Khamis, 7 Januari 2021

Kudapan

 Salam bertani.

Hari ini tak nampak matahari. Cuaca mendung diselangi dengan hujan renyai-renyai sepanjang hari. Petang ini selepas menggembala ternakan dalam kehujanan, wak mengadap kudapan untuk memanaskan badan.


Cemilan petang ini:
Teh hijau O panas
Keledek manis rebus.


Tadi lepas maghrib, ada yasinan dan ruwahan di surau
(setiap malam jumaat).
Bawa balik berkat
( nasi ambeng dan bubur merah jawa).


Salam bertani.



30 ulasan:

  1. Sedapnya lahai nasi ambeng vs bubur putih merah tu..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki..sedap tu

    BalasPadam
  3. Mesti Nasi ambeng tu dihidang dalam talam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya hidang dalam talam, bagi 4 orang satu hidang.
      Tapi time cobit ni, siap tapau terus macam tu.

      Padam
  4. kat johor masih lagi hujan je selalu ye wak... dana kat selangor ni kadang mendung tp tak hujan kadang hujan pun kejap je.

    sedapnya wak nasi ambeng dengan bubur merah tu, lama sgt tak makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni dah hujan balik selepas beberapa hari tak hujan.
      Kota tinggi dah mula banjir gelombang ke dua.

      Padam
  5. bubur merah jawa saya suka, lama tak makan.

    BalasPadam
  6. Macam mana rasa bubur merah jawa tu, tak pernah makan huhuuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekdahnya bubur merah bubur putihlah.
      Bubur nasi + gula melaka.

      Padam
  7. kudapan yg first gambar tu sedapp hehe

    BalasPadam
  8. Sini pun mendung je wak. Sedap keledek manis rebus tu. Kalau ada kenduri, yasinan malam jumaat selalu tunggu abah balik bawak berkat ni :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..ui sedapnya nasi ambeng

    BalasPadam
  10. Sedap2 semuanya Wak.
    Lama sangat saya tak makan bubur merah. Masa kecik mak selalu la buat bila tiba hari lahir, takde kek2 macam sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah
      Mak wak pun buat setiap kali hari lahir anak2nya.

      Padam
  11. sedap nampak nasi ambeng.. laam tak makan

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, best, pekena keledek rebus time hujan. Nasi ambeng pun nampak sedap.

    BalasPadam
  13. Hingga sekarang masih lagi hujan.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah,moga terus murah rezeki WP

    BalasPadam
  15. Keledek Dan teh hijau. Sedapnya pakcik.

    BalasPadam
  16. Keledak rebus tu susah nak dapat fresh-fresh. Sedapnya wak makan dengan bertemankan teh panas.

    BalasPadam
  17. Keledek manis ni memang wak ada tanam sikit2 kat kebun.
    kalau nak makan gali aje.

    BalasPadam
  18. Sedapnya keledek rebus.. jadi ambeng tu pun nampak menyelerakan sungguh

    BalasPadam
  19. dah lama rasanya saya tak makan nasi ambeng..kat skudai ni tak rajin nak cari kat mana..

    BalasPadam
  20. Nasi ambeng..xpernah saya mkn lg wak..satu hari nnt pasti kena cuba nnt jika ada yg jual..

    BalasPadam