Sabtu, 4 September 2021

Keluarga Ternakan Lembu WP

 Salam bertani.

Semalam petang sambail wak menggembala lembu di tepi sungai, wak sempat mengambil gambar mereka . Jadi wak nak tunjukkanlah sebahagian daripada induk ternakan lembu wak yang ada.



Ini adalah induk lembu yang paling senior
Namanya Zura
Zura dah beranak 7 kali
Sedang bunting anak ke-8


Namanya Yut
Yut adalah anak Zura
Yut dah ada dua anak
Anak bongsunya Pok Teh dah berumur 5 bulan


Yang induk tu nama Tompok
Tompok juga adalah anak Zura.
Anak sulung Tompok tu namanya Min
Min lahir bulan Januari yang lepas


Mon ni adalah adik kepada Tompok
Juga anak Zura
Mon baru melahirkan anak pertama pada bulan lepas


Siti ni nampak kurus kerana berdiet
(Sebenarnya Siti kena serangan cacing)
Walau pun nampak tua, tapi umur Siti baru 5 tahun
Siti ada dua ekor anak.
Anak bongsunya nama Rina tu


Namanya Kechik
Ada seekor anak jantan si Cobit 20 tu
Sedang bunting anak ke- 2


Sue dengan anak pertamanya Joe Biden
Nampak Din dah hampir sama besar dengan ibunya
walau pun baru berumur 7 bulan


Milo ni adik kepada Kechik
Dah beranak sulung beberapa bulan yang lepas
Tapi anaknya mati beberapa hari setelah dilahirkan
 sebab tak pandai menyusu.


Fiza ni adalah kakak kepada Sue
Dah umur hampir 4 tahun , belum beranak lagi
Fiza tengah bunting sulung ni.
Tahun ni dapatlah baby

Nanti wak cerita pasal anak-anak lembu wak pula.

Salam bertani.


47 ulasan:

  1. Legend betul Zura ni. Subur kemain. 🤣

    BalasPadam
  2. Fiza paling nampak sasa. Macam mana wak hafal nama2 mereka ni. Unik betul. Comelllll ��

    BalasPadam
  3. anak baru nanti letak nama saya ye.. hehehe

    BalasPadam
  4. panjang2 nye lembu..baka KK ke ni wak? apapun moga ternakan wak berkembang biak dgn banyaknya..insya allah

    BalasPadam
  5. Gemuk-gemuk lembu wak kalau buat Qurban best ini hehe

    BalasPadam
  6. Hai Zura..anak dh nak masuk 8 ya..dh ada cucu tp maintain cun lg ..

    BalasPadam
  7. Sihat semuanya lembu-lembu Wak. Bestnya dekat dengan flora dan fauna ni.. Hirup udara segar setiap hari.

    BalasPadam
  8. Nampak sihat semua lembu2 wak . Banyak ekor ke ?

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah keluarga zura sejahtera di tepi sungai

    BalasPadam
  10. nama lembu semua macam dalam lagu WP.
    comel jer...

    BalasPadam
  11. Fuhhh jenuh nak buat salasilah ni. Kenal wak dengan lembu lembu dan namanya. Eh eh camne boleh bagi nama Fiza tu wak...hahaha..

    BalasPadam
  12. Din cepat besar bagai juara ya wak, baru 7 bulan hingus belum kering. Permai suasana, indah permandangan..

    BalasPadam
  13. Sihat-sihat induknya tu Wak. Cukup makan dan cukup kasih sayang. Banyak juga anak Zura ya.

    BalasPadam
  14. Sado2 lembu ni cukup makan alhmdllah

    BalasPadam
  15. wowwww banyak nya lembu wak!!
    semangat sekor2 ye hehehe

    BalasPadam
  16. Bestnya ada banyak lembu....senang nak korban, senang nak kenduri...x yah beli dh...apa pun nama2 terbaik...bleh ingat eh wak nama semua tu

    BalasPadam
  17. alolo.... comel-comel lembunya tu....

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah membiak dengan jayanya. Syukur. Dah banayak cucu Zura.

    BalasPadam
  19. kemain subur2 lembu wak ye.. sampai da anak ke 8.. terigin nk suruh abah di kampung bela kambing/lembu.. kalau nk bela haiwan macam ni ap yang persediaaan yg
    perlu ade ye wak

    BalasPadam
  20. pandai WP jaga, banyak modal nak bela lembu ni.

    BalasPadam
  21. ternganga saya baca nama lembu pakcik, lagi sedap dari nama saya uhuk2

    BalasPadam
  22. uishhhh banyak nya wak. sihat sihat semua :)

    BalasPadam
  23. Anak Zura pun dah sama besar dengan Zura tu..pandai wak jaga.

    BalasPadam
  24. Ya Allah saya suka menternak, tapi buat masa ni sebab belum pencen lagi saya hanya mampu berangan-angan dahulu. InsyaaLLAH masa pencen nanti saya doa, saya ada ternakan macam nih... doakan saya... sekarang mampu bela kucing sahaja

    BalasPadam
  25. Kenapa tiba-tiba saya pula yang stress menghafal family tree lembu-lembu Wak.Stress dia macam hafal sifir 13🤣
    Apapun hebat si Zura.Anak lagi muda dari cucu..Sekolah sama la esok anak sedara mak sedara🤭🤭

    BalasPadam
  26. Zura.. fiza.. etc semua dh macam org dah hihii.. besar2 diorg ni cukup kasih sayang

    BalasPadam
  27. lemu-lemu lembunya wak... nampak la cukup makan semua terjaga...

    BalasPadam
  28. wahhhh.. sedap2 nama lembunya wak.. subur lak tu.

    BalasPadam
  29. banyaknyaaa susur galur ni...hahahaha

    BalasPadam
  30. wah zura banyak anak dan cucu. salute lah wak nama semua gempak2. Boleh kenal semuanya ya.

    BalasPadam
  31. kalau saya fail bab kenal mana satu zura, mana satu yut semua nampak sama je hahaha

    BalasPadam
  32. hai Din, makan apa tu dah sama besar omaknya haa..

    BalasPadam
  33. Fuhhhh kemain nama eh....Pulak tu sihat2 je semua. Kalau buat korban ni banyak isi ni....

    BalasPadam
  34. Kenal wak setiap lembu tuu hehehe, kalau saya, habis tertukar nama dah hahaha.

    BalasPadam
  35. Setiap lembu kenal hebat betul. Besar2 betul lembu2 wak

    BalasPadam
  36. Terbaikkkk.. Kenal semuaaaa lembu lembu tuuuu... Sy nampak hampir sama kecuali yang kurus sebab sakit tu... Semoga bahagia mereka sekeluarga... Bersama tuannya... Hehe

    BalasPadam
  37. Baru saya tahu lembu betina pun bertanduk...ingat yang jantan je yg ada tanduk

    BalasPadam
  38. Saya terhibur baca nama-nama lembu ternakan wak :)

    BalasPadam
  39. Sihat-sihat dan nampak bersih lembu2 wak.

    BalasPadam
  40. Seronok ni kalau dapat bawa anak pergi ke dusun wak. Dapat berkenalan dgn lembu tu semua. Sedap nama dorang

    BalasPadam
  41. Alhamdulillah petani berjaya wak..macam2 ada..terbaik wak!

    BalasPadam