Sabtu, 19 Mac 2022

Tuai Buah Pisang Awak

 Salam bertani

Pada minggu lepas wak menuai setandan buah pisang awak yang wak tanam di dusun. Buah pisang awak sesuai dijadikan pisang goreng, dibuat kuih nagasari, dijadikan pisang salai (tak payah salai, jemur aje) dan enak juga dijadikan pisang rebus.

Ada dua jenis pisang awak iaitu pisang awak yag buahnya banyak biji dan pisang awak yang buahnya takde biji. Yang wak tanam ni jenis pisang awak yang buahnya tiada biji.


Sesikat buah pisang awak matang 
yang sesuai untuk digoreng


Seperdu pisang awak yang wak tanam di dusun
Induknya sudah berbuah
Sebahagian daripada anaknya dipotong supaya
tidak terlalu padat


Petua untuk menuai buah pisang
Apabila sebiji daripada buahnya sudah menguning,
menandakan buah pisang sudah boleh dituai


Cara menebang pokok pisang 
agar buahnya tidak jatuh terhempas
Tandan pisang tergantung tidak mencecah tanah


Buah pisang awak yang sudah dituai


Sebahagiannya sudah dibahagi-bahagikan
 kepada jiran-jiran


Isi buah pisang awak tanpa biji


Pisang awak goreng buat minum petang

Salam bertani.


33 ulasan:

  1. Alhamdulillah rezeki pisang segar..

    BalasPadam
  2. Pisang awak sedap betul digoreng atau dibuat kerepak.

    BalasPadam
  3. sedapnya goreng pisang awak buat makan petang sambil minum kopihitam pekat

    BalasPadam
  4. Oooo.... cam tu ke cara tebang nya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak pandai tebang boleh hancur jatuh terhempas

      Padam
  5. Eloknya pisang Wak tanam.. alhamdullilah, rezeki berbudi pada tanah kan..

    BalasPadam
  6. wak, kalau di buat kerepek boleh tak pisang awak ni ye wak? yelah dana pernah beli pisang goreng yang isinya bnyak biji dahla besar-besar... spoil betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pisang awak ni memang sedap kalau dibuat kerepek
      Dulu wak ada tanam yang ada biji tu, sekarang dah buang/bunuh ganti dengan benih yang takde biji ni

      Padam
  7. Saya selalu confius dengan pisang awak ni bila kata boleh di goreng. Kalau pisang nipah tahu lah sedap di goreng dan di buat kerepek. Sisir tandannya banyak ye wak. Bestnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pisang awak ni tak banyak orang tanam berbanding pisang nipah. Tapi sekarang pisang nipah susah hidup sebab senang kena penyakit. Psang awak sesuai digoreng macam pisang nipah juga.

      Padam
  8. Kalau Mak kita ni suka buat nagasari Wak.. belakang rumah ada sepohon, tapi now dah takde dah, habis di tebang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang dah lembik sikit tu memang sesuai dibuat kuih nagasari. Buat bubur campur pun okay

      Padam
  9. bestnya ada tanam pokok pisang....

    BalasPadam
  10. masa saya kecil dulu dan keluarga agak susah, kami pernah goteng pisan yang masih muda (agaknya tak sabar tunggu pisang itu ranum sendiri ).

    Potong pisang nipis nipis, rendam dengan air garam sejam-dua, kemudian goreng.

    Agaknya, sebab saya anak kampung yang masih kecil...sedap aje semuanya itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pisang awak ni kalau yang belum matang boleh direbus
      Makan cicah kelapa parut memang klass

      Padam
  11. Sedap ni makan panas-panas.. Ada juga beli pisang awak goreng banyak biji..

    BalasPadam
  12. Sedapnya goreng pisang awak. Untung berbudi pada tanah

    BalasPadam
  13. Ada juga yg ada biji & takde biji ye..baru tau.
    pisang pun ammi berapa nak kenal masalahnya

    BalasPadam
  14. Sedapnya gorengan pisang awak takde biji.
    Mrs. A geram kalau pisang awak goreng yang ada biji tu bila makan tergigit biji spoil mood.

    BalasPadam
  15. Ada satu teka teki...
    Buah apa bila kita cakap jadi hak orang..
    Bila orang cakap jadi hak kita...

    😁betul...

    pisang awak

    BalasPadam
  16. Baca entri wak ni, tetiba teringin goreng pisang dengan teh tarik pulak.

    BalasPadam
  17. Segarnya menikmati buah original..jus pishang bukan pishang ya hehehe

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum wak. Untuk pokok pisang ni wak guna baja apa ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmussalam
      Baja apa2 pun boleh
      Biasanya guna baja sebatian 15:15:15

      Padam
  19. Baru tahu petua menuai tu. Terima kasih share wak. Sedap ni buat pisang goreng cicah sambal kicap.

    BalasPadam
  20. Lepas tuai boleh terus goreng tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Goreng buat kerepeklah
      Rebus pun boleh. Makan dengan kelapa parut

      Padam
  21. Salam wak.. pokok pisang awak saya kali pertama berbuah semua buahnya tiada biji...tapi bila anak² pokok tersebut saya biakkan kmdn berbuah..semuanya jadi berbiji..kenapa ya ? Mcmn nk dapatkan benih pokok yg buahnya X berbiji?

    BalasPadam