkodok pisanglah

Salam bertani

Sabtu, 5 Disember 2020

Selasa, 24 November 2020

Pokok Pisang Benggala

 Salam bertani.

Wak ambil benih pisang ni di tempat buangan sampah. Masa tu wak tak tau pun pisang apa, cuma pokoknya macam wak tak pernah lihat sebelum ini. Jadi wak tanamlah di tepi reban ayam. Dari serumpun wak biakkan jadi empat rumpun.

Bila dah berbuah baru tahu rupanya yang wak tanam tu pisang benggala. Macam menyesal juga tanam sebab buah pisang ni tak sesuai dimakan. Isinya dipenuhi biji dan menyukarkan untuk kita memakannya. Bila dah dituai setandan tu, wak bagi makan ayam ajelah.

Pisang benggala ni ditanam lebih kepada untuk mendapatkan daunnya. Daunnya paling sesuai  digunakan untuk membungkus makanan kerana lebar, lembut dan tak mudah koyak/carik. Ia juga sesuai untuk membungkus makanan yang dibakar kerana tidak mudah hangus.

Orang-orang sebelah pantai timur memanfaatkan buah pisang benggala muda (semasa bijinya masih lembut) untuk dijadikan acar pisang. Jantung pisang benggala paling sesuai dijadikan ulaman atau sayuran kerana ia tidak birat bila dicelur atau dimasak.


Setandan buah pisang benggala matang yang dituai.
Buahnya tidak sesuai dimakan kerana dipenuhi biji


Belahan buah pisang benggala.
Kelihatan bijinya yang bersusun berwarna hitam.


Inilah rumpunan pisang benggala yang wak tanam.
Pohonnya besar dan tinggi.
Daunnya cantik, lebar dan lembut sangat sesuai
dijadikan pembungkus makanan.


Induk pisang benggala telah mengeluarkan jantung.


Jantung pisang benggala wak tuai untuk dibuat ulaman.


Ulaman jantung pisang benggala rebus.
Sangat sedap, lembut dan tidak birat bila direbus.


Buah pisang benggala muda.
Sesuai dijadikan acar pisang kerana bijinya masih lembut.


Puah pisang benggala hampir matang.
Buahnya bulat berisi kerana mengandungi banyak biji.


Buah matang yang dituai.
Wak biarkan sahaja di bawah perdu pisang untuk
dimakan oleh ayam kampung, burung dan tupai.

Salam bertani.

Khamis, 11 Jun 2020

Trim Pokok Pisang

Salam bertani

Pagi ini baru wak berkesempatan untuk trim pokok pisang di sekeliling rumah. Maksudnya potong pelepah pokok pisang yang tua supaya bagi kemas. Kira ikut SOP jugalah, macam potong rambut tunggu PKPP baru boleh.


Pokok2 pisang di tepi reban ayam.
Nampak kemas selepas ditrim.


Pokok pisang raja.
Induknya sudah dituai.


Pokok pisang 40 hari


Pokok pisang lilin


Pokok pisang kapas.
Buahnya hampir matang.


Pokok pisang abu


Pokok pisang kapas


Buah pisang boyan


Pokok pisang jari buaya


Pokok pisang nipah.
Di belakangnya pokok pisang raja udang.


Ehh, ni pokok pisang ke?

Salam bertani.