Selasa, 29 Mac 2022

Tanam Anak Pokok Kelapa Sawit

 Salam bertani

Sudah hampir setahun wak menebang pokok getah tua di kebun pusaka di belakang rumah. Kebun pun dah semak semula, sekarang baru ada kelapangan untuk wak menanam benih kelapa sawit. Benih kelapa sawit hanya sebahagian sahaja yang sampai kerana kekurangan stok. Wak tanam dahulu mana yang ada. Lepas raya nanti bolehlah selesaikan sambung semula penanaman.


Benih kelapa sawit yang baru sampai sedia untuk ditanam


Kebun sudah dibersihkan dan pancang disediakan


Gali lubang penanaman gunakan jentera


Anak pokok kelapa sawit yang siap diubah


Gunakan jarak segi tiga 10m X 10m X 10m


Bekalan benih daripada FGV

Salam bertani



36 ulasan:

  1. Suami Kak Sue pun baru nak tanam semula sawit kat tanah di kampung..

    BalasPadam
  2. Oh gitu ye langkah penanaman sawit. Moga subur dan perolehi hasil. Aameen.

    BalasPadam
  3. tahun lepas kot abah pun baru tanam semula pokok sawit belakang rumah, pokok tua banyak dah baring wak hehehheh apa lagi ambil umbutnya buat masak lemak hehehhe

    BalasPadam
  4. Semoga membuahkan hasil mudah segala proses ye Wak

    BalasPadam
  5. wah baru nak tanam wak bila boleh dapat hasil ni. Harga sawit tengah tinggi sekarang ni. bersih kebun wak.

    BalasPadam
  6. Seronoknyaaa....dapat bayangkan bila pokok-pokok ni mula membesar nanti

    BalasPadam
  7. semoga nanti tumbuh subur dan cepat tinggi ya wak..tak sabar menantikan berbuah tiba ^^

    BalasPadam
  8. wak, tanam keladi sekali wak...ehh..hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tanam keladi mawar yang buat makan tu
      keladi kaler2 tu tak mainlah

      Padam
  9. Semoga semuanya membuahkan hasil. Aamiin.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah... moga beroleh hasil yg lumayan Wak.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Babah pun dah sulam semula anak pokok kelapa sawit baharu kat kebun.. Semoga tumbuh subur ya wak.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.. Semoga terus sukses wak..

    BalasPadam
  13. Wak, tu kalau tanam dalam berapa tahun baru berbuah tu Wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      3 hingga 4 tahun dah boleh mula tuai hasil

      Padam
  14. ALHAMDULILLAH MOGA TANAMAN SAWIT TIADA GANGGUAN TUMBESARANNYA...4 TAHUN DH BOLEH TUAI BUAHNYA BUKAN LAMA PUN

    BalasPadam
  15. Semoga menjadi WP tanaman kelapa sawit ni,murah rezeki WP

    BalasPadam
  16. berapa kos semua wak habis. anggaran kasorla...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos bersih kebun dan buat lubang guna jentera = RM4,000
      Kos benih RM20 X 300 pokok = RM6,000
      Kos baja pemula RM200 X 5 beg = RM1,000

      Padam
  17. FGV juga pembekal minyak masak kan?

    BalasPadam
  18. semoga membesar dengan jaya ye anak2 sawit!

    BalasPadam
  19. Seronoknya tengok dah tanam sawit pulak..Moga sihat semuanya yee

    BalasPadam
  20. dari getah ke kelapa sawit..mahal sekrg ni harga sawit..

    BalasPadam
  21. Lumayan hasil sawit ni. Sekali tuai banyak dapatnya.

    BalasPadam
  22. Bila tengok tanah lapang untuk berkebun..Akan ada satu rasa nostalgia sangat..Rasa nak guling2 kat situšŸ¤­

    BalasPadam
  23. nampak benih baik ni.. semoga besar dan membuahkan hasil

    BalasPadam
  24. Saya sharekan info baja slow release yang berkaitan
    Current technologies normally consumed 3-5% of hexaconazole with fast-release within a day, which requires repetitive work. It leads to high labour costs and leachate to the environment. The invented Ca-MOFs nanocarrier requires less than 1% or as low as 50ppm of hexaconazole.
    Sumber dari UPM : https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/hexa_mofs_fungicides_nanodelivery-67882
    Semoga bermanfaat

    BalasPadam
  25. Haii, saya nk tanyaa, kenapa tak perlu buang polybag tu? Kenapa tanam je terus mcm tu? Tak mengganggu ke tumbesaran pokok tu nnti? (Maaf sebb tanya soalan rumit, saya student uni sebnrnya and amek course AT110)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya polibeg tu dah dikeluarkan daripada tanah anak benih tu. Cuma tak dibuang keluar dan dibiarkan menutup perdu anak pokok sawit di bahagian atas tanahuntuk mengelakkan serangan perosak seperti babi hutan dan landak yang suka memakan umbut anak pokok sawit tersebut.

      Padam