Selasa, 24 November 2020

Pokok Pisang Benggala

 Salam bertani.

Wak ambil benih pisang ni di tempat buangan sampah. Masa tu wak tak tau pun pisang apa, cuma pokoknya macam wak tak pernah lihat sebelum ini. Jadi wak tanamlah di tepi reban ayam. Dari serumpun wak biakkan jadi empat rumpun.

Bila dah berbuah baru tahu rupanya yang wak tanam tu pisang benggala. Macam menyesal juga tanam sebab buah pisang ni tak sesuai dimakan. Isinya dipenuhi biji dan menyukarkan untuk kita memakannya. Bila dah dituai setandan tu, wak bagi makan ayam ajelah.

Pisang benggala ni ditanam lebih kepada untuk mendapatkan daunnya. Daunnya paling sesuai  digunakan untuk membungkus makanan kerana lebar, lembut dan tak mudah koyak/carik. Ia juga sesuai untuk membungkus makanan yang dibakar kerana tidak mudah hangus.

Orang-orang sebelah pantai timur memanfaatkan buah pisang benggala muda (semasa bijinya masih lembut) untuk dijadikan acar pisang. Jantung pisang benggala paling sesuai dijadikan ulaman atau sayuran kerana ia tidak birat bila dicelur atau dimasak.


Setandan buah pisang benggala matang yang dituai.
Buahnya tidak sesuai dimakan kerana dipenuhi biji


Belahan buah pisang benggala.
Kelihatan bijinya yang bersusun berwarna hitam.


Inilah rumpunan pisang benggala yang wak tanam.
Pohonnya besar dan tinggi.
Daunnya cantik, lebar dan lembut sangat sesuai
dijadikan pembungkus makanan.


Induk pisang benggala telah mengeluarkan jantung.


Jantung pisang benggala wak tuai untuk dibuat ulaman.


Ulaman jantung pisang benggala rebus.
Sangat sedap, lembut dan tidak birat bila direbus.


Buah pisang benggala muda.
Sesuai dijadikan acar pisang kerana bijinya masih lembut.


Puah pisang benggala hampir matang.
Buahnya bulat berisi kerana mengandungi banyak biji.


Buah matang yang dituai.
Wak biarkan sahaja di bawah perdu pisang untuk
dimakan oleh ayam kampung, burung dan tupai.

Salam bertani.

34 ulasan:

  1. okay saya tahu pisang ni tapi tatau nama jenis dia..
    annoying kan banyak biji hehe..

    BalasPadam
  2. buahnya menjad rezeki kpd yg sukakannya tapi jantungnya mmg sedap digulai r pajeri

    BalasPadam
  3. Aah betul wak, kat depan umh arwah mak kt teganu ada serumpun pisang ni, dari zaman kecik2 lagi ada pokok pisang ni, saya tya makcik kenapa tak buang sbb nmpk semak kan, makcik kata ( makcik ddk rumah arwah mak) daun pisang ni sesuai buat balut pulut panggang atau org teganu panggil pulut lepa, sbb bau daun pisang dia tak melekat kat pulut. Sebb tu pulut lepa teganu rasa lain dr pulut panggang org sini. Buah dia yg muda mmg kami masak acar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sini jarang2 orang tanam pisang ni.
      Daunnya memang susahlah dapat.

      Padam
  4. Boleh stress kalau makan pisang ni.. banyak biji

    BalasPadam
  5. Agaknya pisang inilah yang selalu kawan saya bagi. Kadang setandan terus dibaginya sebab katanya orang lain semua taknak. Saya memang akan lenyek & asingkan bijinya.Setandan pisang tu swmangkuk penuh bijinya. Tapi saya asingkan juga dengan kebenaran & kesabaranšŸ¤£kemudian frozenkan isinya yang sudah lenyek. Bila makan defross & buat la cekodok @ lepat

    BalasPadam
  6. Ooo..barulah saya tahu namanya. ingatkan pokok pisang tu berbuah cacat sebab berbiji. rupa-rupanya, memmang spesis berbiji...

    BalasPadam
  7. Mungkin sukar makan buahnya tapi yang lain boleh tetap dimanfaatkan kan wak. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jantungnya paling sedap dibuat ulaman atau sayuran.
      daunnya pun klass

      Padam
  8. Mcm pisang awak tek. Ada biji dan rupanya lebih kurang

    BalasPadam
  9. orang tganu panggil pisang ggale.. pisang banyak bijik.. kalau makan sembur bijik bawak keluar

    BalasPadam
  10. sedapnya ulam jantung pisang ni wak

    BalasPadam
  11. tak suka betul kalo pisang banyak biji ni...huhuhuh

    kalo bagi ayam makan, tak tumbuh ke pokok pisang dalam perut diorang nanti wak? ehhhhh larikkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biji dia bukan biji benih SS
      Semai pun takkan tumbuh.

      Padam
  12. Saya dah lama tak jumpa pisang banyak biji ni. Dulu ada orang bagi sekali. Pisang benggala rupanya nama dia.

    BalasPadam
  13. pisang ni kalau dah tua/masak memang takde nilainya..
    ketika masih muda,sedapnya dibuat acar..

    BalasPadam
  14. baru pernah dgr acar pisang wak... rare pisang ni.. rasanya masa kecik² dlu je pernah jumpa kt umh nenek

    BalasPadam
  15. Baru tahu namanya pisang benggala. Kalau saya ni mesti dah fikir pisang nipah. huhu..banyak betul biji dia tu. Memang tak lah nak makan. sedap tu wak jantung pisang buat ulam.

    BalasPadam
  16. Oooo nama nya pisang benggala. Pernah jumpa zaman remajapurba dahulukala. Patutlah mak tak suka buat kuih gunakan pisang ini.

    BalasPadam
  17. kalau makan kat restaurant yang tulis 'banana leaf' tu mungkin guna daun pisang jenis ni la kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Restoran banana leaf tu biasanya guna daun pisang hutan.
      Jadi dia orang boleh cari free aje.

      Padam
  18. Pertama kali dengar acar pisang, pisang benggala ni memang bijik dia banyak

    BalasPadam
  19. jantung pisang tk mkn..1st time dgr pisang benggala

    BalasPadam
  20. Teringat masa waktu kecil2 dulu, arwah mak selalu buat cekodok pisang ni. Saya pun pernah makan . Manis juga. Lama dah tak jumpa pisang banyak biji.

    BalasPadam
  21. Pisang ni untuk ayam makan?org x leh makan eh sebab ada biji?

    BalasPadam
  22. ora iso la arep mangan pisang benggala koyo kuwi., akeh bijike ;p

    BalasPadam
  23. Lama tak jumpa pisang ni. Banyaknya sangat biji payah makan. Pokok tinggi macam pisang abu.

    BalasPadam
  24. Eh pisang pun ada benggala ekk..saya ingat lada jee Wak hahahaha

    BalasPadam
  25. jantung pisang tu.. tergugat iman kalau buat rebus macam tu.. :)

    BalasPadam
  26. Amboi ni kalau mak saya tgk..teruja wak ^_^

    BalasPadam