Ahad, 10 Januari 2021

Anak Ayam Kampung Sudah Menetas

 Salam bertani.

Wak ada mengeramkan telur ayam kampung menggunakan inkubator penetasan telur. Inkubator ini boleh mengeramkan 56 biji telur ayam dalam satu sesi pengeraman. Alhamdulillah. selepas 3 minggu telur-telur ayam telah mula menetas. Jumlah anak ayam yang dihasilkan lebih kurang 40 ekor.


Telur ayam yang dieramkan menggunakan inkubator.
Beberapa biji telur  ayam mula menetas.


Anak ayam mula menetas selepas 21 hari telur dieramkan.


Anak ayam yang baru menetas dimasukkan ke dalam
kotak didik (brooder box).
Dipanaskan oleh mentol 40W.


Selepas beberapa hari, anak ayam dipindahkan
ke dalam sangkar didik.
Masih dibekalkan mentol 40W.


Di dalam sangkar didik .
Lantai dilapik dengan surat khabar lama.


Anak-anak ayam telah berumur seminggu.
Lapik surat khabar sudah dibuang.


Akan dipindahkan ke dalam reban berlantai tinggi 
selepas 3 minggu.

Salam bertani.

26 ulasan:

  1. ayam kampung lebih sihat tiada kolestrol utk dimakan.

    BalasPadam
  2. Seronok tengok, macam game bela ayam, hehehe

    BalasPadam
  3. Saiz teleur ayam kampung lebih kecil dari ayam bandar kan wak. Dari 56 telur tu kiranya 40 sahaja yang berjaya menetas ya wak? Peratusan agak tinggi jugak tu. Syabas wakkkk! Happy farming dan teruskan sharing seperti ini sebab suka baca. Eza suka bacaan bermanfaat seperti ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur ayam kampung ni saiz B atau C.
      Sebahagian telur tak menetas sebab tak subur

      Padam
  4. Wah! Geramkan tengok anak ayam? hahaha

    BalasPadam
  5. rindu la pulak zaman budak budak bela ayam kat reban. ayam yang baru menetas ini memang comel dengan bulunya yang halus.

    BalasPadam
  6. Cian plak tengok anak2 ayam tu, lahir2 je dah takde mak..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serupalah macam ayam bandar
      mana kenal emak bapaknya.

      Padam
  7. Dulu zaman sekolah rendah dalam subject Sains memang kena hafal telur ayam mengambil masa 21 hari untuk menetas. Dalam periksa memang akan naik nyer soalan ni.. Hihihi.

    BalasPadam
  8. Comel je kan..geram nengok kecik2.

    BalasPadam
  9. uish,memang luas ilmu WP dalam penternakan dan pertanian ni, biasa saya tengok kalau dekat kampung orang bela ayam macam tu ja tak pakai inkubator ni semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak lebih suka pakai inkubator sebab telur lebih selamat.
      Ada juga wak pakai ibu ayam untuk mengeram, tetapi anak2nya wak bela macam cara di atas tu juga.

      Padam
  10. Comel2 semua .. done follow sini

    BalasPadam
  11. Aww comelnya mama suka sgt anak ayam montot bulat tu

    BalasPadam
  12. Comel comel anak ayam wak. Alhamdulillah semua sihat.

    BalasPadam
  13. Ada juga telur yang tak menetas.

    BalasPadam
  14. eee teringinnya saya nak tengok proses dia menetas tu wak!

    BalasPadam
  15. Tahniah wak byk hasilnya nanti :)

    BalasPadam
  16. Banyak juga anak ayam yang menetas, 40 ekor. Alhamdulillah.

    BalasPadam