Ahad, 3 Januari 2021

Jawapan Entri WW 202 : Pokok Ubi Badak

 Salam bertani

Wak ada tanya soalan dalam entri WW 202 : Pokok Apa Ek. Daripada komen-komen yang  wak baca, kebanyakannya tidak mengenali pokok ubi badak ini.

Orang putih panggil purple yam, orang jawa JDT tempat wak panggil ubi uwi manakala orang pantai timur panggil ubi besar. Pokok ubi badak adalah ubi tahunan yang ditanam menghasilkan buah ubinya di dalam tanah. Buah ubinya yang tergantung di atas pokok seperti kentang itu tidak dimakan sebaliknya akan dijadikan bahan penanaman.

Pokok ubi badak mempunyai batang lembut yang memerlukan junjungan untuk memanjat atau melilit pokok lain sebagai perumahnya. Dalam masa setahun pokoknya akan kering dan ubinya di dalam tanah bolehlah dituai. Buah kentang udara yang tergantung akan luruh dan akan tumbuh sebagai anak benih.

Buah ubi badak ada dua jenis iaitu yang berisi putih dan unggu. Buah yang berwarna unggu lebih sedap dan manis boleh direbus, digoreng, dijadikan kerepek, pengat, kuih, kek dan ais kerim. Buah yang berwarna putih banyak ditanam di pantai timur dan buahnya sangat besar sehingga mencapai 5/6 kg sepokok, sebab itu mereka panggil ubi besar. Buah ubi badak yang dituai boleh disimpan lama di tempat yang kering, biasanya digantung di bawah rumah.



Sepohon ubi badak yang wak tanam di belakang rumah.
Melilit pokok belimbing buluh sebagai perumahnya.


Pohon ubi badak ini menjalar di atas tanah kerana masih muda.
Daunnya seakan-akan daun sirih.


Buah udara ubi badak terhasil di atas pokok.
Buah ini biasanya tidak dimakan.
Buah ini akan gugur bila pokoknya matang
dan boleh dijadikan bahan penanaman.


Isi buah ubi badak yang terdapat diperdu pokok.
Buahnya membesar di dalam tanah seperti buah ubi keledek.
Wak lukakan sedikit buah ubi badak ini untuk 
menunjukkan warna unggunya.


Pokok ubi badak yang hampir matang.
Daunnya akan kering dan buahnya bolehlah dituai/gali.


Buah ubi badak yang telah dituai.
Perlu digali di dalam tanah.
Keseluruhan isinya berwarna unggu (purple yam)


Pengat buah ubi badak.
Cemilah masyarakat jawa pada musim hujan.



Salam bertani.

20 ulasan:

  1. Teringat ayah mertua saya bila tengok ubi badak ni hehe

    BalasPadam
  2. ubi badak ni femes kat pantai timur

    BalasPadam
  3. dana tak pernah jumpa yang warna ungu ni wak, sekarang mcm tak pernah jumpa org tanam kat kampung dah ubi gini... kalau tanya mak pun dulu-dulu ada la org tnm tapi jenis yg dlmnya putih...
    rasanya camne ye wak? macam rasa keladi ke?

    BalasPadam
  4. Owh.. Ubi badak... Ingat ubi tum...Beriya saya ingat ubi tum.. Hihihi.. Patutlah tanya mak saya dia kata ubi tum daunnya bentuk lovr juga tapi lebih bulat...pengajaran, lain kali..."biar pandai, jangan memandai-mandai".. Hihihi

    BalasPadam
  5. Tak pernah jumpa lagi wak, first time tengok, first time tau namanya.

    BalasPadam
  6. Oh, buahnya ada yg tergantung dan ada yg di dalam tanah ya, unik sungguh

    BalasPadam
  7. Oh, ubi badak. Ubi badak saya tahu, sebab suami orang kelantan. sana bila musim hujan je, ubi badak ni memang laris dijual. Pokoknya je saya tak pernah tengok. Hehe..

    BalasPadam
  8. Pernah dengar namanye, tapi tak pasti pernah makan ke tidak yang nih

    BalasPadam
  9. Tak kenal langsung pokok nan satu ni. Warna ubinya cantik ye Wak.

    BalasPadam
  10. Oh, ubi badak.. tak pernah saya mendengarnya. kira ni first time la..

    BalasPadam
  11. ooh rupane kayak keledek ki wak

    BalasPadam
  12. Ubi badak.. x kenal.. kalau kt sarawak ni semuanya 'bandung' hehehe

    BalasPadam
  13. Tak pernah makan lagi ubi badak ni.

    BalasPadam
  14. ooo dia ada buah di udara dan di dalam tanah ek...unik sangat!

    BalasPadam
  15. Pes time tau tntg ubi badak ni. Yang tau ubi purple, ubi oren, ubi kayu, ubi keledek 😂😂😂

    BalasPadam
  16. Pertama kali tahu dan pertama kali tengok. Unik buahnya dan daun pun nampak macam daun sirih.

    BalasPadam
  17. First time SA tengok ubi badak ni...

    BalasPadam
  18. Ni first time mama dgr ubi badak.. lain sikit pokoknya

    BalasPadam
  19. ohhh ni namanya ubi badak ya..

    BalasPadam