Jumaat, 15 Januari 2021

Rumput Subur Menghijau

 Salam bertani

Semenjak musim hujan ini, rumput rampai di dusun wak bertambah subur menghijau. Apatah lagi, selepas dipotong beberapa bulan yang lalu, wak telah menaburkan baja hijau untuk tanaman durian di dusun tersebut. Nampanya sepanjang minggu ini wak terpaksa bekerja memotong rumput sekali lagi sebelum memberikan baja biru kepada tanaman-tanaman dewasa. Baja biru adalah baja untuk menggalakan pembentukan bunga kerana pokok-pokok buah-buahan akan mula berbunga apabila tiba musim panas nanti.


Rumpai perlu dipotong sebelum membaja tanaman


Hamparan rumpai yang menghijau


Rumpai di sekeliling anak pokok durian duri hitam


Rumput israel mendominasi kawasan


Rumput kerbau pun subur


Rumpai di sekeliling pokok manggis


Lorong laluan wak di dusun sudah tak kelihatan


Rumpai di persekitaran pokok rambutan
 anak sekolah sudah meninggi.


Perlu masa seminggu untuk membersihkan
 rumpai di dusun.

Salam bertani.

35 ulasan:

  1. rumput kat laman rumah pun subur menghijau

    BalasPadam
  2. semuanya subur menghijau.. alhamdulillah

    BalasPadam
  3. rumput menghijau hamparan mendamaikan pandangan

    BalasPadam
  4. Hujan kot Wak. Tu pasal rumput cepat subur.

    BalasPadam
  5. Hijaunya wak.. slow2 lah nk clearkan rumpai tu ye cuaca x menentu ni

    BalasPadam
  6. senang potong rumput mcm ni guna mesin tolak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh guna mesin tolak cikgu sebab permukaan tanah tak rata. Wak guna mesin sandang.

      Padam
  7. Suka bau rumput lepas dibasahi hujan.

    BalasPadam
  8. Wak kenapa tak bagi lembu meragut aje?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lembu tak boleh masuk dusun.
      Nanti habis anak2 tanaman dibahamnya.
      Lagi pun tanah akan jadi padat bila kerap dipijak lembu.

      Padam
  9. Sejuk mata memandang hijau macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau wak risau mata memandang rumput dah meninggi.

      Padam
  10. cepat betul tumbuh. kenalah meracun semula ye wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat dusun ni wak tak meracun rumputnya.
      Kena potong pakai mesin rumputlah.

      Padam
  11. Dah lepas musim hujan memang subur dia ya wak... kene baja lak bukan main dia yg lg subur dr pokok

    BalasPadam
  12. best betul suasana life wak ni.. full of green hehhee

    BalasPadam
  13. Ye la wak, lepas hujan je, rumput jadi cepat panjang.

    BalasPadam
  14. Boleh bagi lembu dan kambing makan rumput tu semua, kan Wak? 🤓

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 ada juga penternak kambing yang memotong rumput ni bagi makan kambing dia.
      Bila dusun wak dah berpagar dia segan nak masuk ambil rumput.

      Padam
  15. Sejuk jea mata memandang kehijauan.. Kalau kat belakang rumah saya, kebnayakan anak-anak bulus suka main kat rumput tue, ada yang buat serangan hendap pada adik beradik yang lain... hihihi

    BalasPadam
  16. Balasan
    1. Dah 3 hari wak kerja memotong rumput ni.
      itu pun belum siap.

      Padam
  17. banyaknya rumput nk dipotong.. kalau tak potong pun bahaya.

    BalasPadam
  18. wah. green...
    luas tanah wak. byk dpt berbudi kpd tanah.
    alhamdulillah.
    kebetulan rumput karpet saya pun da tebal tu.
    time nak trim je lom ada, wak :)

    BalasPadam
  19. tngk gmbr ni terus btmbh rindu kampung

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah.. makanan kerbau lembu :)

    BalasPadam
  21. Wak.. saya nk tanya.. solution racun apa yg saya blh beli kt kedai kalau sy nak sembur lalang blakang rumah.. nak kasi kiok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk menghapuskan lalang kena guna racun serap berasaskan glyposit. Wak cadangkan cari racun rumpai jenama 'Round Up'. Cuma kalau boleh elok meracun semasa musim panas sebab racun serap kurang berkesan kalau kena hujan selepas semburan.

      Padam