Ahad, 24 Januari 2021

Membaja Pokok Durian Dewasa

 Salam bertani


Pada hari ini wak mula memberikan baja penggalak bunga kepada pokok durian dewasa setelah selesai memotong rumput di dusun. Baja penggalak bunga biasanya dipanggil baja biru ditaburkan di sekeliling pangkal pokok durian dewasa sebelum pokok durian berbunga. Pokok durian akan berbunga pada musim panas setelah musim hujan berakhir. Dijangka pada bulan Februari pokok-pokok buahan bermusim akan mula berbunga.

Pokok buah-buahan lain seperti pulasan, rambutan, cempedak, manggis dan duku juga akan diberikan baja bunga selepas ini.


Wak gunakan 2 beg baja sebatian cap jambatan
1 beg 50 kg berharga RM120.00


Baja penggalak bunga dengan nisbah kandungan 12:12:17
    Maksudnya baja ini mengandungi:
12 % Nitrogen
12 % Phospit
17% Kalium


Ini adalah baja impot berkualiti keluaran negara Jerman


Baja berbutir yang boleh ditaburkan terus
 di sekeliling pokok


1 baldi untuk 2 pokok dewasa


Pokok durian D2 ini selesai dibaja.


Pokok durian dibaja setelah selesai
 kerja2 memotong rumput.


Pokok durian tembaga ini tidak dibaja kerana
sedang berputik (luar musim).
Akan diberikan baja buah apabila putiknya
sebesar telur ayam.

Salam bertani.


21 ulasan:

  1. Oo..tak pernah tahu pun ia kena diberi baja untuk berbunga dan berbuah

    BalasPadam
  2. tersusun saja kerja petani pro

    BalasPadam
  3. Best nya wak ada dusun durian.

    BalasPadam
  4. Semoga subur lah tanaman durian wak. Baja berkualiti Jerman tu. Banyak gak pengunaan untuk 1 pokok setengah baldi baja. Harga pun boleh tahan mahal.

    BalasPadam
  5. Semoga usaha wak membuahkan hasil lumayan.. bestnya kenduri durian di dusun sendiri nnt

    BalasPadam
  6. Durian tempat saya ni dah pun berputik .Tak tau lah lekat nya banyak mana nanti sebab banyak juga putik2 yang gugur.Kalau ada rezeki insyaAllah ada lah rezeki makan durian sendiri.

    BalasPadam
  7. Baja penggalak bunga ni, saya pernah letak kat pokok durian belanda. Memang berbunga. Tapi bunga tak jadi buah. Banyak luruh. Kenapa ye, wak?

    BalasPadam
  8. selamat membaja pokok durian ye wak

    BalasPadam
  9. terima kasih sudi kongsi ilmu WP =)

    BalasPadam
  10. Nanti dah berbuah, panggil Saya datang Wak, hahaha nak juga merasa durian runtuh hehehe

    BalasPadam
  11. Bersih kebun pakcik WP..
    Bila buah durian jatuh nanti tak perlu selak semak..
    Semoga semua tanaman pakcik membuahkan hasil lumayan..

    BalasPadam
  12. Bersihnya kebun durian Wak. Bila tak ada rumput tambah suburlah pokok durian.

    BalasPadam
  13. Patutlah semua pokok wak gemuk2 dpt kasih sayang yg cukuo

    BalasPadam
  14. Tak sabar nak tgk hasilnya nanti wak..

    BalasPadam
  15. Wahhh selamat membaja ye wak!! Tak sabar nak tengok hasilnya!

    BalasPadam
  16. Bersihnya ladang wak..
    Selamat membaja wak.. semoga pokoknya terus subur mengeluarkan hasil..

    BalasPadam
  17. Masa buah tgh berputik blh bajakah wake.

    BalasPadam